"Kak tipu la. Macam mana kak tahu yang Rin balik?"
"Ada masa ka kak nak tipu Amir? Kalau tak percaya pergi tingkat atas dan tengok dalam bilik kau sendiri."
Amir terus pergi ke tingkat atas dan ke biliknya. Selama 2 tahun Airin menghilang dan 2 tahun la dia termenung mengingati kenangan manis mereka. Langkahnya terhenti apabila terdengar suara Airin. Betul ka Airin dah balik? Dia melihat di pintu bilik itu yang dari tadi tak tertutup rapat. Terdapat seorang budak dan Airin.
"Ri tidur la." pujuk Airin. Susah sungguh Nazri nak tidur. Dah berapa minit dah pujuk nak suruh tidur. Tak tidur tidur.
"Ma.. Ja.. Ngan.. Ting.. Galkan.. Ri."
Amir tergamam. Airin dah kahwin lain ka? Macam mana dapat anak ni? Takkan dia curang dengan aku? Amir membuat keputusan untuk tidak mendiamkan diri. Dia meneruskan langkahnya dan pergi ke arah Airin. Dia memeluk badan Airin dari belakang. Airin terkejut apabila ada orang memeluknya dari belakang.
"Rin.. Jangan tinggalkan abang. Rin tau tak abang dah lama tunggu Rin. Abang berharap sangat Rin balik."
"Abang.. Rin dah balik kan sekarang. Tengok Rin pun selamat."
"Abang minta maaf. Kalau sebelum ni abang kata abang nak kahwin lain dan pernah sakitkan hati Rin. Sebenarnya abang tak rancang pun nak kahwin lain. Abang sekarang biarkan saja Hanis tu. Abang hanya ada Rin seorang saja." luah Amir. Dia amat rindukan isterinya itu. Air mata mengalir tanpa diketahui. Mereka berasa gembira apabila dapat bersatu kembali.
"Dah la. Yang lepas kita lupa sekarang buka buku baru. Sekarang ni pun abang dah ada peneman baru. Ni anak kita. Muhammad Nazri Amir. Maafkan Rin. Sebelum Rin lari dari rumah Rin da tau yang Rin mengandung tapi Rin sembunyikan dari abang. Maafkan Rin abang."
"Abang dah tak kisah. Yang abang nak tau Rin dan anak kita selamat. Lagipun abang dah jadi papa. Apa yang nak susahkan."
"Pa.. Pa.. Ma.. Ma.." kata Nazri. Dia gembira melihat papa dan mama nya berbaik. Dia memeluk kedua dua papa dan mama nya itu. Dia menangis teresak-esak tanpa memikirkan apa-apa.
"Shh... Ri jangan la menangis. Sekarang papa dan mama dah berbaik. Sekarang Ri dah ada keluarga yang lengkap. Maafkan mama kalau sebelum ni mama tak bagitau Ri yang Ri ada ayah kandung."
Mereka berasa gembira bila dapat bersatu semula. Kebanyakan orang tidak dapat merasakan apa yang kita rasa. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana telah kurniakan keluarga yang bahagia.
Beberapa tahun selepas Airin pulang, Sarah dan Aziz dikurniakan lagi anak kedua. Iaitu Muhammad Syafiq. Amani sedang bertunang dengan seorang arkitek dan tak lama lagi akan naik ke jinjang pelamin juga. Adam tak lain tak bukan sentiasa sibuk dengan businessnya. Alasannya tak sempat nak bercinta bagai. Azhar pula sedang memulihkan hubungannya dengan Baiyah kerana anak mereka. Hanis sudah dipenjarakan kerana disahkan mengalami kerosakan mental.
"Rin.. Nak tak bagi Nazri adik? Dah lama rasanya Nazri tunggu tu." sindir Amir. Lama tak kacau isterinya itu.
"Ya ka? Nazri nak adik ke?" tanya Airin kepada Nazri. Nazri hanya mengangguk. Mula dah perangai dua beranak ni! Merah habis muka Rin. Ingat Nazri nak tolong bantah apa yang Amir cakap tapi dia makin seronok pula. Haish! Nyesal tanya tadi. Perangai dua dua sama saja! Amir dan Nazri yang melihat Airin menjadi kalut akibat malu terus tergelak.
"Comel la!" kata Nazri dan Amir serentak. Terima kasih kepada Allah kerana telah menghadiahkan kenangan yang paling manis dan keluarga yang paling penyayang. Harap hubungan ini kekal abadi hingga ke syurga.
-Tamat-
Terima kasih sebab membaca :3. Harap enjoy (^_^). Sorry kalau ada kesilapan . Just terus menyokong dan follow :3. Jangan lupa vote tau! And terima kasih kepada yang vote story :3. 😘😘😘
Sila tunggu untuk story yang lain..
Ada Dia Disisi Aku! 😍😘
Wait for the next story 😘😍😘😍
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...