03 Januari, Hari ini ialah first day of school!!! Airin tak sabar untuk ke sekolah. Airin terus menuju ke kereta.
"Nanti Abah datang ambil Airin." kata ibu Airin.
"Ibu kan nak register Airin so lebih baik balik sekali." kata Airin.
Memang ibu Airin sentiasa sibuk dengan kerja saja. Tahu nak cari duit buat kami sekeluarga tapi orang tua tua cakap luangkan masa bersama keluarga juga. Selalunya semasa cuti bulan 12 Airin sekeluarga hanya berada di rumah saja kerana ibu dan abah Airin sentiasa sibuk dengan kerja sehinggakan cuti pun berkerja juga.
Semasa berada di dewan sekolah, Airin ternampak Zati dan Dira yang duduk di hadapan sekali. Dewan sekolah itu menjadi riuh disebabkan ramai orang hadir untuk register anak mereka. Ada yang dah berkenalan ada yang belum. Airin mengambil tempat duduk di sebelah Dira.
"Airin! Tak perasan kau duduk sebelah aku tadi." kata Dira.
"Dah kau khusyuk sembang dengan Zati. Apa kau nak perasan, entah entah kalau dewan ni nak roboh pun kau tak perasan." kata Airin.
"Seronok kau mengata aku kan. By the way, lama tak jumpa kau Airin. Rindu sangat." kata Dira.
"Amboi seronok tengok hampa bersembang sampai aku pun dah tak wujud." kata Zati.
"Ala relax la bukan selalu." Airin dan Dira gelak serentak.
Airin sudah berkawan dengan Dira dan Zati semasa di sekolah rendah lagi. Mereka menjadi rapat semasa darjah 4 tetapi selepas itu mereka menjadi renggang kerana kelas berbeza.
Selepas habis mendengar segala ceramah dari pengetua, ketua pengawas, guru - guru dan lain - lain. Airin terus mengikut ibunya ke kereta.
"Airin cepat sungguh dapat kawan kan?"
"Well Airin kan peramah.". Ibu Airin gelak.
Airin yang mendengar gelakan ibunya itu hanya tersenyum. "Seronok kalau ibu gelak macam ini setiap hari." Kata hati Airin.
Keesokan harinya, setiap pelajar dibenarkan untuk memilih tempat duduk sendiri. Airin membuat keputusan untuk duduk bersebelahan dengan Dira. Jikalau tidak Airin mahu saja duduk bersebelahan dengan Zati tetapi Dira memaksa Airin untuk duduk bersama. Airin cuma mengikut.
"Wei, Airin kau nampak tak senior senior tadi yang lalu depan kelas kita?" kata Dira.
"Tak, kenapa?" sebenarnya Airin nampak senior senior tadi lalu tetapi dia malas hendak melayan perangai Dira.
"Rugi kau tak nampak tadi senior senior tu lalu aku nampak mereka semua cute cute ja"
"Hmm mimpi la seorang seorang Dira, Aku tak rugi pun kalau tak nampak mereka and aku tak nak masuk campur kalau kau kena tarik rambut dengan kak senior nanti"
"Banyak la kau punya tarik rambut. Mana kau tau yang senior senior tu dah berpunya?"
Semasa rehat, Dira, Zati dan Airin rehat bersama. Memang itu boleh dikatakan kebiasaan mereka untuk duduk bersama semasa rehat.
"Wei Zati! Airin! Tu...tu senior yang aku cakap tadi hensem gila kot."
"Tu kau kata hensem? Wei Zati aku rasa kawan kau ni dah buta kot."
"Ish kau ni Airin aku cuma cakap saja bukan minat pun."
"Wei wei dah la tu gaduh nanti ada perang dunia ketiga pula." Ketiga tiga mereka gelak sehinggakan ada sesetengah orang melihat mereka.
"Wei, Airin kau explain la balik apa cikgu Yati cakap tadi!"
"Tu la tengok lagi senior 'hensem' kau tu!"
"Wei aku tak tengok pun cuma aku tak fokus ja!"
