Bab 13

74 6 0
                                    

    Dah nak masuk 4 bulan Aziz berkahwin dengan Sarah. Lepas mereka pindah ke rumah sendiri, Airin asyik melepak di kedai baju Adam sahaja.

    "Kau ni tak ada tempat lain ka nak lepak?" kata Adam.

    "Kau bagitau nama kawan aku. Dalam list kawan aku cuma ada kau je. So kau la aku cari. Nak pergi rumah abang nanti kacau dia dengan Sarah." kata Airin.

    "Kawan kawan lama kau? Takkan la tak ada. Kau sendiri cakap dekat aku yang dulu kau ada kawan dekat sekolah lama." kata Adam.

    Betul juga. Lama aku tak hubungi atau mesej diorang. Macam mana keadaan diorang sekarang? Dah kahwin ke?

    Kring kring! Tetiba telefon Airin berbunyi.

    Assalamualaikum. Lama tak jumpa. Boleh kita jumpa tak?

    Mamat ni lagi. Memang tak ada kerja lain ka asyik nak kacau aku saja. Dulu pernah aku tanya abang Aziz yang dia kenal ke tak Amir. Abang Aziz cakap dia kenal dan Amir itu kerja sebagai seorang pilot. Memang kerja pilot duduk rumah ja ka?

    Waalaikumsalam. Awak tak ada kerja lain ka? Awak bukan pilot ka?

    Ya saya memang pilot tapi sekarang saya cuti. Jadi saya bosan, saya nak ajak awak keluar.

    "Siapa yang mesej kau tu? Boyfriend eh?" tanya Adam. Sempat menyindir Airin di belakang ayat nya itu.

    "Banyak la boyfriend! Ni mamat tak sedar diri mana entah nak ajak aku keluar!" kata Airin.

    "Ha! Elok la tu. Kau keluar dan pergi berseronok sikit. Bersosial la sikit." kata Adam.

    "Ya la ya la! Aku tau la kau nak halau aku!" kata Airin.

    "Aku bukan halau tapi aku nak kau ada kawan di luar sana." kata Adam. Dia kesian tengok kawannya seorang ini yang alone sejak dulu lagi.

    Telefon Airin berbunyi lagi. Airin melihat mesej itu.

    Awak? Macam mana? Boleh tak kita jumpa?

    Airin berfikir panjang. Dia menarik nafas dalam dalam dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menerima tawaran mamat itu.

    Hmm... Okay. Nanti awak send la location nak jumpa di mana and pukul berapa.

    "Dah! Aku dah terima tawaran mamat tu! Nanti aku keluar jumpa dia, jangan kau rindu aku pula nanti!" kata Airin sambil menyindir Adam.

    "Aku sentiasa rindu kau. Jangan risau kalau aku rindu kau, aku call saja kau. Apa susah!" kata Adam selamba.

    "Hmm... Ya la tu."

    Airin berjumpa dengan Amir dekat mall berdekatan kedai Adam.

    "Awak nak buat apa jumpa saya?"

    "Saja. Nak lepas rindu." sindir Amir.

    "Jangan mengada. Nanti ada orang masuk hospital pula!" Apa masalah mamat ni?

    "Tak ada la. Saya nak awak teman saya pilih baju untuk saya. Minggu depan saya nak terbang pergi New York." jelas Amir.

    "Kenapa awak tak pilih sendiri dan sebelum ni tak ada orang temankan awak ke? Girlfriend ka tunang ka isteri ka?" Dia yang nak terbang ke New York tapi kena ada orang teman pula.

    "Saya tak reti nak pilih sendiri lagipun sebelum ni Azhar yang teman tapi hari ini dia keluar dengan tunang dia. And for your information, saya tak kahwin lagi la dan still single." jelas Amir.

    "Oh... Ok. So sekarang ni nak pilih baju macam mana?" tanya Airin. Terpaksa mengalah.

    "Baju yang biasa tapi nampak cool." kata Amir.

    Banyak cantik muka kau! Macam la aku ni lelaki. Tau apa taste lelaki. Nanti aku kata cantik dia kata tak cantik.

    "Saya tak cerewet la. Jangan risau kalau awak kata cantik saya akan ambil." kata Amir. Tau sangat apa yang Airin tengah fikirkan. Tengok mimik muka Airin pun dah faham.

    Alamak! Kenapa mesti terkantoi dengan mamat ni. Malu kot! Nak letak muka mana ni? Airin tak nak nampak panik. Dia cuma terdiam dan hanya melihat baju baju di gerai itu.

    "Nah! Pergi try baju ni!" kata Airin. Malu punya pasal suruh mamat tu tukar baju.

    Amir tergelak melihat Airin yang sedang menyembunyikan malunya.

    "Apa gelak gelak?" tanya Airin. Orang suruh tukar baju dia gelak.

    "Tak payah nak tutup malu tu denga cara macam ni." kata Amir. Dia berlalu pergi ke fitting room.

    Macam mana ni?! Kenapa la mesti terbongkar dekat dia?! Bencinya! Bagi la hari ini berakhir dengan cepat. Dah tak tahan malu dah ni!

    "Wei! Macam mana semalam? Ok keluar dengan mamat kau cakap tu?" tanya Adam apabila nampak Airin jejak kedainya.

    "Memang tak ok la! Wei malu gila kot. Setiap kali aku malu atau cakap dalam hati mesti dia tau." kata Airin. Malunya tidak habis lagi dari semalam.

    "Serius ka? Lawak ah kau ni!" kata Adam sambil gelak.

    "Kau ni bukan nak sokong aku! Malu tak tau nak letak mana ni! Benci gila dengan mamat tu!" kata Airin. Tangannya digenggam kuat.

    "Relax relax. Kau ni macam tak biasa? Jangan benci sangat entah entah dia jodoh kau sebab tu dia tau bila kau cakap dalam hati bagai." kata Adam. Cuba memujuk takut pecah tingkap kedainya.

    "Banyak la kau punya jodoh! Aku tak pernah fikir macam tu! Lagipun mana pernah ada orang perasan aku malu ka apa. Yang selalu tegur pun abang Aziz saja!" kata Airin.

    "Ya ya. Aku nak pergi layan pelanggan sekejap. Kau duduk la sini lepaskan geram kau." kata Adam apabila nampak ada beberapa orang masuk ke kedainya.

    Setiba Airin di depan rumah, Telefon Airin berbunyi. Ada mesej masuk? Unknown number pula tu? Dia membelek mesej itu.

    Assalamualaikum. Airin, ni aku Zati! Lama tak jumpa. Aku nak bagitau ni. Kami buat reunion budak sekolah dulu. Kalau kau nak join, kau datang la esok pukul 2 petang.

    Waalaikumsalam. Lama tak jumpa kan? Aku free saja.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now