Bab 36

83 3 0
                                    

    Lepas satu minggu, lepas Airin berbaik dengan Azhar. Makin lama makin rapat dengan Azhar macam dulu. Tapi perasaan aku pada dia tetap sama. Just friends. Dengan Amir pula makin lama makin rindu. Kenapa la Amir ni balik lambat sangat? Adam asyik sibuk menjaga Airin. Hantar pergi kedai, hantar pergi rumah and macam macam lagi kerja dia sepanjang Amir tiada. Aziz sedang menjaga Sarah yang sedang sarat mengandung.

    "Rin! Ahad ni suami kau balik kan?"

    "Ya. Kenapa? Rindu nak hantar aku ka nanti?"

    "Tak la! La nanti bila kau nak pergi kerja nanti aku yang ambil dan hantar. Amir mesti busy."

    "Hmm betul juga. By the way, thanks Adam sebab jaga aku sepanjang Amir tiada."

    "Benda kecil saja. Macam la dulu kita tak pernah buat macam ni. Tak ada bezanya sebelum kahwin atau selepas."

    Airin hanya tersenyum. Dia tau dia dah banyak berhutang budi dengan Adam. Dia harap Adam dapat isteri yang terbaik di dunia. Tak ada orang boleh ganti lelaki macam Adam. Malah Amir pun kalah!

    "Nak tolong angkat barang!" kata Airin. Aziz dan Adam yang sibuk mengangkat barang baby yang bakal keluar tak berapa lama lagi.

    "Tak payah. Rin kan tak boleh angkat benda berat. Abang dengan Adam boleh angkat la." kata Aziz sambil mengangkat katil baby bersama Adam.

    "Ala! Nak angkat juga. Tak adillah kalau abang dengan Adam angkat."

    "Ya la. Tapi angkat benda yang ringan saja. Kalau tangan tu tak boleh jangan paksa."

    "Rin! Tolong ibu kejap!" jerit ibu di dapur.

    "Ya ibu! Rin datang."

    "Rin boleh tolong ibu beli barang tak? Rasanya tak cukup ni nak masak untuk semua. Lagipun Amir kan balik malam ni."

    "Ok ibu. Nak duit!" kata Airin sambil menghulurkan tangannya pada ibu. Ibu hanya tersenyum melihat gelagat anak bongsunya itu. Sama macam dulu tak pernah berubah!

    "Rin kau nak pergi mana?" tanya Adam.

    "Aku nak beli barang kejap."

    "Aku hantar."

    "Tak payah! Lagipun dekat saja kedai tu and kau pun tengah tolong abang angkat barang." kata Airin. Dia terus berlalu ke kedai yang ingin dia tuju.

    Selepas beberapa minit berada di dalam kedai, terdapat mesej masuk.

    Rin! Sarah dah nak bersalin! Rin pergi terus hospital! Abang dah suruh Amir datang ke hospital dengan teksi!

    Ya Allah! Kakak ipar aku nak bersalin! Mana teksi ni?! Airin melihat sekeliling. Memang tak ada teksi yang lalu!

    Tiba tiba ada tangan memeluk badan Airin dan menarik Airin ke dalam lorong yang sunyi. Ya Allah! Apa ni?! Tolong selamatkan aku dari segala bala yang akan terjadi ni! Airin cuba jerit tetapi ada tangan mencekup mulutnya itu. Dia hanya mampu meronta ronta untuk dilepaskan saja. Ya Allah! Kalau tangan aku ni tak sakit, dah lama aku pukul lelaki tak guna ni. Dua tangan memeluk badan aku. Satu tutup mulut aku. Satu lagi pegang tangan aku. Maknanya ada tiga lelaki! Ya Allah! Tolong la hamba mu yang tidak kuat ini.

    "Woi! Korang buat apa tu?!" jerit seseorang.

    Mereka terdengar jeritan itu dan terus meluru ke arah lelaki itu. Sekarang tinggal Airin dengan seorang lelaki yang memegang tangan dan memeluknya. Airin membulatkan matanya apabila ternampak Azhar yang menjerit tak tentu hala tu!

    "Azhar! Tolong Airin!" jerit Airin. Dia meronta ronta lagi. Sekarang tinggal seorang jadi senang nak lepaskan diri. Airin melihat pergaduhan antara dua lelaki dan Azhar.

    "Azhar! Jaga bela..."

    Gedebukk! Satu ketukan yang kuat di belakang kepala Azhar. Seorang lelaki sempat mengambil kayu yang berada berdekatan dengan tempat itu.

    "Azhar! Azhar!" jerit Airin.

    "Tolong! Azhar bangun! Tolong!!" jerit Airin sekuat hati. Lelaki yang sedang memegang Airin terus menutup mulut Airin dengan tangannya. Ya Allah! Tolong la hamba mu ini dan tolong la Azhar.

    "Azhar! Airin!" jerit Adam.

    Kebetulan dia lalu jalan itu untuk melihat Airin. Dia berasa tidak sedap hati apabila membiar Airin menaiki teksi pergi ke hospital. Dia ternampak Azhar yang terbaring sambil memegang kepalanya dan Airin yang meronta ronta untuk diselamatkan. Adam pergi ke arah mereka dengan geram. Berani korang buat macam ni dekat Airin! Selepas beberapa tumbukan, lelaki itu jatuh tapi seorang lagi berada di belakang. Airin ternampak lelaki itu membawa keluar pisau dari poket seluarnya.

    Airin dengan segera menendang kaki lelaki itu dengan kuat dan mengigit tangan lelaki itu sekuat hatinya. Lelaki itu menjerit kesakitan. Selepas dia melepaskan Airin, Airin terus berlari ke arah Adam dan menghalang lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus berlari ke arah Adam sambil menghala pisau tepat ke bahagian perut Adam. Tiba-tiba...

    "Airin!!! Airin!!!" jerit Adam dan Azhar serentak. Azhar yang baru saja hilang pening akibat hentukan di kepala. Lelaki itu terkejut dan terus cabut lari bersama rakan rakannya itu.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now