Jam di tangan Yooma menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Dia langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika Yoona hendak melangkah keluar dari tandas, Yoona terkejut apabila pintu tandas di belakangnya seperti digegarkan. Walaupun terkejut Yoona tidak memikirkan apa2. Yoona sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?"
Yoona terus ke pintu untuk memeriksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana Yooma dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Yoona periksa semua ok tidak ada apa2 pun.
Yoona pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar Yoona terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi.
Tok... Tok... Tok... Tok...
Yoona terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Yoona perhatikan buat seketika, terdiam Yoona bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis.
Yoona terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah. Sampai saja, Yoona terus bersihkan diri dan bersiap untuk tidur apabila Yoona terdengar salakan anjing melolong tinggi. Yoona terus bangun dan pergi ke balkoni. Yoona melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain.
Yoona ingat ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan dia memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Yoona terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, Yoona perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah.

YOU ARE READING
Creepypasta
HorrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017