Airin membuka pintu bilik itu. Dia ternampak Amir tidur di luar pintu. Ya Allah, dia tidur depan pintu ka malam semalam? Airin duduk mendekati Amir. Tenang saja dia tidur. Dia tersenyum melihat muka tenang suaminya itu. Dia terus mencium dahi Amir.
Amir terjaga. Dia melihat Airin duduk dekat dengan dia. Dia tahu walaupun Airin sedang marah dia, Airin tetap sayang dan risaukan dia. Amir membalas ciuman Airin di pipi kirinya. Airin yang terkejut melihat Amir bangun terus dia beredar dari situ.
"Rin, abang minta maaf pasal tadi. Abang harap Rin tak makan hati la." kata Amir lalu masuk ke dalam bilik. Risaukan isterinya marah lagi padanya.
"Lupakan saja. Masuk la dulu. Bila Rin sedih pun, Rin mesti kena pujuk hati Rin balik. Sebab tak ada sesiapa yang akan pujuk Rin." jelas Rin. Dia tak nak gaduh dengan Amir tapi bila ingat balik kisah semalam rasa sakit hati ni membuak! Amir terus terdiam dan yang mampu dia buat hanya tidur. Dia tak nak gaduh dah. Nanti gaduh makin lama pula.
Assalamualaikum, ni Azhar. Dapat nombor Airin dari Yana. Maaf ganggu. Boleh kita jumpa tak?
Apasal Mamat ni tetiba mesej aku? And kenapa Yana bagi nombor aku dekat dia? Airin yang baru sahaja habis mandi duduk di atas katil sambil membelek telefonnya. Amir kata dia nak keluar dan mengajak Airin. Airin hanya mengikut.
Waalaikumsalam. Maaf. Airin sekarang ni dah jadi isteri orang. Takut mulut menfitnah dan tak elok mata memandang. So tak boleh. Lagipun Azhar dah ada Baiyah. Takut nanti dia sakit hati.
Hmm... Azhar dah cerai dengan Baiyah. So boleh keluar tak?
Tapi Airin masih lagi dengan Amir. So tak boleh juga sebab tak elok isteri orang keluar dengan lelaki lain. Curang nanti.
Balas Airin. Puas hati bila dapat luahkan apa yang dia nak luah selama ni. Kau dulu nak heboh sangat satu dunia yang kau sayangkan Baiyah dan sekarang ni kau tak nak hebohkan ka yang kau tak sayangkan Baiyah?
Oh kalau macam tu... Boleh Azhar datang rumah?
Tak payah la. Kalau Azhar nak datang rumah sebab nak jumpa Airin lebih baik tak payah. Kalau nak jumpa Amir, tak apa.
Apa mamat ni nak? Airin terus menyembunyikan telefonnya bawah bantal selepas kedengaran pintu bilik air dibuka.
"Rin! Tolong ambil baju abang!"
"Ambil la sendiri!"
"Cepat sikit ambil baju!" kata Amir sambil mengetuk pintu bilik air itu.
"Ok la!" kata Airin. Dia mengambil baju Amir dalam bagasi mereka. Dia terus berjalan ke arah pintu bilik ari tetapi jauh sedikit. Dia menghulurkan baju Amir.
"Nah abang!"
Amir mengambil baju itu. Dia cuba mencari tangan Airin. Hehe aku tau dia ada niat buat macam ni. So lebih baik dia belah dulu. Sebelum dikejar lagi.
"Rin nak keluar pergi jalan jalan tanpa Hanis. Kalau ada Hanis, Rin terus balik bilik and kunci lagi macam semalam."
"Takkan abang ada niat nak bawa Hanis kot? Abang ada isteri yang halal dan sah di depan mata abang saja."
"Betul ka? Then semalam tu apa? Lebihkan Hanis berbanding Airin."
"Abang minta maaf. Lagipun semalam Hanis muncul tetiba, that means dia yang muncul sendiri bukan abang ajak."
Airin hanya mengangguk. Mereka berjalan jalan di sekitar hotel. Terdapat restoran yang tidak halal dan halal. Terdapat kedai kedai serbaneka.
"Hey love birds! Do you mind if i join you two?" kata Hanis dari belakang. Dia dari tadi mengikut mereka pergi ke mana saja. Sebab dia ada niat di sebaliknya.
"Hanis! Kenapa awak ada sini?" kata Amir. Terkejut. Dia melihat Airin. Airin hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu apa pun.
"I saja ikut pasangan ni jalan jalan. Semalam ada orang merajuk jadi hari ini dia mood baik so i ikut saja."
Airin mengenggam tangannya. Haish aku tengok besar kecil besar kecil ja perempuan ni! Nak mengutuk pun tak payah la depan suami aku! Aku tau la kau jeles! Tanpa disedari ada tangan memeluk badannya.
"Hari ini saya nak keluar dengan isteri saya saja. Awak bukan halal ataupun sah dalam hidup saya. So you must to move on like I do." kata Amir. Dia tidak melepaskan pelukan itu. Ada beberapa orang juga sedang memerhati mereka.
Dia tahu Hanis tidak akan percaya kata katanya itu. Lalu dia mencium pipi Airin kerana dia nak Hanis tau yang isterinya ialah Airin seorang bukan orang lain.
"You know that you two are so boring couple? Just a cheek kiss? So ketinggalan zaman." kata Hanis selamba sambil menunjukkan ke arah pipi Airin. Poyo!
"Biar la orang nak cakap ketinggalan zaman sebab Allah dah berkata biar lah kita melepaskan nafsu secara diam dan halal berbanding melepaskan nafsu di kalayak ramai dan tidak halal." kata Amir sambil menunjukkan ke berapa pasangan yang berada di situ. Biasa la luar negara ramai yang tidak menjaga batas antara perempuan dan lelaki.
Hanis terdiam. Dia tahu yang sebelum ini dia biasa berbuat begitu sehinggakan Amir putus asa dengannya. Airin hanya beku di dalam pelukan Amir. Terkejut apa yang Amir cakap. Depan orang ramai kot dah la tempat orang asing. Ya Allah lindungi lah kami sekeluarga.
"Whatever! I don't wanna stick with you two anymore. If i follow you two it will be more boring! By the way, i already got a new boyfriend. So better i focus at my boyfriend than you all!" kata Hanis sambil berlalu pergi dari mereka.
"Rin... Maaf ya abang cium Rin depan orang ramai."
"Tak apa. Lagipun abang buat macam tu sebab nak bagi Hanis pergi kan?"
"Ya. Sebab abang pun rasa rimas juga kalau dia asyik berkepit saja dengan kita."
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...