5 tahun berlalu dengan begitu sahaja. Airin sudah tamat sekolah dan sekarang sedang menyambung belajar di universiti. Dia mengambil bidang sports and track.
"Rin! Tak nak balik ke? Hari ni aku hantar kau pulang ya?" kata Adam.
"Ya! Aku datang ni! Kau ni tak sabar sabar. Aku tau la kau nak bawa aku balik rumah Datin kan?" kata Airin.
"Mestilah! Tau tak ummi dari minggu lepas asyik tanya aku bila nak bawa mai kau lagi. Ummi seronok layan perangai kau yang 'baik' tu." sempat Adam menyindir Airin.
Airin cuma tersenyum melihat Adam bercakap tentang Datin. Tengku Muhammad Adam Danial. Kawan sekolahnya dulu. First day dia pindah sekolah ke asrama penuh terus Adam menegur Airin.
"Nama kau Airin kan? Aku Adam. Tengku Adam." kata Adam sambil tersenyum.
"Airin. Nur Airin." kata Airin sambil membalas senyuman Adam.
"Oi Rin! Kita dah sampai rumah dah ni!" jerit Adam di sebelah telinga Airin. Terkejut Airin dari khayalan dia.
"Terkejut aku! Tumbuk nanti hilang sepuluh gigi kau!" kata Airin sambil menunjukkan penumbuk di muka Adam.
Adam hanya tergelak melihat gelagat Airin. Mereka terus berjalan keluar dari kereta dan ke pintu hadapan rumah besar Adam.
"Assalamualaikum ummi." kata Adam.
"Assalamualaikum Datin." kata Airin sambil mencapai tangan Datin untuk bersalam.
"Waalaikumsalam. Kan ummi dah cakap panggil ummi saja." kata Datin Jamilah.
Datin Jamilah ialah ibu kepada Tengku Adam. Semasa Airin bersedih Adam sentiasa membawa Airin ke rumah Datin Jamilah kerana dengan cara begitu Airin berasa gembira. Bila cuti sekola, keluarga Datin Jamilah sentiasa membawa Airin ke luar negara.
"Ya ummi." kata Airin sambil tersenyum melihat muka Datin Jamilah.
"Mari la masuk. Nanti sejuk makanan yang ummi buat." kata Datin Jamilah sambil menjemput Airin dan Adam ke dalam rumah.
"Hmm sedapnya ummi! Masakan ummi sentiasa nombor satu!" kata Adam. Sambil menunjuk jari 'Best' dekat Datin Jamilah.
"Adam ni kan. Setiap hari bagitau masakan ummi sedap." kata Datin Jamilah. Malu sebab mendengar pujian anaknya itu.
"Ummi! Mana buku Sarah?!" jerit Sarah dari tingkat atas. Sarah ialah adik kepada Adam. Tengku Nur Sarah Liyana. Muda 3 tahun dengan Airin.
"Aik?! Bila Sarah pulang ummi?" terkejut Airin mendengar jeritan Sarah itu.
"Sarah balik semalam. Tak bagitahu apa apa terus nampak berdiri tegak depan pintu." jelas Datin Jamilah.
"Nanti lepas makan, kamu pergi la sembang sembang dengan Sarah ka." kata Datin Jamilah lagi.
"Ok ummi." kata Airin.
"Oi Rin. Tak nak balik rumah ka?" tegur Adam yang dari tadi melihat Airin dan Sarah bersembang mesra.
"Ya ya. Datang ni kau tunggu la dekat luar nanti aku keluar la." kata Airin.
"Ok la Sarah. Akak balik dulu ya." kata Airin lagi kepada Sarah yang sedang duduk di sofa.
"Ok kak. Assalamualaikum." kata Sarah terus bangun dan bersalaman dengan Airin.
"Kau ni memang lambatkan? Takkan keluarga kau tak risau kau balik lambat?" kata Adam marah sebab dah nak dekat malam Airin duduk di rumahnya.
"Apa yang keluarga aku nak risaukan? Lagipun memang diorang tau yang aku ikut Tengku Adam. So dah sah sah la diorang ingat aku balik rumah ummi." kata Airin. Mata Adam dan Airin bertentangan.
"Cuba kalau aku bawa kau lari pergi kahwin? Kau tak takut?" tanya Adam. Saja mengatal dengan Airin.
"Kalau kau teringin nak rasa penendang aku, cubalah bawa lari." kata Airin.
"Dah la makin lama sembang makin malam nanti. Kau tak payah hantar la rumah pun tak la jauh mana." kata Airin lagi sebelum Adam membuka mulutnya.
"Ok jaga diri tu. Kau tu perempuan lagi. Masih anak dara orang ingat tu!" peringat Adam kepada Airin.
"Ya ya aku tau la Tengku Muhammad Adam Danial Bin Zulkifli." kata Airin.
Adam yang mendengar Airin menyebut nama penuhnya, senyum kegembiraan. Kau ni Airin, sehari tak sebut nama aku memang tak sah!
"Haaa... Ingat pun jalan rumah! Ingat dah nak tidur kat rumah Datin Jamilah tadi! Ibu tengok anak ibu ni balik malam malam!" jerit Amani apabila melihat adiknya jejak kaki ke rumah itu.
"Biar la! Bukan urusan akak. Kot kot Datin nak buat menantu ka?" kata Airin. Menyindir kakaknya yang belum belum kahwin walaupun kakaknya itu sedar yang dia dah tua!
"Rin, anak dara tak baik balik malam malam. Tak elok mata memandang." kata Aziz.
2 tahun lepas, abang datang untuk meminta maaf dengan ibu. Amani dan Airin berjaya pujuk Aziz untuk pulang ke rumah dan meminta maaf.
"Ibu, Aziz minta maaf. Aziz tahu Aziz salah. Ibu maafkan Aziz ya?" kata Aziz perlahan sambil memegang tangan ibunya itu.
"Aziz... Ibu dah lama maafkan Aziz. Dari kecil hingga besar ibu besarkan anak lelaki ibu yang seorang ini sehinggakan dah menjadi pelukisa terkenal! Ibu bangga dengan Aziz!" kata ibu.
Air mata ibu mengalir menyebabkan kami tiga beradik melutut di depan ibu sambil memohon maaf berulang kali. Alhamdulillah, keluarga kami berubah normal seperti sedia kala cuma ibu makin lama makin tidak kuat kerana sakit kanser payudara. Ibu dah buat beberapa kali operation tetapi masih ada sisanya.
"Abang, Rin bukan tak nak balik lambat tapi Datin Jamilah susah sangat nak lepaskan adik pulang. Lagipun Sarah baru balik semalam. Jadi Rin sembang dengan dia sementara." jelas Airin.
"Sarah balik? Semalam? Kenapa abang tak tau pun?" tanya Aziz.
Airin cuma mengangguk. Dia tahu abangnya itu sayangkan Sarah sehinggakan sanggup menunggu Sarah habis belajar.
"Ala, Rin biarkan saja. Abang kau ni dah dilamun cinta jadi macam ni la gayanya." sindir Amani.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...