43 | Handphone (2)

265 24 0
                                    

Yein seorang yeoja yang suka menggunakan telefon. Ke mana pun dia pergi mesti dia akan hadap telefon. Dia pernah terlanggar orang semasa berjalan-jalan di bandar. Dia tidak meminta maaf pun sebaliknya dia terus berjalan sambil memandang skrin handphonenya walaupun orang yang dilanggarnya menjerit memanggilnya.

Pada suatu malam, Yein masih menggunakan telefonnya walaupun sudah larut malam. Ommanya sudah penat menasihatinya. Yein pun menutup suis lampu dan baring atas katilnya. Kemudian, dia membuka beberapa laman sosial untuk memeriksa pesanan yang diterimanya. Dia terus bermain telefonnya hingga pukul 1.45 pagi.

“Alah aku baru main sekejap bateri ni dah nak habis pulak. Menyampah betul” dia pun mengecas telefonnya dan bergerak ke atas katil. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, telefonnya berbunyi.

“Siapa yang telefon aku malam-malam buta ni” Yein pun bergerak turun dari katil untuk mendapatkan telefonnya. Dia melihat nombor pendail.

“Hah? Private nombor? Siapa ni?” baru saja Yein hendak slide untuk menjawab panggilan, telefonnya berhenti berbunyi. Sebaliknya, satu mesej pula masuk.

Yein membuka mesej itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati gambarnya sedang bermain telefon di atas katil semasa hendak tidur dihantar ke dalam mesej tersebut. Dia mula ketakutan kerana gambar itu diambil dari sudut atas. Kalau dari sudut atas bermakna, orang yang menghantar gambarnya itu tinggal di atas dan sentiasa memerhatikan kelakuannya.

Saya terpaksa unpub dan pub balik sebab wattpad pub separuh je🌚

CreepypastaWhere stories live. Discover now