Airin melihat jam di sebelah katilnya. Menunjukkan pukul 8 pagi. Hmm malasnya nak bangun. Rasa nak tidur balik! Tapi hari ni ada photoshoot. Ya Allah! Kenapa la Adam buat photoshoot petang ni juga?
"Airin! Cepat turun! Adam tengah tunggu ni!" jerit ibu dari bawah.
"Ya ibu! Airin turun ni!"
"Wei Airin, kau tau kan hari ni ada photoshoot?"
"Ya aku tau tapi tadi terlewat bangun."
Mereka terus masuk ke dalam tempat photoshoot setibanya mereka di situ. Ada beberapa orang menunggu mereka untuk sesi bergambar. Airin bergegas menukar baju yang Adam telah bawa. Jubah berwarna putih merah, tudung berwarna putih dan purdah.
"Kau ni kekadang cantik juga bila pakai macam ni kan?" kata Adam kepada Airin selepas habis photoshoot.
"Kau nak kena penumbuk ka apa?" kata Airin. Dia suka memakai pakaian macam tu tapi disebabkan dia sekarang atlet nak buat macam mana.
"Kau tak nak terus pakai macam ni ka?" tanya Adam. Adam tahu yang Airin sangat suka pakaian begini. First day dia datang ke kedai Adam, dia nampak Airin sangat teruja.
"Kalau aku pakai macam ni kat luar, tak boleh la jadi atlet! Dah kena cari kerja lain!"
"Kau kerja dengan aku? Kau jadi model? Nak tak?"
"Serius ka?" tanya Airin teruja.
"Ya tapi kalau kau nak kerja situ jadi cashier ka boleh saja."
"Nak! Sebelum ni kau tak pernah cakap kat aku. Kalau tak dari dulu aku kerja dengan kau!" kata Airin. Dia seronok nak kerja di kedai Adam.
"Tu la sekarang ni aku bagi tawaran."
"Ok! Thanks sangat wei! Nanti aku bagitau ibu."
"Aku pula bagitau ummi."
"Assalamualaikum." kata Airin setibanya dia di depan rumah. Aik? Kenapa ada banyak kasut ni? Ada orang datang ke? Siapa? Kasut tak kenal, kereta lagi la tak kenal.
"Assalamualaikum." Airin beri salam lagi selepas dia masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam." beberapa orang menjawab salamnya dan memandangnya.
Setelah nampak Airin masuk ke rumah Amani terus menarik Airin ke dapur.
"Siapa datang kak? Ada orang datang meminang kak ka?" tanya Airin kepelikan.
"Tak la. Dia datang meminang Rin la!" kata Amani teruja sangat. Tak sangka adiknya bakal berkahwin tak lama lagi.
"Hah?! Siapa?" tanya Airin lagi. Kenapa pula meminang dia dan bukan kakak dia. Kakak dia dah umur 30 tak kahwin kahwin lagi.
"Entah la tadi akak dengar rasanya nama dia Naim. Tak silap akak la. Rin kenal ka?"
"Naim? Bila masa pula Rin ada kawan nama Naim. Ibu tengah sembang apa dengan mereka? Naim tu datang tak sekali?" tanya Airin. Mamat mana pula ni? Tetiba naik nama Naim ni? Yang aku tau aku tak ada langsung kawan nama Naim.
"Kak dengar tadi ibu tengah tentukan tarikh pertunangan dan pernikahan Rin. Maksudnya ibu dah terima lamaran dia. Naim ada sekali sebab tadi ibu puji puji Naim."
"Hah?! Ibu dah terima lamaran mereka?!" jerit Airin. Terus dia tutup mulut sebab terlalu kuat.
"So sekarang ni Airin betul betul kena kahwin la?" tanya Airin. Terkejut beruk dibuatnya.
"Ya la! Takkan akak nak ganti Rin kahwin pula?"
"Rin nak tengok Naim tu boleh?" tanya Airin. Teringin juga nak tengok 'bakal tunang' dia.
