Pada malam hari di bulan Disember , ada seorang remaja lelaki yang sedang menjaga dua budak kecil , iaitu Chanmi yang berumur 7 tahun dan Chaeyoung berumur 6 tahun , keluarga mereka sedang meninggalkan rumah menuju ke mall untuk membeli keperluan dapur.
Jam 9 malam, tiba-tiba telefon rumah berdering.
Ken mengangkatnya dan hanya mendengar jeritan "Tolong!!Tolong aku!!"
Akhirnya Ken meletakkan gagang telefon kerana menganggap pemanggil itu hanya bermain denganya.
30 minit kemudian,
Telepon itu berdering lagi , Ken mengangkatnya tetapi jeritan yang sama kedengaran "seseorang! Tolongaku! Aku merayu!"
Ken mula cemas , Chanmi dan Chaeyoung mula bertanya namun Ken tidak menjawab dan hanya menenangkan mereka. 15 minit kemudian, Ken mendapat panggilan dari pemanggil yang sama tetapi suara pemanggil kali ini terdengar amat menakutkan.
"Tolong aku!! Tiada yang mahu tolong aku!!" Kemudian panggilan terputus. Mereka bertiga mula berpelukan kerana mula ketakutan dengan si pemanggil.
Ketukan pintu kedengaran , Ken tahu yang itu bukan keluarganya dan suara kedengaran di luar pintu.
"Tolong aku...Tolong Aku.." Ken mula runsing tidak tahu apa yang patut dia buat.Tetapi akhirnya .."abang Ken akan benarkan dia masuk , dia perlukan bantuan" kata Ken lalu Chanmi dan Chaeyoung mengangguk setuju.
Tengah malam itu , keluarga Ken baru tiba di rumah dan mendapati keadaan di dalam rumah sepi. Mereka masuk ke dalam ruang tamu dan menyalakan lampu , seketika itu juga mereka melihat satu pandangan yang begitu mengerikan.
Ken dan kedua lagi anak mereka terbunuh dengan badan di kerat-kerat dan mereka mendapati dinding di rumah mereka tertulis perkataan yang berdarah Tulisan itu mengatakan ;"Tolong aku sebelum aku membunuh lagi"
YOU ARE READING
Creepypasta
TerrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017