Airin dibawa ke hospital dengan segera. Sama hospital dengan Sarah yang sedang bersalin. Airin dirawat dalam ICU. Selepas beberapa jam dirawat, doktor keluar dari wad ICU. Adam dan Azhar yang setia menunggu terus pergi ke arah doktor berkenaan.
"Kamu ahli keluarga pesakit ka?"
"Saya keluarga iparnya." kata Adam. Azhar diam kerana dia tiada talian apa apa dengan Airin.
"Hmm... Macam ni, pesakit sekarang sedang stabil tetapi masih koma. Jadi saya akan pindahkan pesakit ke wad biasa."
"Oh okay. Terima kasih doktor." kata Adam.
Selepas doktor beredar dari situ, Azhar hanya duduk di atas kerusi dengan berasa lega kerana Airin tidak apa apa dan Adam dengan segera menelefon Amir. Adam rasa Amir saja yang perlu tahu buat masa sekarang kerana Amir ialah suaminya dan berhak untuk mengetahui tentang ini. Dan Sarah sedang bersalin dan Airin sedang sakit dia tak nak ibu, umi, mama, Amani dan Aziz berasa tak senang hati.
"Assalamualaikum! Amir kau dekat mana sekarang?!"
"Waalaikumsalam. Aku tengah on the way nak pergi hospital nak tengok Sarah. Kenapa?"
"Pasal Sarah tu kau tangguhkan dulu aku rasa kau perlu pentingkan pasal ni dulu."
"Kenapa ni?"
"Airin.. Dia cedera."
"Hah?! Macam mana dia cedera?! Dia okay tak sekarang?! Cedera teruk ke cedera ringan?!"
"Relak relak. Kau datang dulu ke hospital nanti aku cerita dari A hingga Z."
"Ok!"
Amir dengan segera pergi ke hospital. Dia bimbang akan isterinya itu. Dia tahu sekarang ni mesti Airin memerlukan dia disisinya. Adam dan Azhar hanya mengikut saja ke mana Airin dibawa pergi. Mereka berada dalam wad itu untuk menunggu kehadiran Amir.
Setibanya Amir di wad itu mereka terus bercerita dari mula hingga tamat. Amir yang setia mendengar itu berasa risau dan sedih apabila dia ternampak Airin yang terbaring tak sedarkan diri itu.
"Rin.. Abang kat sini ni. Buka la mata tu. Rin kan sayang abang." kata Amir perlahan. Dia berasa sedih sangat sangat kerana dia tak dapat nak selamatkan Airin masa kemalangan itu. Kalau tidak mesti Airin akan selamat dan berada disisinya sekarang.
Pagi subuh, Airin membuka matanya. Dia berasa pelik dengan keadaan bilik itu. Dia bangun untuk duduk di atas katil dan dia ternampak ada tiga lelaki berada dalam wad itu. Adam yang tidur atas sofa. Dari dulu hingga sekarang Adam sentiasa menjaga dan mengambil berat tentangnya dari jauh. Azhar yang tidur di hujung kaki katil itu. Memang dari dulu lagi Azhar sentiasa menjaga batas dan dia tahu yang mana haram dan halal. Dan akhirnya, Amir yang berada di sebelahnya sambil setia memegang tangannya itu. Suaminya yang tercinta, sentiasa menunjukkan jalan yang benar dan menyanyanginya dengan cukup kasih sayang. Dia rasa bersyukur kerana dapat seorang sahabat, abang angkat dan suami yang setia dengan dia.
"Abang... Azhar... Adam... Bangun..."
"Airin dah bangun?!" kata Azhar yang masih separuh bangun dan separuh tidur itu.
"Adam panggil doktor cepat!" kata Amir terkejut.
Adam hanya mengikut. Mereka bertiga terpaksa duduk di luar semasa Airin dirawat. Amir menelefon ibu untuk bertanyakan pasal Sarah dan memberitahu tentang keadaan Airin. Adam hanya duduk diam di atas kerusi. Azhar bersandar pada dinding. Selepas beberapa minit doktor keluar dari wad berkenaan.
"Doktor macam mana dengan isteri saya?"
"Isteri awak dah stabil and sekarang ni dia hanya perlu rehat. Mungkin dalam beberapa hari dia boleh keluar."
"Boleh kami masuk lihat dia?" tanya Adam.
"Boleh." doktor beredar dari situ dan mereka bertiga masuk dalam wad untuk melihat keadaan Airin.
"Aku rasa aku kena pergi tengok adik aku. Kau dengan Azhar jaga la Airin. Nanti ibu risau pula kalau aku tak munculkan diri aku." kata Adam. Dah berapa jam dia tinggalkan keluarga dia lebih baik dia pergi lihat keluarga dia sebelum kena marah dengan umi.
"Aku ada hal. Amir kau jaga Airin elok elok. Nanti aku datang balik." kata Azhar pula. Amir hanya mengangguk lalu Adam dan Azhar beredar dari wad itu.
Amir tak nak kacau Airin. Dia hanya membelek tangan Airin yang dikatakan sakit itu. Dia mencium tangan Airin. Lamanya tak pegang tangan ni. "Rin dah tak boleh rasa tangan abang!". Amir teringat kembali ayat Airin semasa dia berada di luar negara. Mesti Rin dah banyak benda lalui tanpa dia disisi Airin. Maafkan abang Rin. Abang bukan suami yang baik untuk Rin.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...