Airin bangun dan melihat Amir berada di sebelahnya masih tidur nyenyak lagi. Dia tersenyum melihat suaminya itu. Kenapa bila aku dengan dia aku rasa tenang dan dilindungi? Dia melihat jam yang sekarang menunjukkan pukul 7:45 pagi. Dia turun dari katil dan niat hendak menolong ibu di dapur tetapi langkahnya terhenti apabila terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Dia pusing ke arah tanganya ditarik dan ternampak Amir yang memegang tanganya itu.
"Nak pergi mana?" tanya Amir. Yang masih separuh tidur dan separuh bangun itu.
"Airin nak keluar pergi dapur siapkan sarapan."
"Tak payah la. Biar ibu siapkan. Lagipun ada Amani dan Sarah. Teman saya tidur kejap."
"Nanti ibu marah, Airin yang..." kata Airin terhenti apabila Amir menarik tangannya dan memeluk badan Airin untuk tidur balik.
"Kalau ibu marah, kata la teman abang tidur." kata Amir dan kemudian sambung tidur sambil memeluk badan Airin.
Abang? Habis la aku lepas ni kena panggil dia abang. Airin yang dah rasa terjaga seratus peratus tu tetiba matanya rasa nak lelap kembali. Akhirnya Airin membuat keputusan untuk tidur lama sedikit dalam dakapan Amir itu.
"Abang... Bangun la. Dah pukul 9 pagi ni. Nanti ibu marah sebab bangun lambat." gerak Airin perlahan.
"Airin turun la dulu. Nanti abang turun la."
Degil juga suami aku ni. Airin meninggalkan bilik itu. Dia mahu menolong ibu di dapur.
"Akhirnya, bangun juga. Ingat nak tidur sampai ke petang." kata Amani.
"Tadi dah bangun dah pukul 8 lebih tapi menantu ibu tu. Nak suruh Rin teman pula dia tidur."
"Biasa la tu Rin. Dulu pun masa Sarah nak tolong ummi, abang Aziz mana bagi. Dia kata buat apa bangun awal awal." kata Sarah. Ibu tak benarkan Sarah membuat kerja berat berat kerana keadaannya yang tengah mengandung itu tetapi Sarah berkeras nak tolong juga, akhirnya ibu mengalah dan menyuruh Sarah memotong sayur saja.
"Ha'ah kita lupa ada orang belum kahwin kat sini. Kak bila nak kahwin pula? Abang dan Rin dah lepas. Tengah tunggu kak pula." sindir Airin sambil melihat Amani yang tengah masak itu.
"Kan Rin kan. Kita dah lepas dah."
"Yang kau tu Sarah. Cepat cepat la lahirkan anak tu ibu tengah tunggu tu." sindir Airin kepada Sarah pula.
"Ish, ibu pula yang Rin babitkan."
"Yang Rin tu pula cakap kat orang bila nak cadang pergi honeymoon dengan suami?" sindir Amani balik.
"Nanti la dulu kita bincang kan Rin?" sampuk Amir yang baru turun lalu memeluk badan Airin dari belakang.
"Dah turun dah menantu ibu ni. Sarah mana suami kau? Tidur lagi ka?" kata ibu sambil tersenyum melihat Airin dengan Amir itu.
"Entah la ibu. Abang Aziz tu kan bangun lambat."
"Eh! Kenapa Rin tetiba diam ni? Tadi punya la bising." tegur Amani. Airin rasa malu apabila Amir campur tangan ke perbualan mereka sekeluarga.
"Biasa la tu. Rin kan selalu malu bila ada Amir dekat sisi dia. Setiap kali Amir ada mesti muka Rin merah. Tengok la sekarang ni muka Rin merah." kata Sarah. Sempat menyindir Airin balik.
"Mana ada la. Airin tak malu pun." kata Airin. Nak mengelak.
"Rin jom teman abang joging." bisik Amir.
"Joging?" kata Airin perlahan.
"Jom la." bisik Amir lagi. Bosan duduk rumah ni kalau tak keluar ambil angin.
Amir menarik tangan Airin itu dan meninggalkan ruang dapur. Dia terus membawa isterinya keluar ke luar rumah. Airin hanya mengikut. Dia tidak melawan kata Amir itu. Dah lama juga dia tak joging sekitar tamannya itu.
"Rin memang selalu malu ke depan orang?" tanya Amir duduk di atas kerusi batu di taman itu.
"Tak la. Rin mana selalu malu." kata Airin duduk di sebelah Amir itu. Sebelum ini mana pernah dia malu kalau dengan orang yang dia sayang tapi tetiba dengan Amir dia berasa malu.
"Then kenapa semalam dan tadi muka merah bila abang dekat dengan Rin?"
"Mana ada muka merah! Rin penat semalam sebab tu muka merah. Dah la jom balik. Sarapan dah siap kot." kata Airin sambil berlalu ke arah rumah.
Selepas bersarapan, Amir dan Aziz berbual di luar rumah. Manakala ibu dan Amani berbual di ruang tamu. Sarah dan Airin duduk di dapur.
"Rin happy tak dengan Amir lepas kahwin?"
Masa ini Amir dan Aziz berjalan ke arah mereka untuk melihat apa yang isteri mereka lakukan. Tetapi langkah mereka terhenti apabila terdengar perbualan mereka berdua.
"Happy la kot."
"Happy la kot? Rin ni happy mana ada kot kot. Sarah dulu pun dengan Aziz happy gila. Rin ni. Sedih suami Rin bila dengar Rin cakap macam ni."
"Rin tak tau la. Bagi la masa kat aku sikit lagi. Kau ingat senang ka nak lupakan kisah lama?"
"Tapi dah 7 tahun lebih kot. Takkan tak lupa lagi?"
"Nak lupa tu memang senang tapi luka dia tu mendalam. Aku rasa benci sangat bila tengok muka Azhar tapi dalam masa yang sama aku rasa sayang sangat kat Azhar."
"Apa yang isteri kami buat ni?" kata Aziz cuba menghentikan perbualan mereka. Makin lama makin sedih hati Amir nanti.
"Cuma sembang kosong saja."
Airin hanya terdiam apabila melihat Amir berdiri diam saja di pintu dapur itu. Dia dengar ka apa aku cakap? Kalau dia dengar, confirm kecil hati dia.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...