Bab 15

88 7 0
                                    

    "Letihnya!" keluh Airin.

    Hari ini dia keluar pergi jumpa kawan kawannya dulu tapi dia menghabiskan masanya dengan memberitahu tentang Amir.

    "So kau memang kenal Amir la kan?" tanya Dhia.

    "Aku tak la kenal sangat. Sebab dia yang menggatal dengan aku." jawab Airin.

    "Dah berapa lama kau kenal dia?" tanya Ami.

    "Nak masuk 3 tahun la juga." jawab Airin.

    "Dia selalu jumpa kau ke?" tanya Zati.

    "Tak." jawab Airin.

    "Kau tak suka dia tak?" tanya Yana.

    "Entah." jawab Airin.

    "Aku tengok cara dia menggatal dengan kau kan. Macam dia suka kau saja. Kau tak rasa macam tu ka?" tanya Farah.

    Airin terdiam mendengar kata Farah. Terkejut. Ada ka lelaki nak suka dia dengan perangai dia ni?

    "Kan. Aku rasa macam dia suka kau ja Airin." sampuk Ami.

    Adoi! Sakitnya kepala fikirkan benda tu. Kenapa la diorang tanya benda macam tu? Buat kepal runsing ada la!

    "Assalamualaikum. Adik abang dah balik?" tegur Aziz sambil tangan mengetuk pintu biliknya.

    "Waalaikumsalam. Eh abang! Bila balik?!" yang Airin sambil lari ke arah Aziz untuk bersalam dengannya.

    "Abang singgah saja ni. Nak jenguk adik abang ni. Rin ok?" tanya Aziz.

    "Rin ok ja. Ha! Abang ada bagitau Amir pasal jadual harian Rin ka?" tanya Airin.

    "Eeerrr... Ya. Sorry la tak bagitau Rin. Amir tu tetiba tanya abang jadi abang jawab saja la. Lagipun Amir tu kawan baik abang." jelas Aziz.

    "Abang ni! Bukan nak bagitau Rin. Ha! Adik nak tanya lagi. Macam mana abang kenal Amir?" tanya Airin lagi.

    "Abang kenal masa abang sambung belajar dekat luar negara. Masa tu dia seorang saja berasal dari Malaysia. Jadi sejak abang kenal dia, abang jadi rapat dengan dia sampai tak boleh nak renggang dah." jelas Aziz. Tak nak adiknya itu salah faham.

    "Oh ok. Abang dah makan? Rasanya ibu ada masak nasi goreng belacan malam ni." kata Airin.

    "Ya ka? Wow dapat juga abang merasa makanan kegemaran abang malam malam ni!" kata Aziz.

    "Airin! Hari ni balik dengan Azhar boleh?" tanya Azhar.

    "Tak boleh. Nanti ada orang fitnah. Lagipun Azhar dah ada tunang kan. Lebih baik tumpukan perhatian dekat dia." kata Airin.

    "Abang! Kenapa abang sembang dengan Airin ni?" tanya Baiyah.

    "Baiyah... Kau jaga tunang kau ni betul betul boleh tak? Jangan nanti melepas pula! Sekarang tak rasa nyesal la tapi lepas putus baru rasa nyesal." kata Airin. Perlahan tapi berbisa.

    "Kau ni apasal nak kacau hidup aku dengan Azhar? Dari first time kau menggatal dengan Azhar aku perhati saja." kata Baiyah.

    "Wei perempuan! Kau sedar diri sikit! Siapa yang memulakan ini hah?! Siapa yang punca aku putus berangkat dengan Azhar?! Disebabkan kau dengan Azhar ni menggatal, aku makan hati saja tengok korang dua!" kata Airin. Dia dah lama menahan rasa marahnya terhadap mereka berdua.

    Baiyah dan Azhar terdiam. Terkejut dengan ayat Airin. Tak pernah dia marah macam ni.

    "Assalamualaikum Airin. Kenapa ni? Macam bergaduh saja." tanya Amir. Niat nak jumpa Azhar tapi jumpa Airin lebih baik tumpukan ke Airin dulu.

    "Waalaikumsalam! Amir ikut saya!" arah Airin.

    Amir cuma mengikut saja. Dia takut jika tidak ikut nanti rasa bersalah.

    "Awak nak bawa saya ke mana ni?" tanya Amir.

    "Ikut saja!" marah Airin. Hari ini dia datang naik kereta Adam. Pinjam. Alang alang dah ada lesen kereta. Lebih baik guna.

    "Kenapa kita di pantai ni?" tanya Amir lagi.

    Airin cuma diam. Dia terus keluar dari kereta. Amir cuma menurut. Airin jalan ke tepi pantai. Amir cuma melihat apa yang Airin lakukan.

    "Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah. Betul tak?" kata Amir. Cuba memujuk Airin yang diam dari tadi.

    Airin cuma mengangguk. Amir yang melihat Airin berasa sedih. Dia tahu Airin sakit hati melihat Azhar dengan tunangnya. Dia berjalan ke arah air.

    "Awak mai la sini! Kita main dengan air!" kata Amir.

    Airin menggeleng. Dia membuat keputusan untuk duduk di atas pasir pantai itu. Dia melihat Amir yang sedang bermain dengan air itu. Betul kata Amir. Indah ciptaan Allah. Tiba tiba dia merasakan air mata mengalir di pipinya.

    "Awak mai la sini. Best tau main dengan..." kata kata Amir terdiam apabila melihat Airin menangis.

    Amir berjalan ke arah Airin. Airin yang cuma menundukkan mukanya.

    "Awak, angkat la muka tu. Saya ada dengan awak ni. Awak tak boleh la hiraukan kawan awak." kata Amir.

    Airin perlahan lahan mengangkatkan mukanya. Apabila dia mengangkat mukanya. Amir cuma tersenyum manis kepadanya.

    "Awak tahu tak? Bila seseorang itu sedih, Allah menghadirkan air mata kepada hambanya kerana dia mahu kita ubati hati kita yang sakit ini dengan air mata kita sendiri. Jadi awak nangis la sepuas hati awak." kata Amir.

    Airin yang mendengar kata kata Amir terus menangis sepuas hatinya. Dia berasa sedih sangat. Dia tak sanggup tanggung semua ini sendirian.

    "Awak. Jom kita balik. Rasanya nak senja dah ni. Nanti awak tak balik keluarga awak risau pula." kata Amir.

    Airin cuma mengikut. Dia membawa keretanya kembali ke universiti untuk meletak Amir. Setelah meletak Amir di universiti, Airin terfikir hendak ke taman yang Adam katakan itu.

    "Aku jumpa taman ni masa aku lari dari rumah." Airin teringat balik kata Adam.

    Airin cuma duduk di pondok kecil itu dan melihat alam semula jadi. Setelah dia puas lihat taman itu, dia terus pulang ke rumah.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now