Bab 31

81 4 0
                                    

    "Ibu... Cakap la perlahan lahan. Rin selamat la dengan Amir. Kami dah sampai rumah dengan selamat. Ya ya. Rin tahu nanti Rin dengan Amir datang la rumah ibu. Jenguk ibu." kata Airin. Melayan saja apa yang ibu membebel risau tentang mereka berdua.

    Selepas mereka turun dari flight terus Airin menelefon ibunya. Ibunya pula rindu dengan Airin dan Amir jadi banyak soal la! Selepas kejadian haritu, mereka berdua bercadang untuk tidak berbual tentang hal itu kerana nanti menambahkan masalah lagi. So tutup buku lama buka buku baru!

    "Kenapa tu Rin?"

    "Tengok la ibu. Membebel risau tentang kita. Kata macam mana honeymoon ada orang nak ngorat tak? Bila nak balik? Selamat ka tidak?" bebel Airin. Amir melayan saja bebelan Airin.

    "Biar la nanti kita jenguk la ibu. Jom masuk dulu rehatkan badan dan otak."

    Assalamualaikum! Airin kau balik tak lagi dari honeymoon?!

    Waalaikumsalam. Balik dah kenapa? Ada kerja ka?

    Alhamdulillah! Aku ingat kau tak balik lagi! Mesti la ada kerja! Minggu depan ada photoshoot.

    Ya ya. Nanti aku datang. Jangan kalut kalut.

    Adam ni langsung tak reti relaks. Baru balik dari honeymoon dah ada kerja!

    "Kenapa tu Rin? Membising ja telefon Rin." kata Amir sambil membelek majalah.

    "Tak la. Adam ni! Baru ja balik dari honeymoon dah ada kerja. Minggu depan pula tu!"

    "Biasa la tu. Abang pun minggu depan hari jumaat nak kena fly lagi pergi Jepun."

    "Ya ka? Baru ingat nak manja dengan abang lagi." kata Airin. Berasa sedih.

    "Nanti la. Bukan abang tak ada cuti panjang. Rin pun fokus dekat kerja juga. Nanti kerja ke mana. Esok jom lawat ibu." kata Amir sambil melihat Airin.

    Airin hanya mengangguk. Dah lama juga tak tengok muka ibu, Amani, Aziz dan Sarah. Sarah macam mana ya? Rasanya dah masuk 8 bulan dah dia mengandung.

    "Assalamualaikum ibu! Rindunya dengan ibu!" kata Airin sambil berlari memeluk ibu.

    "Waalaikumsalam. Rindu juga dengan Rin. Amir sihat?"

    "Alhamdulillah sihat ibu." kata Amir yang baru saja keluar dari kereta dan bersalaman dengan ibu.

    "Siapa ada dekat rumah ibu?" kata Airin. Nampak ada banyak kasut and kereta.

    "Siapa lagi. Amani, Aziz dan Sarah. Ibu suruh Sarah duduk dengan ibu sebab senang dia nak jaga. And lepas bersalin pun senang ibu nak jaga masa pantang."

    "Rin masuk dulu. Nak jumpa akak dan Sarah." kata Airin sambil melangkah masuk ke rumah. Dia meninggalkan ibu dengan Amir. Rindunya dengan rumah ni.

    "Akak!"

    "Rin! Ya Allah makin tembam dah adik akak ni! Nampak sangat Rin makan banyak!"

    "Mana ada Rin tembam! Rin still kurus. Mana Sarah dan abang?"

    "Ada kat dapur. Kata nak makan. Pergi la tengok."

    "Sarah! Abang!" jerit Airin. Seronoknya pasangan ni makan kat dapur tak ajak.

    "Apa ni Rin? Terkejut Sarah!" kata Sarah. Terbantut dia nak makan nasi goreng. Aziz hanya melihat gelagat Airin itu.

    "Kau la! Dah nak bersalin tak bagitau. Aku punya la tunggu bila nak tengok anak sedara aku ni."

    "Lambat lagi Rin. Rin tu. Bila nak bagi dekat Sarah anak sedara pula?"

    "Yang tu lagi lambat!"

    "Apa yang lambatnya. Makin lama makin rapat dah tengok. Boleh la tu."

    "Apa yang boleh ni?" tanya Amir yang baru masuk ke dapur untuk mencari isteri.

    "Tak la Amir. Ni isteri kau nak anak." sindir Sarah. Dia seronok dapat kenakan adik iparnya itu. Airin ternganga mendengar apa yang Sarah cakap. Aku cakap lambat lagi yang dia cakap aku nak anak ni kenapa?

    "Oh! Boleh saja. Tapi tunggu la. Tunggu Amir cuti." kata Amir tapi ayat akhirnya itu dia berbisik di telinga Airin. Astaghfirullah! Apa ni?! Malu habis muka aku ni!

    "Hmm... Rin... Na.. Ik atas.. Dulu la." kata Airin. Tergagap-gagap dia bercakap. Dia terus pergi naik ke bilik. Mati aku kali ni!

    Semua yang berada di dapur tergelak melihat Airin tergagap-gagap. Amir turut mengikuti Airin selepas habis gelak bersama Sarah dan Aziz.

    "Habis dah gelak?" marah Airin. Seronok sangat gelakkan aku!

    "Ala, bukan selalu boleh buat Rin gagap macam tu kan?"

    Amir duduk bersebelahan dengan Airin. Airin mengambil majalah di meja sebelah untuk menutup muka merahnya itu.

    "Tak payah tutup muka la sangat. Dah terang terang muka tu merah. Mai sini." kata Amir sambil menepuk katil itu. Airin menutup majalah dengan kasar dan terus pergi ke bilik air tanpa menghiraukan Amir. Tidur la seorang seorang.

    "Dah habis basuh muka ka?" kata Amir. Dia bersandar di tepi dinding. Melihat Airin sedang membasuh muka.

    "Kenapa masuk ni? Kan dah bagitau jangan masuk kalau ada orang."

    "Nak risau apa nya? Dah jom turun ibu dah marah sebab tak turun makan malam." kata Amir. Dia menarik tangan Airin. Dia tau selagi dia tak tarik tangan Airin jangan harap Airin nak keluar dari bilik air itu dan turun makan malam.

    "Kenapa lambat sangat? Lapar tau baby dalam perut ni!" kata Sarah sambil mengurut-urut perut besarnya itu.

    "Baby tu yang lapar ke Sarah yang lapar?" kata Amani. Makin lama makin mengarut.

    "Haish, Amani. Jangan cakap macam tu. Dia makan untuk baby dalam perut tu juga bukan orang lain. Nanti bila bersalin kurus pula baby tu." kata ibu.

    "Dah la. Jom makan nanti sejuk pula." celah Airin. Malas nak dengar.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now