9 | Hand

434 36 5
                                    

Sehun, bekerja sebagai pemandu teksi telah mengambil seorang wanita dan anaknya pada jam satu pagi. Wanita itu ingin ke Busan. Mereka berdua duduk di tempat penumpang di belakang teksi Sehun.

Sewaktu dalam perjalanan, Sehun telah melihat ke dalam cermin dan mendapati tidak ada penumpang di belakangnya. Sehun pun toleh ke belakang, kedua penumpang itu masih dibelakang. Sehun lihat lagi ke dalam cermin untuk kepastian, tiada penumpang lagi. Sehun mula menggigil ketakutan.

Sewaktu hendak sampai ke Busan, Sehun bertanya arah mana hendak dituju? Wanita itu mengarahkan untuk jalan terus. Tiba-tiba terdengar bunyi tersangat kuat di belakang kereta Sehun dan sebuah motosikal telah terbang ke atas keretanya dan tercampak ke hadapan.

Sehun menghentikan kenderaan dan mendapati penunggang motosikal berada di bawah keretanya, serta merta dia menelefon polis dan ambulans. Pada masa yang sama, Sehun mendapati kedua penumpangnya telah tiada.
Penunggang motosikal memberitahu polis bahawa Sehun telah mengeluarkan penumpangnya di tengah2 lebuhraya.

Nasib baik pihak polis percaya pengakuan Sehun bahawa dia tidak menurunkan sebarang penumpang pun kerana keretanya berada di tengah2 lebuhraya, dan bukan di sebelah kiri jalan yang biasanya untuk menurunkan penumpang. Suasana menjadi kelam-kabut apabila isteri dan keluarga penunggang motosikal datang dan bertanya pada polis siapakah yang telah melanggar suaminya. Pihak polis menyuruh Sehun pulang sahaja sebelum keadaan menjadi bertambah rumit.

Keesokan harinya, Sehun menerima panggilan dari polis yang penunggang motosikal telah meninggal dunia di dalam perjalanan ke hospital. Sehun berasa sedih mendengar berita ini. Dia pergi ke rumah si penunggang motosikal untuk mengucapkan takziah pada keluarganya.

Dia menyamar sebagai rakan kerja si mangsa. Alangkah terperanjatnya Sehun apabila melihat keadaan muka si mangsa yang pucat itu. Ada bentuk tapak tangan yang berwarna merah berada di salah satu pipi mangsa!

Thank you to Cik_Qirra for this beautiful cover( ^∇^)

CreepypastaWhere stories live. Discover now