Namaku Wendy. Aku ingat lagi ada seorang lelaki di hujung meja itu jatuh dari kerusi kerana tersedak. Seorang wanita segera berlari untuk menolongnya.
Semua pelanggan lain termasuk aku hanya berdiri dengan perasaan yang cemas. Dengan panik, wanita itu membaringkan lelaki itu di lantai. Lelaki itu masih tercekik dan tidak mampu bernafas.
Wanita itu pun segera mencapai straw dan sebilah pisau dari atas meja.
"Encik" Katanya tegas namun tenang kepada lelaki itu. "Saya mesti lakukan trakeotomi untuk menyelamatkan anda sekarang"
Dengan gerakan yang halus, dia pun menyiat leher lelaki itu dengan pisau dan menahannya menggunakan jari bagi memastikan luka itu kekal terbuka. Darah tentu saja merembes keluar tapi tak banyak.
Aku dengar wanita itu menggumam sesuatu tentang membran yang dijumpainya dan segera meletakkan straw tadi betul betul ke atas luka lelaki tersebut.
Aku mungkin bukan doktor seperti wanita tersebut, tapi aku tahu serba sedikit fakta mengenai trakeotomi.
Straw itu akan berfungsi sebagai lubang ventilasi sehingga udara tetap boleh masuk melalui saluran pernafasannya dan masuk ke dalam paru-paru. Tentu itu akan menyelamatkan nyawanya.
Sama seperti orang lain, aku hanya mampu mematungkan diri. Aku kagum dengan tindakan cekap wanita itu.
Namun, tiada sesiapa yang sanggup melihat adegan seterusnya, di mana wanita itu mula menghisap darah lelaki itu menggunakan straw tadi.
YOU ARE READING
Creepypasta
HorrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017