Bab 39

86 3 0
                                    

    Dah berapa hari dah Airin dan Amir tak bertegur sapa. Macam orang tak kenal. Diam sepanjang masa. Kalau jumpa pun Airin buat tak tau and Amir buat buat ada orang call. Ibu, Sarah, Aziz, Amani, Adam dan umi yang tinggal di rumah tu tengok jadi tak selesa. Bilik tidur pun dah beza. Seorang tidur tingkat atas seorang lagi tidur tingkat bawah. Bila tanya ada yang jawab ada yang tak jawab and sambil jawapan dia bokeh hafal la "Tak gaduh. Cuma perlukan ruang."

    "Rin jom keluar dengan Sarah. Sarah nak beli barang Syamimi."

    "Ok. Rin pergi ambil beg."

    Apabila mereka berdua keluar. Amir hanya melihat Airin. Sampai bila dia nak merajuk dengan aku ni? Aku dah la nak pujuk kekadang menjadi kekadang tak. And kalau aku pujuk kali ni mesti kena tendang keluar rumah punya!

    "Rin ok tak dengan Amir?"

    "Ok."

    "Rin ni Sarah tanya sepatah Rin jawab sepatah. Cuba la kongsi masalah sikit. Bukan Rin seorang saja yang kahwin."

    "Rin tak ada masalah la. Tak nampak Rin bahagia dengan Amir."

    "Bahagia apanya? Seorang tidur atas seorang tidur bawah. Tu namanya bahagia? Selama Sarah kahwin dengan Aziz tak biasa pula jadi macam tu. Dalam rumah ibu pula tu!" kata Sarah. Teruja bila tengok adik iparnya berperangai macam ni. Hebat la Airin ni!

    Airin hanya terdiam. Malas nak dengar apa apa. Yang dia tau dia dah penat nak jaga hati orang. Semua tak boleh pakai. Ingat aku ni robot. Hati kering! Bila aku diam sikit mesti tuduh aku salah! Dia yang cari pasal aku yang salah!

    "Rin nak makan apa?" tanya Sarah. Selepas mereka habis membeli belah mereka terus ke restoran untuk mengisi perut mereka yang lapar itu.

    "Rin nak nasi ayam."

    "Ok. Lepas ni nak pergi mana?"

    "Pergi cari buah pelam. Rin mengidam."

    "Buah pelam? Mengidam? Rin ni kenapa?" tanya Sarah pelik. Kenapa dengan adik ipar aku seorang ni?

    "Entah. Rin just lapar. Lama tak makan buah favourite Rin."

    Selepas mereka habis makan, Sarah membuat keputusan untuk membawa Airin ke hospital makin lama makin dia minta macam macam. Buah pelam, buah cempedak, and macam macam lagi. Tapi kebanyakan Airin meminta buah-buahan.

    "Doktor kenapa dengan Airin?"

    "Cik Airin didapati mengandung. Dalam 2 minggu."

    "Alhamdulillah! Terima kasih doktor. Saya pergi dulu." kata Sarah sambil berlalu keluar dari bilik doktor dan terus ke Airin.

    "Rin! Kau nak tau tak? Kau mengandung 2 minggu!"

    "Betul ka?! Alhamdulillah!"

    "Kalau Amir tau mesti dia gembira kan?!"

    "Hmm... Sarah, Rin nak minta satu permintaan boleh?"

    "Macam pelik saja bunyi tu. Nak minta apa?"

    "Kau jangan bagitau sesiapa pasal benda ni. Aku tak nak sesiapa tau pun. Lagi lagi Amir and keluarga kita."

    "Kau ni kenapa Rin? Benda happy kot! Takkan nak sembunyikan?"

    "Demi Rin. Please Sarah. Rin ada hal yang tak habis dibuat lagi."

    "Kalau tu yang Rin minta, Sarah ikut saja. Janji jangan simpan hal ni terlalu lama."

    "Terima kasih Sarah."

    Mereka pulang ke rumah. Sarah terpaksa berdiam diri demi Airin. Dia nak bagitau kepada semua orang yang Airin mengandung tetapi dah dia janji dengan Airin yang dia takkan bocorkan rahsia ni. Airin masuk ke rumah dan terus pergi naik ke bilik. Sarah hanya terdiam dan pergi ke arah Syamimi.

    "Kenapa ni Sarah? Rin balik balik masuk bilik ini?"

    "Biasa la tu. Macam la dulu dia tak biasa buat macam ni."

    "Amir kau nak balik kerja bila?" tanya ibu kepada Amir yang sedang leka bermain dengan Syamimi.

    "Entah la ibu." kata Amir. Dia cadang nak uti hingga la Airin habis merajuk. Airin pun lama sangat merajuk dengan dia.

    "Adam kau bila nak buka kedai balik? Ibu tengok Rin tu asyik termenung saja bila tak kerja."

    "Tunggu la. Biar Adam main dengan Syamimi puas puas."

    "Ibu.. Amir keluar kejap. Nak jumpa kawan."

    Ibu hanya mengangguk sambil melihat Amir berlalu keluar dengan keretanya. Amir pergi berjumpa Hanis. Airin yang melihat dari tingkap biliknya. Dia nak pergi mana? Rasa tak sedap hati la pula. Airin membuat keputusan untuk mengikut Amir.

    "Ibu... Rin nak keluar kejap."

    "Nak pergi mana?"

    "Nak jumpa Zati." kata Airin. Terpaksa membohong.

    "Awak nak apa jumpa saya?"

    "Saja. I nak tengok muka you. Nak lepas rindu."

    "Awak kalau nak jumpa saya tanpa sebab lebih baik saya pergi."

    "You jangan la tinggalkan I. I tak boleh hidup tanpa you."

    "Jangan mengarut la! Saya dah berkahwin."

    Airin hanya melihat dan memasang telinga sahaja di sebalik restoran itu. Amir jumpa Hanis? Hanis gatal nak rayu dekat suami aku ni kenapa?

    "I sanggup jadi isteri kedua you. Janji you jadi milik I. I takkan cari gaduh dengan Airin kalau you kahwin dengan I."

    "Seriously? Awak takkan kacau isteri saya kalau awak kahwin dengan saya."

    "Yes! I promise! I sanggup jadi isteri kedua you!"

    Airin yang memasang telinga terus membeku. Betul ka apa yang aku dengar tu? Amir betul betul nak kahwin lain ka? Air mata mengalir dipipinya. Macam tak percaya apa yang mereka bincang itu. Semua lelaki sama! Aku benci lelaki! Airin terus beredar dari restoran itu.

    Dia pergi ke tempat yang selalu dia datang dulu. Pantai. Airin meluahkan perasaannya dalam hati. Tak ada siapa yang dia nak luah kecuali disini. Dia menangis sekuat hati tanpa teringat yang dia sedang mengandung. Memang dari dulu dia yang asyik sakit hati. Semua orang suka sakitkan hati dia. Biar la. Ujian Allah.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now