Bab 33

72 3 1
                                    

    Airin menutup pintu kereta dan kaki hendak melangkah ke arah pintu rumah. Tiba tiba... Ada orang menarik narik tangannya.

    "Airin... Please... Tolong lepaskan... Amir. I perlukan dia... I tak boleh hidup tanpa dia... Airin tolong la..." rayu Hanis sambil menangis nangis dekat Airin.

    "Ke... Kenapa.. Ni... Ha... Hanis?" tanya Airin tidak faham. Masih terkejut. Dah kenapa merayu rayu dekat aku ni!

    "I... I pregnant..." kata Hanis sambil menangis teresak-esak. Kau akan makan punya dengan rayuan aku ni!

    "Hah?! Me... Mengandung?! Anak... Siapa?" tak percaya. Bila masa pula suami aku nak curang dengan aku ni?

    "I... Pregnant... Anak... A... Amir." kata Hanis. Aku akan pastikan dia jadi milik aku!

    "Penipu! Amir takkan pernah curang dengan saya!" marah Airin. Dia menolak Hanis dengan kuat sampai Hanis jatuh ke atas tanah.

    "Buat apa I nak tipu. You ingat tak time you marah then tiggalkan kami berdua. Time tu Amir keluar dengan I. Dia kata dia sayangkan I lebih dari you." kata Hanis. Dia merayu rayu sambil memegang kaki Airin. Kenapa la susah sangat nak percaya ni?!

    "Kau tipu! Kalau macam tu jom kita pergi hospital. Kau ingat aku bodoh macam kau?!" marah Airin. Budak ni memang dah cabar tahap kesabaran dia. Dia mengheret Hanis. Hanis meronta ronta tak nak ikut. Dia takut benda terbongkar.

    "Apa bising bising ni Rin? Siapa perempuan ni? Kenapa Rin heret perempuan ni? Kesian dia." tanya Mak Timah apabila nampak seorang perempuan diheret oleh Airin.

    "Tolong saya mak cik. Airin ni dia nak heret saya keluar." kata Hanis. Mak Timah terus berlari ke arah Hanis sambil menolong Hanis untuk bangun.

    "Mak Timah jangan percaya cakap dia. Perempuan ni kata dia mengandung anak Amir. Yang saya tau Amir tak pernah buat benda bodoh macam ni! Airin nak bawa dia pergi hospital nak check betul ka tak!" kata Airin. Kau bab bab berlakon nombor satu. Kau boleh la tipu Mak Timah, Amir bagai tapi kau ingat aku sebodoh mereka? Aku lagi pandai dari kau.

    "Ya Allah. Apa ni? Cik lebih baik cik check betul betul. Sebab saya percaya tuan Amir tak pernah buat benda fitnah macam ni." kata Mak Timah. Dia pun tak percaya yang Amir akan curang dengan Airin.

    "Buat apa saya nak tipu." rayu Hanis. Dia menangis semula dekat Mak Timah.

    "Kau keluar sebelum aku panggil security. Keluar!!" marah Airin. Ada hati nak hasut orang. Belah la wei!

    Hanis meronta ronta tak nak keluar. Kemudian cepat cepat Airin menyuruh Mak Timah menelefon security. Mak Timah hanya mengikut. Security datang ke rumah mereka dengan segera. Dia terus menarik Hanis keluar dari halaman rumah. Menyibuk saja!

    Selepas beberapa hari kejadian itu berlalu, sakit di pipi masih rasa. Mau tak sakit dia bagi penampar gila gila punya. Airin memegang telefon. Nak call Amir ke dak? Nanti call kacau pula. Tiba tiba telefon Airin berbunyi. Amir!

    "Assalamualaikum abang!" kata Airin. Baru nak call dia dah call. Nampak sangat dia rindu aku.

    "Waalaikumsalam. Rin sihat? Ada benda berlaku tak?" tanya Amir. Sebelum ni dia rasa tak sedap hati and dia membuat keputusan untuk menelefon Airin untuk memastikan keselamatan isterinya itu.

    "Alhamdulillah. Hmm tak ada benda berlaku." kata Airin perlahan. Dia tak nak Amir tau yang Hanis serang rumahnya.

    "Rin, ok tak ni? Ada masalah ka?"

    "Tak ada la. Cuma haritu..."

    "Haritu apa dia?"

    "Hanis datang rumah. Dia kata dia mengandung anak abang."

    "Astaghfirullah. Abang tak ada nak buat niat macam tu. Abang masih tau batasnya."

    "Rin tau. Tapi Rin takut dia mai serang lagi."

    "Tak apa. Sekarang ni Mak Timah ada and security ada. Kalau dia buat apa apa dekat Rin, Rin call saja security."

    "Ok."

    Airin berasa tak sedap hati. Dia membuat keputusan untuk tinggal dia rumah ibu. Dia membawa Mak Timah sekali. Dia takut jadi apa apa dekat Mak Timah kalau tinggal bersendirian.

    "Rin tinggal sini berapa hari?" tanya umi.

    "Rin tinggal sini sampai Amir balik umi." balas Airin sambil membawa dulang ke ruang tamu.

    "Kenapa terfikir nak tidur rumah ibu ni?" tanya ibu pula. Pelik sebelum ni tak pernah pula dia nak tidur sini.

    "Saja nak teman Sarah. Kot kot bosan borak dengan kakak." jawab Airin sambil menunjukkan ke arah Sarah dan Amani.

    "Bawa masuk akak pula." jawab Amani. Aku pula yang kau libatkan.

    "Kau tipu la Airin. Mesti ada benda tak kena kan? Kau lebih baik bagitau. Aku kenal kau dah nak lebih 8 tahun dah." kata Adam pula. Nak menipu pun salah orang. Ni Tengku Muhammad Adam Danial la. Benda yang disimpan oleh Airin mesti terbongkar dekat Adam.

    "Betul la. Aku nak jaga Sarah. Kot kot nanti ibu atau umi tak boleh jaga Sarah aku tolong la. Lagipun aku cuti bosan duduk rumah and akak selalu busy dengan kerja sekarang ni. Nak harap kau memang tak boleh diharap la." kata Airin. Tak nak orang tau yang dia diserang.

    "Rin. Kenapa Rin tipu ni?" bisik Mak Timah. Nak tipu pun jangan la sampai tipu orang tua.

    "Mak Timah tolong jangan bagitau orang please. Rin tak nak orang tau." bisik Airin dekat Mak Timah pula.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now