Kring kring! Bunyi telefon Airin. Airin yang baru habis mandi terus mangambil telefonnya untuk melihat siapa.
Assalamualaikum. Saya Amir. Ingat lagi tak?
"Apasal mamat ni mesej aku malam malam? Buang tabiat ka?" kata Airin.
Esok awak free tak? Kalau free, boleh kita jumpa?
Tanya esok free ke tak pula! Haish! Macam mana nak elak ni?
Waalaikumsalam. Ya saya ingat lagi. Hmm esok saya tak free. Maaf ya.
Oh! Tak apa la. Nanti bila bila, boleh saya ajak awak keluar?
"Ya Allah! Kenapa la dengan mamat ni?" kata Airin.
Insya-allah. Saya tak janji.
Ok! Assalamualaikum.
Waalaikumsalam.
Haish! Dah la pagi tadi jumpa Azhar dengan Baiyah. Ni pula ada mamat mana menggatal dengan dia.
"Rin bangun! Rin tak turun juga dalam masa 10 minit, akak panggil abang pecahkan pintu ni!" jerit Amani dari luar bilik Airin.
"Ya la! Rin baru habis mandi ni!" kata Airin.
"Baru habis mandi ka?! Cepat la sikit! Ingat perkahwinan abang tu boleh ditangguhkan ke?!" jerit Amani lagi.
Hari ini perkahwinan Aziz dengan Sarah lepas Sarah habis belajar degree dua tahun lebih terus ibu dengan ummi tentukan tarikh perkahwinan mereka.
"Dah! Ni tengok ni dah siap!" marah Airin. Dia membuka pintu biliknya untuk menunjukkan yang dia dah siap kepada Amani.
"Ha! Cantik dah adik akak ni! Jom turun! Tau tak abang tak nak teruskan perkahwinan ni kalau Rin tak turun!" kata Amani. Aziz sentiasa mendahulukan Airin sampai nak kahwin pun tunggu Airin.
"Ya ya! Jom turun!" kata Airin.
Apabila Airin dan Amani turun, Airin nampak ramai orang berada di ruang tamu itu. Habis la abang Aziz! Mahu gagap dia cakap haha. Dah la ramai orang datang.
"Airin!" panggil Adam.
"Fuyoo! Cantiknya kau hari ini! Macam kau yang nak kahwin!" sindir Adam.
"Banyak la kau punya kahwin! Dah ibu sediakan baju ni untuk aku! Aku pakai saja la!" marah Airin. Meluat betul bila ada orang sindir dia.
"Aku nak pergi dekat kawan aku kejap! Kau pergi la tolong ibu ka dekat dapur tak pun pergi cari kawan!" kata Adam.
Adam terus berlalu pergi ke arah kawannya. Biasa la Tengku kan confirm popular! Airin pergi keluar rumah. Rimas ramai orang ni! Dia mengambil udara segar di luar rumah.
"Assalamualaikum. Lama tak jumpa. Awak sihat?" Amir memberi salam dari belakang.
"Waalaikumsalam. Aik? Kenapa awak ada di sini?" tanya Airin. Pelik ni perkahwinan abang dengan Sarah bukan orang lain. Takkan la kawan Sarah atau Adam? Abang dia tak la keluar rumah selalu.
"Saya kawan Aziz. Awak tu pula kenapa datang sini?" tanya Amir pula.
"Saya kawan Sarah." kata Airin. Cuba bohong tapi memang betul kan dia kawan Sarah dan bakal adik ipar Sarah.
"Rin! Abang nak kau masuk rumah sekarang!" panggil Amani.
"Eeerrr... Ya!" kata Airin. Alamak terkantoi pula. Kenapa mesti terkantoi dengan mamat ni. Baru nak bohong sikit.
"Oh awak la adik kesayangan Aziz tu. Patut la saya tengok muka awak nak dekat sama dengan Aziz." kata Amir. Nak bohong! Kan dah kantoi. Tu la orang cakap nak buat jahat Allah dah tunjuk balik.
"Eeerrr... Saya masuk rumah dulu ya. Nanti kita sembang lain." kata Airin. Nak tutup malu macam ini la kerja dia.
Dengan sekali lafaz saja Aziz dan Sarah bergelar sebagai suami dan isteri. Airin duduk belakang Sarah mengeluh kegembiraan. Alhamdulillah. Abang dah tak perlu mengambil berat pasal Airin dah.
"Abang lepas ini dah ada isteri. Jadi jangan cari Rin lepas ni. Abang kena pentingkan Sarah berbanding Rin, tau?" nasihat Airin kepada Aziz. Nanti ada masalah cari dia, habis bini dia marah aku.
"Ya la. Tapi kalau sekali sekala cari Rin tak apa kan?" kata Aziz.
"Tak boleh juga sebab lepas ni mesti Rin sibuk. Rin ada latihan lagi. Nak kena tolong Adam urus kedai dia lagi." jelas Airin.
Lepas habis belajar, Adam terus mengusahakan kedai baju dengan bantuan ayahnya. Airin hanya menolong sebagai menjadi model. Tapi tak apa sebab Adam buat baju Muslimah so tak nampak muka la sebab pakai purdah.
"Ya la! Tau la Rin dah tak sayang abang!" rajuk Aziz.
"Ya Allah! Mula dah perangai dia. Abang kalau Sarah nampak, sedih dia." sekali Sarah nampak kecewa dia.
"Dah la abang! Adik nak pergi jumpa Adam ni! Dari tadi dia tunggu kesian dia!" kata Airin.
"Adam! Maaf la tadi abang entah tetiba nak cari aku pula!" kata Airin kesian Adam berdiri tunggu dia dengan Aziz habis berbual.
"Eh! Tak apa la tau la lepas ni abang kau dah tak ada kat rumah ni kena pindah! So dia nak lepas rindu kat kau dulu!" kata Adam.
"Adik kau tak macam tu pun!" kata Airin.
"Adik aku dah jumpa aku sebelum dia kahwin lagi! Abang kau saja seronok nak kahwin sampai lupa kau." kata Adam.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...