Tahun baru dah tiba maknanya hari persekolahan dah nak mula. Yay! Seronok Airin nak berjumpa dengan kawannya dan Azhar.
"Airin amacam kau dengan Azhar?" tanya Ami.
"Macam tu ja la." kata Airin selamba.
"Macam tu macam mana? Still tak sembang ka?" sempat Zati mencuri dengar perbualan Airin dan Ami.
"Hmm ya." kata Airin.
"Dah la aku malas nak dengar. Jom masuk kelas nanti kalau cikgu nampak habis kita." kata Airin lagi.
"Tapi sambil jalan kau cerita la apa berlaku masa cuti sekolah tahun lepas." kata Zati.
Dari first day hingga la nak masuk seminggu persekolahan bermula, Airin cuma berdiam diri dan tidak mengatakan apa apa. Airin cuma memikirkan halnya dengan Azhar.
"Airin kau ni dari tadi tengok diam saja. Tengah fikirkan Azhar ka?" tegur Ami yang dari tadi melihat kawannya itu berkhayalan.
"Ya. Aku pening la dari first day sekolah hingga sekarang ada saja mulut orang kata yang Azhar tu cari adik lain la itu la ini la." risau Airin. Dari first day dia asyik mendengar orang mengutuk tentang Azhar.
"Dah la tu nanti pelajaran kau tak tentu arah lagi bahaya. Kau patutnya berdoa yang semua itu adalah salah faham saja." kata Ami.
"Tapi... "
"Tak payah tapi tapi... Dah fokus dekat pelajaran tu cikgu dah masuk tu!"
"Abang... Betul ka apa yang Airin dengar yang abang cari adik angkat lain. Kami tanya pun sebab nak kepastian."
"Tak la mana ada. Kami cuma ada adik seorang saja dalam sekolah tu. Tak ada niat pun nak cari lain."
Tiba tiba telefon Airin berbunyi. Kring kring. Airin melihat di skrin telefonnya ada tertulis nama Aisyah. "Ni mesti nak kutuk lagi pasal Azhar." kata hati Azhar.
Aisyah ialah bekas teman wanita Azhar. Memang dari dulu lagi Aisyah kacau Airin kerana hendak mengetahui hal Azhar dengan Airin.
"Airin... Macam mana hampa dengan Azhar, ok tak? Kami dengar Azhar cari adik baru?"
"Tak kot sebab Azhar kata dekat kami yang cuma ada kami seorang saja dekat sekolah tu."
"Airin jangan percaya sangat cakap Azhar tu nanti lama lama dia cari orang lain betul betul baru la Airin nak menangis."
"Hmm kalau dia cari lain pun apa salah dah dia sukakan budak tu biar je la."
"Ikut suka hati Airin la. Kami ni dah biasa terkena jadi kami tak nak hampa sakit hati."
"Ok thank kak!"
Makin lama makin banyak orang mengutuk Azhar dengan 'budak baru'. Orang mengatakan yang Azhar sedang bercinta dengan budak itu, bercakap dengan budak itu dan macam macam lagi.
Setiba Airin di rumahnya. Telefon Airin berbunyi.
"Macam ni Airin buat dekat kami. Airin cakap benda buruk pasal kami, buka aib kami la. Kami rasa happy sangat dapat jumpa Airin dan bersyukur sangat dapat tahu perangai teruk Airin ni!" kata Azhar.
"Apa ni abang?!" kata Airin.
"Kami dengar yang Airin tuduh macam macam dekat kami. Kata kami bercinta dengan budak baru. Airin percaya cakap Zati tu berbanding cakap kami! Sekarang ni Airin happy la tengok kami kena tuduh budak kaki perempuan bagai! Nanti dalam kubur Airin merangkak la cari kami! And ni mungkin last mesej kami bagi kat Airin."
"Oh okay kami faham dah. Sekarang ni kami nak cakap yang kami tak pernah sekali percayakan cakap orang dan kalau kami nak percaya pun kami akan tanya abang dulu kan? Nanti dalam kubur kami akan merangkak cari abang kalau tu yang abang doakan!"
"Kami tak melawak!"
"Ada kami kata lawak ka?"
"Pasal pi kat kau la!"
Ya Allah! Sakitnya hati aku ni. Tetiba kena tuduh macam macam ni. Siapa yang bagitau kat dia ni. Tak pernah sekali pun aku percaya cakap orang!
"Wei Zati, Dhia, Ami! Azhar... Azhar dia... Dia marah aku! Dia tuduh aku macam macam wei! Aku tak buat apa apa pun kat dia! Aku tak percaya kan kata orang langsung!" kata Airin.
"Apa ni?! Cakap la perlahan lahan baru kami faham!" kata Zati.
"Aku dah penat la wei! Aku tak larat dah nak layan perangai dia tu!" kata Airin.
"Apa yang berlaku kat kau memang kami tak tau tapi kami rasa kami faham apa punca kau jadi macam ni. Disebabkan Baiyah kan?" kata Ami.
"Hah?! Siapa Baiyah?" kata Airin terkejut.
"Baiyah, budak baru yang orang cakapkan tu! Orang kata Baiyah dengan Azhar couple!" kata Zati.
"Serius ka?" kata Airin dan Dhia serentak.
"Ya aku dengar orang cakap yang Azhar suruh Baiyah call dia malam semalam dan pagi tadi!" kata Zati.
"And orang cakap yang Azhar dan Baiyah tukar jam. Jam yang Azhar pakai tu warna hijau putih dan jam yang Baiyah pakai tu hitam merah!" kata Zati lagi.
"Wei! Aku dengan dia pun tak macam tu!" kata Airin.
"Biar la dekat dia Airin oi! Sekarang ni kau nak kena fokus dekat latihan olahraga kau dan dah nak dekat sukan tahunan kan?" kata Ami dan Dhia.
"Ya la... Aku nak lupakan dia la!" kata Airin.
"Airin! Kak Dini panggil kau!" kata budak sekelasnya.
"Ya kak Dini?" kata Airin.
"Airin! Ya Allah kami risau la pasal Airin tahu tak? Kami dengar Azhar tu ada relationship dengan Baiyah, betul ka?" kata kak Dini.
"Kami tak tau la akak. Kami stres sesangat ni!" kata Airin.
"Kami dengar...Azhar bersembang dengan Baiyah,bergayut sampai malam malam, tukar jam dan face to face lagi." kata kak Dini.
"Apa?! Dengan kami dia cakap 'nak face to face boleh tapi emergency' 'dia tak balik layan sangat sebab sibuk' 'tukar jam nanti orang nampak then kutuk'." kata Airin
"Tu la. Kami tengok Azhar layan Airin macam ni. Risau kami." kata kak Dini.
"Tak apa la. Airin jangan fikir banyak. Kami cuba bincang dengan Azhar tentang Airin. Mungkin dia akan ubah fikiran." kata kak Dini lagi.
"Ok. Terima kasih banyak banyak kak!" kata Airin.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...