Suatu hari, Yeri menunggu kereta api di stesen kereta api. Semasa menunggu, Yeri terdengar ada orang sedang berkata sesuatu di belakangnya. Dia pusing dan nampak ada seorang wanita duduk di sebuah bangku. Rupanya, hanya mereka sahaja di stesen itu.
Wanita itu berumur 40-an dan duduk dengan gelisah. Dia menggoyangkan badannya ke depan dan ke belakang sambil mengira “21...21...21...”
Yeri hairan kerana wanita itu tidak berhenti mengira. Dia pun pergi ke wanita itu dan tanya “Kakak kira apa tu” Wanita itu tidak menjawab malah terus mengira “21...21...21...”
Yeri memandang sekeliling untuk mencari objek yang sedang dikira oleh wanita itu. Tapi dia tak nampak benda yang dikira oleh wanita itu.
Kemudian, terdengar suara kereta api datang. Tiba-tiba, wanita yang aneh tadi menolak tubuh Yeri sampai dia jatuh ke rel kereta api.
“Arghhh!!!” Yeri menjerit tapi terlambat. Kereta api yang laju telah menyambar tubuhnya. Darah Yeri terpercik sehingga terkena dinding dan kerusi di stesen kereta api.
Wanita aneh taxi kembali duduk seolah tidak terjadi apa-apa dan kembali mengira “22...22...22...”
ANDA SEDANG MEMBACA
Creepypasta
HorrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017
