Bab 25

75 5 0
                                    

    Semestinya apabila berada di dalam airport, Airin mesti akan nampak ibu, mama, Amani dan... Amir! Dia terus lari anak ke arah ibu dan bersalaman dengan ibu, mama dan Amani.

    "Rindunya Rin dekat ibu, mama dan kakak!" kata Airin sambil berpelukan dengan Amani.

    "Rindu juga dekat Rin."

    "Ehem ehem... Dekat ibu, mama dan kakak saja ka? Dengan suami?" berdehem dehem Amir. Dia mengangkat keningnya.

    "Siapa la tak rindukan suaminya. Setiap malam Rin teringatkan abang." kata Airin. Dia bersalaman dengan suaminya kemudian dia memeluk tubuh suaminya dengan erat. Ya Allah! Rindunya nak peluk badan yang tinggi ni!

    Amir hanya tersenyum melihat Airin. Dia meleraikan pelukan itu dan mengucup dahi isterinya itu. Merah terus muka Airin. What are you doing? Habis merah muka ni. Baru nak rasa bahagia tapi ni tetiba rasa malu!

    "Amboi. Tengok tu ibu pasangan suami isteri ni. Sweetnya. Macam dalam novel." kata Amani teruja.

    "Kak, Rin tahu kak jeles. Kalau kak tak nak jeles, kak kahwin la." kata Airin selamba. Hilang terus malu dia apabila ditegur oleh Amani.

    "Dah la! Jom balik. Makin lama dekat sini makin banyak drama nanti." kata Amani. Geram dengan adiknya itu. Tau la dah kahwin!

    "Rin, balik terus dengan Amir. Ibu dan mama balik dengan Amani." kata Ibu. Mahu memberi ruang bersama kepada anak dan menantunya itu.

    "Ok ibu." kata Airin. Dia hanya mengikut jejak suaminya itu hingga ke kereta.

    "Rin, kita balik terus rumah abang ya? Abang nak bincang dengan adik tentang honeymoon kita." kata Amir senyum gatal.

    "Bawa la kereta tu dulu. Tak payah gatal gatal sangat." kata Airin. Meluat melihat lelakinya tetapi seronok dengan kata kata itu.

    Tiba di depan rumah itu, Airin segera keluar dari kereta. Lebih baik masuk dulu sebelum suaminya itu mengatakan sesuatu.

    "Rin... Kenapa ni?" tanya Amir yang baru saja keluar dari kereta. Dia rasa pelik kenapa Airin nak keluar kereta cepat cepat?

    "Tak ada apa la. Rin tak larat nak tidur." kata Airin. Baru saja dia nak melangkah masuk ke rumah, dia merasakan ada tangan memeluk tubuh kecilnya itu.

    "Rindu nya abang dengan Rin. Abang boleh jadi gila kalau tak jumpa Rin lagi sebulan." kata Amir. Dia memeluk erat tubuh Airin.

    "Rin pun rindukan abang." kata Airin. Dia memegang pipi suaminya itu.

    Amir mengucup perlahan pipi Airin. Dia terus mengangkat tubuh isterinya dan mendukung isterinya itu hingga ke bilik mereka. Airin tersenyum malu. First time kena dukung! Siapa tak berdebar?!

    "Abang pergi ambil beg. Rin rehat la."

    "Eh! Tak payah susah susah. Abang pergi mandi la. Tau tak Bau busuk?"

    Dia dapat mengetahui jika Amir mandi ke tidak kerana kalau dia mandi mesti dia tidak memakai cincin dan apabila dia tak mandi mesti dia tidak memakai cincin. And lagi satu kalau dia dah mandi mesti rambut dia rasa lembut dan bila dia tak mandi mesti rasa rambut dia ada minyak or gel yang dia letak.

    "Macam mana tau abang tak mandi lagi?" kata Amir. Pelik.Macam mana la isteri dia ni tau?

    "Tu... Cincin tak pakai. Rin dapat cam kalau abang pakai cincin maksudnya abang dah mandi kalau abang tak pakai cincin abang tak mandi lagi."

    "Wow hebatnya isteri abang ni!" kata Amir. Terharu bila isteri dia dapat cam sesuatu dari dia.

    "Dah dah! Pergi mandi. Busuk tau! Rin pergi ambil beg." kata Airin. Dia bangun dari katil.

    "Rin... Jom mandi sekali?" kata Amir senyum gatal.

    "Pergi mandi sendiri. Rin kan nak ambil beg." kata Airin. Dia terus berlalu keluar dari bilik. Sekali lagi Amir tarik habis dia tak boleh lari.

    Fuhhh! Berat juga bagasi aku ni. Macam bawa balik gajah! Bagasi suami dia pun tak berat macam ni bila kerja. Dia mengheret bagasi itu. Dia membuka pintu bilik untuk meletakkan bagasinya. Tiba tiba... Astagfirullah! Cepat cepat Airin tutup muka apabila nampak suaminya berada di depannya tanpa memakai baju. Buat perangai balik dah suami aku ni!

    "Eh Rin! Abang tak perasan. Kenapa tutup muka ni? Mai abang tarik beg Rin masuk." kata Amir yang berdiri betul betul depan Airin.

    "Abang pakai la baju dulu." kata Airin. Suara bagaikan merayu rayu suaminya itu pakai baju.

    "Biar la. Sekarang ni siapa isteri abang? Siapa yang halal buat abang?" kata Amir. Dia membongkokkan sedikit untuk melihat Airin.

    Airin perlahan lahan untuk melihat suaminya itu pakai baju ke tidak lagi. Apabila dia hendak melihat, ada kucupan naik di atas dahinya. Ya Allah! Suami aku kena rasuk ka apa ni? Cepat cepat Airin tutup muka balik.

    "Abang, jangan la buat perangai. Rin minta sangat abang pakai baju."

    Tiada bunyi. Seolah olah dia bercakap dengan dinding. Amir seronok melihat gelagat Airin. Dia terus memeluk Airin tanpa memakai baju. Airin dah rasa panik. Apakah ni? Ya Allah tolong la halau syaitan syaitan yang ada di kepala suaminya ini.

    "Nak tak bagi ibu dan mama cucu?" bisik Amir. Airin cepat cepat beristighfar kuat kuat supaya suaminya sedar apa yang dia lakukan.

    "Astaghfirullahalazim! Tolong la jauhkan syaitan syaitan! Selamatkanlah suami ku ini!" kata Airin bagaikan Amir tengah dirasuk oleh syaitan.

    Amir tergelak melihat isterinya beristighfar bersungguh-sungguh itu.

    "Ya Allah! Apa yang isteri abang belajar di luar negara ni? Baru balik dah jadi macam ni." kata Amir. Dia gelak terbahak-bahak.

    "Abang la gatal sangat! Nak bagi cucu apa bendanya!" kata Airin. Geram melihat suaminya itu. Kalau la ni bukan suami dia dah lama dia tumbuk tumbuk muka suami dia tu. Astaghfirullah.

    "Betul la. Nak tak bagi cucu dekat ibu dan mama. And nak tak dengar panggilan mommy dan papa?" kata Amir. Mula dah senyum gatal dia ni! Susah la dapat suami macam ni!

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now