Semasa Tzuyu nyenyak tidur, seekor labah-labah merayap pada mukanya kemudian berhenti seketika. Tzuyu yang nyenyak tidur tidak merasakan apa-apa langsung.
Beberapa minit kemudian, labah-labah itu pergi.
“Bintik merah apa dekat muka saya ni omma?” soal Tzuyu kepada ommanya.
“Macam kena gigit labah-labah. Tak apa, nanti bintik tu hilang. Cuma Tzuyu tak boleh garu sangat bintik tu” pesan omma Tzuyu.
Beberapa jam kemudian, ketika Tzuyu hendak tidur, dia perasan yang bintik tersebut bertukar pada benjol merah yang besar.
“Omma, tengok ni makin besarlah benjol ni” adu Tzuyu
“Kadang-kadang memang macam tu. Nanti baiklah tu” kata omma Tzuyu.
Beberapa hari kemudian, benjol pada muka Tzuyu semakin besar.
“Tengok ni. Sakitlah omma. Benjol ni nampak menjijikkan. Tzuyu sendiri takut tengok” kata Taehyung.
“Kita jumpa doktor jelah. Macam ada masalah tu” kata omma Tzuyu.
Sebaik sahaja Tzuyu dan ommanya ke hospital, doktor itu berkata yang dia tidak dapat merawat sebarang pesakit ketika ini. Doktor tersebut berpesan kepada Tzuyu supaya datang semula esok.
Malam itu, Tzuyu mandi. Ketika dia berendam dengan air panas, benjol pada mukanya tiba-tiba pecah.
Kelihatan banyak labah-labah kecil merayap keluar dari muka Tzuyu.

YOU ARE READING
Creepypasta
HorrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017