"Boleh tapi Rin kena usha perlahan lahan la. Sebab takut nanti orang perasan."
Airin cuma mengganguk dan kemudian dia perlahan lahan melihat seorang demi seorang dekat ruang tamu.
"Yang mana satu kak?"
"Tu yang pakai baju warna hijau tu."
Airin melihat lagi sekali. Warna hijau. Baju polo warna hijau, rambut bergaya, muka pun boleh tahan. Ada style. Tapi macam kenal saja lelaki tu? Airin tengok muka lelaki itu betul betul. Hah?! Amir? Ya Allah apalah dia buat dekat situ? Takkan tu 'bakal tunang' aku? Amir perasan Airin yang sedang menjenguk melihat orang. Airin yang bertentang mata dengan Amir terus lari masuk dapur balik. Malunya! Tapi nama dia Amir. Datang mana pula Naim?
"Airin. Datang sini kejap."
"Ya ibu." kata Airin. Ha sudah! Nak letak malu mana pula ni?
Airin pergi ke ruang tamu dan dia duduk di sebelah ibunya selepas bersalaman dengan mak cik mak cik yang berada di situ. Dia ternampak ada beberapa orang yang memandangnya lagi lagi Amir! Airin melihat Amir yang tersenyum seorang seorang. Seronok la kenakan aku!
"Sopannya Airin ni. Patut la Amir suka." kata salah seorang mak cik.
Sopan? Bila masa aku sopan ni? Aku sopan pun sebab nak hormat orang lebih tua dari aku. Kalau tak aku tenyih Amir yang ada depan aku ni tersenyum senyum.
"Biasa la tu. Perempuan kan. Kena la sopan." kata ibu Airin. Ibu ni macam nak sindir aku ja.
"Jadi pertunangan dan perkahwinan mereka jadi la kan?" kata seorang mak cik. Rasanya ni mak amir kot.
"Jadi." kata ibu Airin. Bulat mata Airin apabila ibu menyetujui lamaran mamat itu.
Sebelum orang yang datang ke rumah Airin beredar, Airin dibenarkan untuk berbual sekejap dengan Amir.
"Apa ni?"
"Apa apa? Saya buat benda yang betul bukan salah. Lagipun saya rasa dah tiba masa saya kahwin."
"Awak yang rasa awak kena kahwin bukan saya!" kata Airin. Geramnya aku dengan mamat ni.
"Ya la saya kahwin. Tapi takkan saya nak kahwin seorang seorang. Mesti kena ada teman kan? Jadi saya pilih awak." kata Amir dengan lembut.
"Kenapa perlu pilih saya? Saya ni cuma la pekerja kedai Adam. And one more thing, nama awak memang Amir Naim?" tanya Airin. Dia tidak dapat membalas kata kata Amir.
"Saya pilih awak sebab Allah dah tentukan hati saya untuk mencintai awak. And yes my name is Muhammad Amir Naim. Kenapa suka ke nama tu?"
Airin terdiam selepas mendengar kata kata Amir. Saya pilih awak sebab Allah dah tentukan hati saya untuk mencintai awak? What is this? It is really he fallen in love with me? Unbelievable!
"Lepas dua minggu ni kita nak tunang then lepas sebulan tunang kita kahwin. Jadi lepas kahwin awak mesti suka saya punya." kata Amir selamba.
"Hah?! Dua minggu? Sebulan? Kenapa awal sangat?"
"Benda yang elok kena percepatkan kalau tidak nanti naik orang ketiga. Awak tahu orang ketiga itu siapa? And your full name must be Nur Airin right?"
Airin hanya mengganguk tidak tahu nak balas apa dah. Amir dan keluarganya beredar pulang ke rumah selepas mereka berbual panjang. Airin yang masih tak percaya dalam dua minggu dia bakal jadi tunang orang dan dalam sebulan dia bakal jadi isteri orang!
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...