"Tak tengok? Tadi aku nampak kau sampai nak keluarkan mata kau kat luar kelas tu punya la khusyuk!"
"Airin tolong la!"
"Kau pergi la tanya orang lain aku malas nak layan!"
"Oi apa ni dari tadi dengar macam tengah gaduh ja hampa ni?"
"Tengok la Zati, kawan kau ni tak nak ulang apa yang cikgu Yati cakap tadi"
"Kau yang tak fokus kata aku tak nak ulang!"
"Dah la! Boleh tertekan aku tengok hampa ni gaduh dari pagi sampai nak balik!"
Beberapa minggu kemudian, "Airin! Zati! Aku nak tanya dah nak masuk sebulan kita sekolah sini kan, hampa ada minat dekat sesiapa tak?"
"Hmm aku ada minat dekat senior form 4 nama dia Irul, kenapa?"
"Kau Airin?"
"Aku? Tunggu la lagi 5 tahun ka?"
"Kau ni Airin lepas apa yang jadi beberapa tahun lepas takkan nak tawar hati terus?"
"Aku just tak benda yang sama berulang"
"Tapi kalau minat ja tak pa kan?"
"Tengok la nanti"
Sebenarnya Airin tidak mahu kisah silam berulang kerana ia sangat menyakitkan hatinya tetapi hatinya masih lembut buat lelaki dan jika ada lelaki marah kepadanya Airin akan dengan serta merta menangis di depan mereka.
"Wei hampa! Aku ada berita gembira ni!" Dira melompat lompat dari hadapan pintu hingga ke tempat duduk mereka.
"Apa Dira?" tanya Zati.
"Aku dapat sekolah High School!" kata Dira.
"Then kau nak tukar sekolah la ni?" tanya Zati lagi.
"Ya la, dah dapat sekolah lebih Bagus kot" kata Dira lagi.
"Kami macam mana?" tanya Zati selepas mendengar berita itu.
"Siapa suruh tak minta sekolah High School?" kata Dira dengan seronoknya.
"Malas nak pindah randah ni!" kata Zati.
"Nanti kalau aku dah pindah hampa cari la kawan baru tau!" kata Dira.
"Kau ni macam tak ikhlas kawan kami" marah Zati.
"Mana ada just tak nak hampa risaukan aku ja" kata Dira.
"Bila masa entah aku nak risaukan kau" Airin bersuara apabila lama mendengar perbualan Zati dan Dira.
"Ala aku tau la kau sedih Airin. Jangan la sedih nanti x khusyuk aku nak belajar kat sana" kata Dira.
"Belah la cepat cepat sikit!" Meluat Airin nak dengar ayat ayat sedih Dira tu. Bukan dia tak tau perangai Dira yang minta kaki tu!
"Dah la nanti pecah tingkap dalam kelas ni!" marah Zati cuba menenangkan pergaduhan antara Dira dan Airin.
Beberapa hari selepas Dira pindah sekolah, Zati dan Airin tetap sama juga tak ada kawan lagi. Airin mahu cuba untuk mencari kawan baru di sekolah itu dan tetiba Airin melihat orang belakangnya. Dia tahu nama orang di belakangnya itu nama dia ialah Dhia.
"Hai. Nama kau Dhia kan?"
"Ya."
"Oh, aku Airin." Dengan selamba Airin mengenalkan dirinya. Airin tahu ia sedikit kurang sopan tetapi kerana Airin terlalu nervous untuk membuat kawan.
"Hai." Airin cuma senyum pada Dhia.
"Wei kau dah ada kawan tak bagitau aku!"
Tetiba Zati menyampuk ditengah tengah Airin dan Dhia. Panas hati Airin tengok."Aku tumbuk muka kau nanti baru best kot!" kata Airin dalam hati. Zati suka menyampuk kata orang. Mengundangkan masalah betul la Zati ni. Tetapi Airin tahu Zati ingin membuat kawan juga.
Author's note.
Maaf kalau ada kesilapan ejaan. Ni first story so maybe ada kesilapan sikit. Well semua manusia tak sempurna. Harap korang enjoys and bersabar jika lambat! Thanks for reading!
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...