12 | Funny Horror

423 41 7
                                        

Kim Woo Bin ialah seorang pemandu teksi. Satu hari, semasa dia hendak mencari penumpang, tiba - tiba teksinya ditahan oleh seorang yeoja. Pada mulanya, pemandu teksi ni tak rasa pelik pun. Bila ditanya nak pergi ke mana, dia cuma jawab "nak ke daerah B". Untuk pengetahuan korang, jalan untuk ke daerah ni, Cuma ada 1 je, jalan keluar masuk ke kampung atau dari daerah B, yang perlu melalui jalan berhampiran kaki bukit, tak jauh dari jalan besar.

Berbalik pada cerita ini, perjalanan mereka sunyi sebab masing - masing melayan perasaan sendiri. Yeoja itu pun, kalau di tanya 10 perkataan, 1 je dijawabnya. Setibanya di jalan masuk ke daerah B, tiba - tiba pemandu teksi tersebut terhidu bau busuk yang datang dari dalam teksi dia sendiri. Apa yang lebih menakutkan, bila dia tengok ke tempat penumpang dari cermin, yeoja tadi sudah hilang entah ke mana.

Woo Bin menggigil ketakutan, lalu dia mengambil keputusan untuk berpatah balik ke jalan besar. Bila dia memberhentikan keretanya, tiba - tiba kedengaran suara yeoja tadi bertanya dengan lembut, "Encik nak pergi mana? Tolong la hantar saya dulu..." Bagai nak jatuh jantung Jongsuk tu bila terdengar suara yeoja tersebut.

Dengan suara tersekat - sekat, Woo Bin berkata, "aku tak kacau kau, kau jangan la kacau aku cari rezeki" katanya terketar - ketar. Yeoja itu pun menjawab, "saya minta maaf tadi saya terkentut, disebabkan saya malu, saya sembunyi kat belakang bangku awak tadi.."

Dengan perasaan segan, marah, lucu, lawak, kelakar, Woo Bin pun meneruskan perjalanan untuk menghantar yeoja tersebut ke daerah B. Nasib baik, tak ada apa - apa perkara buruk yang terjadi pada malam itu.

CreepypastaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang