Bab 30

93 5 0
                                    

    Honeymoon sebulan tapi rasa macam seminggu! Memang kebanyakkan mereka spend time bersama. Hanis kebanyakkan mengacau mereka berdua tu yang hilang habis mood gembira. Harini cadang nak pergi shopping pula. Hari ni hari last Airin dan Amir di London. Esok mereka nak balik dah! Hari ni kalau Hanis tu kacau lagi, aku cili muka dia yang tak seberapa cantik tu!

    "Dah siap?"

    "Dah! Abang nak pergi shopping di mana?"

    "Ikut saja."

    Baru nak keluar dari bilik... Apa yang Airin nampak depan mata bagaikan bala yang besar! Hanis tetiba memeluk dan menarik baju Amir. Ya Allah! Apa betina ni buat?! Amir terkejut melihat perbuatan Hanis dan cuba untuk meleraikan pelukan itu. Hanis tersenyum sinis sambil menjelirkan lidahnya yang tak seberapa panjang kepada Airin. Ni baru dinamakan the best couple of the years!

    "You jangan tinggalkan I! I love you! You know that i really want to marry you?! Dulu ingat tak yang you kata you cintakan I sampai you bawa cincin lamar I depan orang ramai? If you do it again, i promise i will accept it!" kata Hanis. Macam ni la berlakon. Kau tengok apa aku akan buat depan kau perempuan tak sedar diri kata kau isteri dia!

    "Bila masa saya buat macam tu?!" tanya Amir. Dah tak tahan. Dia tak selesa orang yang tidak halal memeluk dia. Airin yang melihat bagaikan nak nangis depan depan. Telinga pula rasa nak cabut saja.

    "You nak sorok kenapa? You kata dia isteri you so she must know about us more! She must know about your life before you married!" kata Hanis lepas iu buat buat menangis depan mereka.

    "Don't you say you already forget about it? You kata you akan setia dengan I sorang saja! You penipu! And this girl! Kau tau tak kau dah rampas dia dari aku?!" kata Hanis. Tanpa berlengahkan masa Hanis menampar Airin dengan kuat. Sekarang ni kau tau langit rendah atau tinggi!

    "Kenapa awak buat macam ni dekat isteri saya! Dah la peluk saya tetiba then tampar isteri saya!" kata Amir. Dia terus memeluk Airin. Dia cuba beristighfar untuk mengawal kemarahan dia.

    "This girl! Perempuan tak sedar diri ni! Dia rampas you dari I! Dia rampas kebahagiaan kita!"

    "Jangan cakap Airin ni perempuan tak sedar diri! Patutnya awak yang tak sedar diri! Tetiba pergi keluar dengan lelaki lain belakang saya! Selamat Allah tunjukkan yang awak curang dengan saya! Kalau tak saya dah kahwin dengan perempuan yang tak tau baik buruk mana satu!" marah Amir. Dia pantang mendengar orang cakap benda buruk pasal Airin. Kau sedap hati ja kata isteri aku ni tak sedar diri. Yang kau tu curang dengan aku sedar sangat ke?!

    "Now I want you to GET OUT FROM THIS ROOM NOW! Sebelum I panggil security guard!"

    Hanis terkejut mendengar Amir marah. Seumur hidup dia tak pernah lagi lelaki marah dia. Hanis menunjuk muka tak puas hati. Kau tunggu Airin. Kau tengok apa aku akan buat pada kau nanti. Hanis keluar dari bilik mereka. Dia dah cukup puas hati selepas menampar dan marah Airin.

    Airin yang dalam dakapan Amir terus terduduk dan menangis teresak-esak. Dia tahu dia telah ambil hak orang. Dia tak ada niat nak buat macam ni. Dia tak minta. Amir cuba memujuk Airin. Dia membaca ayat-ayat suci al-quran di telinga Airin untuk cuba menenangkan Airin.

    "Sakit lagi tak?" kata Amir sambil membelek pipi Airin yang ditampar tadi. Kenapa dengan Hanis sampai nak tampar anak orang.

    Airin menggelengkan kepalanya. Pipi tak sakit hati yang sakit! Boleh saja kau panggil aku perempuan tak sedar! Aku ni masih tau batas antara perempuan dan lelaki.

    "Hari ni tak payah keluar. Rin rehat. Abang tau Rin sakit hati tapi tak apa abang sentiasa ada disisi Rin." kata Amir dan memeluk badan Airin. Dia tahu masa macam ni Airin memerlukan seseorang untuk meluahkan sesuatu.

    "Jahat sangat ka Rin sampai orang kata Rin perempuan tak sedar diri?! Rin bukan nak rampas abang dari sesiapa." kata Airin. Dia menangis teresak-esak. Ya Allah sakitnya hati ni!

    "Rin tak buat apa apa. Yang salah Hanis bukan Rin. Rin sekarang ni rehat dulu jangan fikir apa apa esok kita dah nak balik." kata Amir perlahan.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now