Bab 40

109 3 0
                                    

    Airin pulang ke rumah. Dah habis luahkan semua dekat pantai tadi. Dia ternampak kereta Amir berada di perkarangan rumah itu. Setibanya Airin masuk rumah...

    "Rin pergi mana tadi? Kenapa tak bagitau abang?"

    "Rin jumpa kawan tadi. Rin cuba hantar mesej dekat abang tapi tak dapat. Mungkin tak ada kredit kot."

    "Jangan bagi alasan la Rin. Macam la abang kenal Rin semalam. Dah nak masuk 1 tahun lebih kita kahwin."

    "Then? Kalau dah nak dekat 1 tahun lebih kita kahwin kenapa? Ohh... Mesti nak tanya kenapa Rin tak bagi abang zuriat lagi kan? Kenapa Hanis yang cepat sangat bagi abang zuriat. Nyesal kahwin dengan Rin and nak cari lain. Macam tu kan?"

    Amir terkedu. Apa yang isteri aku cakap ni? Tetiba naik tentang zuriat bagai ni? Dia menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

    "Abang nak kata kan yang abang dah tak larat nak bersama Rin. Abang nak buat Hanis tu sebagai isteri kedua abang kan? Abang still tak boleh lupakan Hanis and abang dah terlanjur dengan Hanis kan?! Dah la abang! Jangan nak berlakon lagi! Jangan ingat Rin tak tau perkara sebenar! Tadi abang jumpa Hanis and Hanis merayu-rayu nak jadi isteri kedua abang kan?!"

    "Rin apa bising bising ni? Korang gaduh ka apa ni?" tanya ibu yang baru turun. Dari tadi membising saja. Tak senang nak main dengan cucunya itu.

    "Ibu tanya la menantu ibu ni! Gatal sangat nak kahwin lain! Maklumlah sekarang ni pun tak dapat zuriat lagi so nak cari lain la!"

    "Rin bawa istighfar. Rin tu tengah mengandung. Jaga kandungan Rin tu." bisik Sarah yang tadi terdengar dia menjerit dari tingkat bawah.

    "Rin jangan cakap macam tu. Ni suami Rin." nasihat ibu.

    "Tak kisah la suami ka apa! Isteri mana tak sakit hati kalau suami cari isteri lain dalam diam?!" marah Airin. Amir hanya terdiam. Dia tahu dia tak boleh berbuat apa sebab semua yang Airin cakap benar cuma tentang nak kahwin lain tu hmm belum tentu lagi.

    "Dah la jom naik atas dulu Rin. Makin lama makin bising pula rumah ni. Nanti Syamimi terjaga." kata Sarah. Dia tak nak kandungan Airin gugur akibat Airin terlalu tertekan. Airin hanya mengikut. Dia dah tak tahan lagi dengan semua drama ni!

    "Rin.. Kau ni! Jangan terlalu marah dekat Amir tu. Rin tu tengah mengandung. Rin kena ingat anak dalam perut Rin juga." kata Sarah selepas menutup pintu bilik Airin.

    "Sarah... Rin.. Tak larat.. Banyak.. Sangat.. Dugaan yang.. Allah uji.." kata Airin sambil menangis teresak-esak. Dia dah tak dapat menahan air matanya itu.

    "Shh.. Rin ni. Rin jangan risau.. Kalau tak ada sesiapa disisi Rin.. Sarah ada untuk menemani Rin. Sarah tau macam mana perasaan orang mengandung."

    "Biar la... Rin dah tak tahan.."

    "Dah la. Rin rehat dulu ya. Nanti Sarah bawa mai makanan."

    Airin hanya mengikut. Dia baring dan tidur. Pukul 7 malam dia terbangun dan dia terdengar perbualan seseorang. Lalu dia ke arah pintu untuk mencuri dengar.

    "Hanis, awak tahu kan saya akan pertimbangkan perkara tu." suara itu macam pernah dia dengar. Amir ka?

    "Ya Hanis. Saya janji saya akan bertanggungjawab dengan budak tu. Awak jangan la risau."

    Airin terkejut. Bertanggungjawab? So itu bermaksud yang anak dalam kandungan Hanis ialah anak kandung Amir! Ya Allah! Aku ingat suami aku ni suci dan tak pernah berbuat benda yang tak elok. Betul orang cakap, lelaki ada 1 nafsu manakala perempuan ada 9 nafsu. 1 nafsu lelaki ialah perempuan. Setiap lelaki akan kalah dengan perempuan. Airin terdengar bunyi pintu. Airin terus berlari ke arah katil dan buat buat tidur.

    "Maafkan abang Rin. Abang tau abang salah. Rin tolong la jangan tinggalkan abang. Abang bincang nak kahwin dengan Hanis. Abang sanggup jadi bapa kepada anak Hanis daripada dituduh begitu." kata Amir sambil mengusap lembut rambut Airin. Kemudian Amir mengucup perlahan di dahi Airin lalu beredar dari biliknya.

    Selepas Amir beredar, Airin bangun duduk di atas katil. Dia menangis teresak-esak. Apa yang Amir buat? Takkan dia nak jadi pak sanggup kepada Hanis? Hanis tu pembohong! Dia tak mengandung! Ataupun Amir yang nak Hanis? Kenapa jadi macam ni dekat diri aku?! Airin keluar dari biliknya. Dia turun ke tingkat bawah dan melihat jika sesiapa ada di ruang tamu. Malah semua orang sudah masuk tidur masa itu. Airin curi curi keluar dari rumah tanpa pengetahuan orang.

    "Maafkan Rin. Ibu, kakak, abang Aziz, Sarah, umi, Adam, Syaza dan abang Amir. Rin tahu apa yang Rin buat ni tak betul tapi demi perkahwinan abang. Rin terpaksa pergi. Rin tak nak buat kecoh dah. Rin minta maaf lagi sekali." kata Airin seorang. Dia tak sanggup nak tinggalkan keluarganya. Tapi dia takut dia buat kecoh masa perkahwinan Amir. Jadi dia kena juga tinggalkan.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now