08 April, Hari ini hari jadi Airin. Airin tidak langsung tidak tahu hari itu ialah hari jadinya. Tiba di perhimpunan sekolah.
"Airin! Selamat hari jadi!" kata Zati.
"Selamat hari jadi Airin!" kata Dhia.
"Terkejut aku ingat saka mana mai lompat depan aku tadi"
"Sampai hati kau kata kami ni saka" kata Ami.
"Kami ni kawan kau kot Airin" kata Yana dan Farah serentak.
Ya sekarang ni Airin sudah mempunyai banyak kawan berkat doa Dira dan peramah Airin. Zati, Dhia, Ami, Yana, dan Farah sudah masuk 3 bulan berkawan dengan Airin selepas Dira pindah sekolah.
"Airin jom masuk kelas" kata Zati.
"Jom!"
"Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Airin! Selamat hari jadi!"
"Apa ni?" terkejut Airin setiba di depan pintu kelas.
"Kami semua pakat nak sambut birthday kau Airin!"
"Hmm untung la ada kawan macam depa semua" kata Bani, kawan sekelas Airin.
"Airin, nah hadiah" kata Zack.
Zack beri hadiah kepada Airin. Lelaki ini dah menjadi kawan rapat Airin selepas Airin menjadi 'budak bising' dalam kelas.
"Wow! Kawan special bagi hadiah dekat Airin la!" kata kawan sekelas Airin.
"Hampa semua diam nanti aku sepak seorang seorang!"
"Mak singa dah mai dah. Oi Airin kau ni memang kena sentiasa bising eh?" kata Haikal
Airin menjadi 'budak bising' dan 'gangster' dalam kelas kerana tahap kesabarannya dicabar oleh seorang lelaki bernama Haikal. Haikal telah menjadi musuh ketat Airin sejak pertama kali masuk kelas itu. Ada ada saja Haikal mahu mengusik Airin. Dan satu hari, Haikal telah mencabar Airin untuk jerit dalam kelas dan ia membuatkan cikgu marah kepada Airin beberapa jam selepas itu.
"Wei Airin! Aku, Dhia, Ami, Yana dan Farah bersepakat nak tunaikan permintaan kau .""Hmm aku nak abang angkat!"
"Hah? Kau serius ka Airin?!" kata Zati. Semasa itu semua diam dengan permintaan Airin.
"Airin kau biar betul dulu kau punya la tawar hati tak nak abang angkat bagai la" kata Zati lagi
"Tu dulu sekarang aku nak and aku ada minat seorang senior lelaki form 4 nama Azhar"
"Hah!?"
"Wei Airin, senior tu kan normally susah nak rapat dengan perempuan"
"And wei aku dengar senior tu playboy sebab minat ramai budak perempuan hari itu dia minat Suraya then sekarang aku dengar dia minat Aina"
"Sekarang ni hampa yang suruh aku bagitau permintaan aku kan!?"
"Hmm ok la kami cuba minta dekat dia ok?"
"Kalau tak dapat jangan marah pula"
"Ok ok janji hampa cuba sedaya upaya"
"And thank sebab sanggup buat semua ini untuk aku"
09 April, "Airin, nah Azhar bagi" Anas memberi kertas kepada Airin.
"Apa ni?" Airin buka kertas itu dan baca isi surat kertas itu.
"Azhar suruh kau balas sekarang juga"
"Ok"
Dalam surat itu Azhar menulis yang dia menerima Airin sebagai adik angkat dan menyuruh Airin memperkenalkan dirinya di dalam surat. Airin menjerit kegembiraan.
"Wei korang!"
"Apa?"
"Azhar! Dia... Dia terima aku jadi adik angkat dia!"
"Wei Congrats!"
"Seronok la kau lepas ni Airin"
"Lepas ni ada la orang tu abaikan kita semua sebab busy dengan abang angkat pula"
"Haish mana ada la aku sentiasa ingat hampa. Hampa sentiasa nombor satu dalam hidup aku"
"Thanks lagi sekali wei sebab tolong aku minta kat Azhar tu!"
"Airin!"
Airin menoleh kepala ke belakang. Airin tersenyum melihat kak senior kesayangannya berada di hadapan pintu kelas itu. Kak Dini, kak senior yang sangat ambil tahu tentang Airin.
"Airin tu bukan kak Dini ka?"
"Jap ya aku pergi kat kak Dini dulu" Airin berjalan ke arah kak Dini.
"Ya kak"
"Kami dengar hampa ada abang angkat Azhar kan?"
"Ya kak dari mana kak dengar?"
"Kak dengar dari mulut orang la ni adik curang dengan kami ya!"
"Mana ada curang kami baik saja kak pun curang"
"Mana ada la"
Airin rapat dengan kak Dini. Airin menganggap kak Dini sebagai kak Airin sendiri. Mereka kenal semasa Airin sedang bercakap dengan kawan kepada kak Dini.
"Akak Airin nak masuk dulu ni nanti kalau cikgu nampak kena marah free saja abis kita dorang"
"Ok jaga diri tau!"
"Ok!"
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...