"Nanti cuti sekolah ni kalau tak busy, call la kami ka, mesej ka, ok?" kata Azhar.
"Ok! Tapi kalau Azhar tak jawab, kami cincang Azhar!" kata Airin.
"Haha... Ok jangan risau la! Lagipun berani ka Airin cincang kami nanti berdosa." kata Azhar.
Dah masuk 2 minggu cuti sekolah, Azhar masih tak menjawab call or mesejnya. Haish! Kalau busy tu bagitau la dulu, ni tak bagitau apa langsung! Tengok sekarang ni aku termenung ja.
Tetiba telefon Airin bunyi. Kring kring!
"Kami sibuk sikit sekarang ni nanti kami call ataupun mesej Airin ok?"
"Hmm baru sekarang nak bagitau? Awat tak bagitau tahun depan?" jawab Airin.
"Ala jangan la marah. Kami seriusly sibuk sebab dengan sekolah lagi, nak tengok budak baru tahun depan lagi."
"Ya la ya la. Nanti baru mesej or call lain. Kalau tak bagi respon apa apa juga, jangan harap kami nak layan Abang!"
Azhar sekarang ini dah jadi ketua pengawas sekolah jadi tugasnya menjadi berat. Airin mahu tolong tetapi tak nak masuk campur urusan sekolah nanti terbabit dalam kes apa pula!
"Airin! Jom meet esok nak tak? Aku rindu kau!" kata Zati.
"Aku ok ja. Janji kau ambil aku dekat tempat biasa." kata Airin.
"Ok!" kata Zati.
Airin bersiap untuk berjumpa dengan Zati. Airin memakai tudung shawl berwarna biru gelap, baju lengan panjang berwarna biru muda dan jeans berwarna biru gelap. Airin menunggu Zati di depan rumahnya kebiasaannya Zati akan mengambilnya di depan rumah Airin.
Setibanya Zati di depan rumahnya dengan kereta berwarna hijau. Airin terus mencapai begnya yang berwarna coklat di atas sofa.
"Wei lambatnya kau Zati! Assalamualaikum pak cik." Airin terus masuk dalam kereta Zati dan memberi salam kepada ayah Zati yang sedang membawa kereta.
"Sorry la, aku terlelap lepas solat subuh then bangun bangun tengok jam dah pukul 12 tengah hari."
"Hmm tak pa la. Jom kita pergi!"
Zati telah mengajak Ami, Yana dan Farah untuk berjumpa hari ini.
"Wei! Aku ajak diorang and aku dah try ajak Dhia tapi dia tak boleh datang sebab balik kampung."
"Hmm tak pa. Lagi ramai lagi meriah kan?"
Habis sahaja berjalan jalan dalam mall kami terus pulang ke rumah. Zati menghantar Airin ke rumahnya.
"Thank Zati. Saya pergi dulu ya pak cik. Assalamualaikum."
"Ok tak ada masalah la!" kata Zati dan ayahnya serentak.
Setiba Airin dalam rumah, Airin melabuhkan punggungnya ke sofa dan meletakkan begnya di tepi sofa.
"Penatnya hari ini." keluh Airin.
"Baru keluar sehari dah mengeluh. Dah pergi naik mandi dan solat dulu nanti turun makan. Ibu masak tadi sebelum pergi kerja. Rasanya dah sejuk dah makanan tu." kata Amani, kakak kepada Airin.
"Ya ya nanti Rin pergi la. Bagi Rin rehat dulu." kata Airin.
"Jangan tangguh solat tu lama sangat nanti berdosa!" kata Amani lagi.
"Ya la! Rin dengar la apa yang kak cakap!" kata Airin.
Airin dan kakaknya tak sah kalau tak gaduh sehari sekali.
"Akak abah dengan ibu hari ini balik pukul berapa?" tanya Airin.
"Ibu mungkin balik pukul 7 lebih. Abah mungkin balik malam. Kenapa? Rin rindu ka dekat ibu dan abah?" sindir Amani.
"Rindu tu ada la sikit but tak serindu Rin dekat abang Aziz." sedih Airin beritahu.
Aziz ialah abang kandung Airin dan adik Amani yang sekarang ini tinggal di luar negara dan sudah nak masuk 5 tahun abangnya itu tidak pulang ke rumah setelah bergaduh dengan ibunya.
"Ya akak tahu. Tapi dah abang buat keputusan tak nak pulang dah apa kita nak buat?" kata Amani.
"Akak pujuk la abang. Rin nak sangat keluarga kita macam dulu." kata Airin.
"Nanti akak cuba. Dah pergi solat dan mandi dulu cepat!" kata Amani.
"Alamak singa dah nak mengamuk!" seronok Airin mengusik kakaknya itu.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...