Bab 18

74 6 0
                                    

    Assalamualaikum. Amir, awak ada dapat kad jemputan dari Azhar tak?

    Airin ingin mengajak Amir ke sana untuk ke majlis perkahwinan Azhar dan Baiyah. Cadang untuk memberi kad kahwin pula.

    Waalaikumsalam. Ada. Kenapa? Awak nak ikut ke?

    Tak. Saya dapat juga kad jemputan. Saya cadang nak beri kad kahwin dekat mereka.

    Betul juga cadangan awak tu. Boleh kita ajak kawan kawan kita pergi kan? Ok. Saya ambil awak minggu depan. Lepas zohor.

    Ok.

    Jam menunjukkan pukul 1:58 petang. Lagi dua minit. Airin hanya berdiri di luar pagar rumahnya dengan memakai baju kurung moden warna maroon, beg galas tepi, kasut flat, dan tudung berwarna maroon. Kereta Amir berada di depan rumah Airin tepat pukul 2 petang.

    "Awak, kenapa awak diam saja dari tadi?" tanya Amir. Airin hanya diam sepanjang perjalanan mereka ke majlis perkahwinan Azhar dan Baiyah. Sekarang dah sampai di lokasi tertentu pun still diam.

    "Awak harap saya cakap apa?" tanya Airin balik. Dia ingat aku nak cakap dengan dia la. Dah meminang orang tak tentu pasal.

    "Hmm... Tak apa la. Jom kita keluar." kata Amir.

    "Kau datang juga! Aku ingat kau dah tak datang. Kau datang dengan siapa?" tanya Azhar setelah nampak kawan baiknya datang ke majlis perkahwinan dia.

    "Aku datang dengan tunang aku. Kau tu amboi bergaya gila. Abang macho biasa la kan." kata Amir sempat menyindir pengantin baru itu.

    "Mana tunang kau? Isteri aku ni pun tak sabar nak tengok muka tunang kau. Kau tu pun apa kurangnya. Abang popular dekat sekolah dulu. Lagi macho and kool sentiasa." kata Azhar memuji kawannya balik. Baiyah yang disebelah Azhar hanya tersenyum manis sahaja.

    "Oh! Jap ye nak panggil. Airin! Datang sini kejap!" panggil Amir. Terkejut Azhar dan Baiyah mendengar Amir memanggil nama Airin. Betul ka mereka dengar nama Airin ka silap dengar?

    Airin pergi ke arah Amir dan kedua dua pasangan pengantin baru itu. Dia hanya tersenyum sahaja apabila berdepan dengan pasangan itu.

    "Assalamualaikum. Selamat pengantin baru. Saya tunang Amir." kata Airin lembut.

    "Ha'ah. Yang ni la tunang aku yang aku sebut dekat kau." kata Amir.

    "Tapi kau cakap nama tunang kau lain." kata Azhar.

    "Apa yang lainnya. Aku cakap betul la. Nur Airin. Kau yang tak percaya." kata Amir.

    "Ni kad kahwin kitorang. Hujung bulan ni, kalau free datang la." kata Airin sambil menunjuk kad kahwin mereka. Baiyah hanya mengambil kad kahwin mereka.

    Airin kembali diam dari dia masuk kereta hingga la sampai di depan rumahnya. Amir hanya melihat Airin yang terdiam itu.

    "Awak, kenapa awak diam ni? Awak sedih ka?" tanya Amir.

    Dia tahu yang Airin ni bekas adik angkat Azhar selepas dia terpikat dengan Airin masa sekolah dulu. Amir menaruh harapan sehingga la sekarang. Seperti orang cakap jodoh tak kemana dan tengok sekarang hujung bulan dia akan kahwin dengan Airin.

    "Tak la. Saya cuma tak tahu nak berbual apa dengan awak." kata Airin perlahan tetapi jelas didengari Amir.

    "Oh! Awak minggu depan kita buat tempahan baju ya. Mama dah suruh kita tempah baju dah." kata Amir.

    "Ok. Saya masuk dalam dulu. Bye assalamualaikum." kata Airin.

    Hari ni mereka pergi ke kedai pengantin untuk menempah baju pengantin. Ibu, Amani, ayah dan mama Amir datang ikut sekali.

    "Airin nak pilih baju pengantin macam mana?" tanya mama.

    "Airin ikut Amir saja." kata Airin. Dia tidak pandai bab bab memilih baju pengantin jadi dia serahkan kepada pengantin lelaki.

    "Amir? Kami nak pilih mana?" tanya mama kepada Amir.

    "Simple but Amir nak pengantin perempuan pakai baju pengantin dengan purdah." kata Amir.

    Terkejut Airin mendengar kata-kata Amir. Macam mana lelaki ni tau yang aku suka pakaian macam tu? Takkan dia tanya abang Aziz kot? Abang Aziz tak pernah tau yang aku suka pakaian macam tu? Adam? Dia tak kenal Adam.

    "Oh ok. Airin macam mana ok ke pakai purdah tak rimas?" tanya mama kepad Airin.

    "Airin tak kisah." kata Airin.

    "Awak macam mana tau saya suka pakai purdah ni?" bisik Airin.

    "Saya kan stalker awak nombor satu. Confirm semua benda saya tau." bisik Amir. Dia membongkokkan sedikit badannya untuk berbisik dengan Airin.

    Amir tahu daripada majalah. Dia ternampak satu gambar Airin berpakaian begitu dan terus merancang untuk menyuruh Airin memakai pakaian begitu. Dan baru baru ini Amir dapat tahu bahawa Airin berkerja di kedai yang menjual baju Muslimah dan Muslimin. Itu membuatkan Amir lagi jatuh suka padanya.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now