Bab 34

85 3 2
                                    

    "Airin! Kau keluar sekarang!" jerit Hanis dari luar.

    Semua yang ada di ruang tamu terkejut selepas mendengar orang jerit dari luar itu. Kemudian Adam dan Aziz keluar. Ibu dan umi membawa Sarah naik ke bilik. Takut jadi apa apa dekat Sarah habis semua! Airin dan Amani cuma melihat dari pintu rumah saja.

    "Cik, kenapa ni?" tanya Aziz.

    "Tolong bukakan pintu ni. I nak jumpa Airin sangat sangat." rayu Hanis. Sambil menggoncang pagar itu.

    Aziz tanpa tahu apa apa. Dia membuka pintu pagar itu. Hanis dengan segera masuk dalam rumah sambil menunjukkan pisau ke arah Airin.

    "Kau lepaskan Amir sekarang! Airin tolong la lepaskan Amir. I sangat sangat perlukan dia. Anak ni nak letak mana Airin." rayu Hanis sambil tangan kanan menunjuk pisau ke arah Airin manakala tangan kiri menunjuk ke arah perutnya.

    "Hanis bawa istighfar. Betul ka ni anak Amir? Yang saya tau Amir tak pernah buat benda zina macam ni. Awak kena check betul betul." kata Airin. Cuba menenangkan Hanis.

    Yang lain hanya terkejut. Tak percaya apa yang dikatakan Hanis. And Airin pula macam dah biasa kena.

    "Airin tolong la! Ni betul betul anak dia." rayu Hanis lagi. Dia menangis teresak-esak.

    "Hanis, bawa bertenang. Allah ada dekat sisi kita. Ni mungkin bukan anak Amir." kata Airin perlahan. Dia cuba memegang tangan Hanis yang masih setia memegang pisau.

    "Aku nak kau mati tau tak! Kau tu perampas! Kau rampas Amir dari aku! Aku nak kau mati! Kau tu perampas!" jerit Hanis.

    "Ya Allah. Hanis kawal diri tu. Jangan terlalu ikut perasaan." kata Airin. Dia cuba mendekati Hanis dan cuba mengambil pisau dari tangan Hanis.

    "Aku cakap aku nak kau mati!" jerit Hanis. Kemudian tak sempat untuk berbuat apa Hanis terus mencucuk tangan Airin yang berdekatan dengan tanganya itu.

    Airin menjerit kesakitan. Hanis yang berasa takut itu terus berlari keluar dari rumah. Aziz dan Adam tak sempat berbuat apa apa. Aziz terus mencapai Airin yang kelihatan tak bermaya tu. Adam menelefon ambulan supaya cepat dirawat. Amani hanya berdiri tegak melihat apa yang berlaku. Dia terkejut.

    "Airin! Ya Allah banyaknya darah keluar Rin! Amani! Tolong abang!" kata Aziz. Dalam situasi kalut macam ni boleh pula dia berdiri tegak di situ.

    "Abang tak apa la. Rin ok ni. Sikit ja." kata Airin. Dia cuba bangun.

    "Tak payah paksa Rin. Pendarahan teruk ni. Tadi abang tengok Hanis cucuk pun dalam juga. Teruk la nanti abang kena marah dengan Amir!" kata Aziz. Kelam kabut jadi dia. Sarah sedang tidur di atas. Apabila ibu dan umi turun untuk melihat keadaan semakin pulih tetapi lain yang jadinya. Makin kelam kabut ada la! Ibu dan umi jadi tak tentu arah bila nampak Airin yang berlumuran darah.

    "Ish! Kat tangan bukan kat perut! Tak payah la risau!" kata Airin. Kena tangan bukan jantung pun. Tak putus la urat apa apa. Tapi kalau ajal dah tiba nak buat macam mana.

    "Orang kata diam. Dengar saja la. Pergi hospital balut tangan ni!" marah Amani pula.

    Apabila ambulan tiba, dengan segera Airin dibawa ke hospital. Macam aku ni kena tembak la pula! Doktor merawat dan membalut bahagian tangan Airin. Kemudian doktor bercakap dengan ibu. Airin cuma berehat di dalam bilik rawatan. Apa la nasib aku. Allah dah tentukan mesti ada sebab. Biar la. Nanti pulih juga tangan aku bukan tak boleh bergerak langsung! Kemudian ibu masuk ke dalam bilik rawatan dengan muka sedih.

    "Ibu apa yang doktor cakap? Rin akan pulih kan? Ala sikit ja ni. Tumbuk pun boleh lagi. Ibu kenapa sedih ni? Tengok ni Rin gen..." kata Airin terputus apabila dia cuba genggam tangannya itu tetapi tak boleh. Apasal susah sangat tangan aku ni nak genggam?

    "Rin... Doktor... Cakap Rin punya... Urat di tangan... Rin dah putus! Jadi Rin kemungkinan tak boleh gerakan tangan Rin lagi." kata ibu sambil menangis di sisi Airin.

    Airin terkedu mendengar kata-kata ibu itu. Jadi siapa nak tolong masak nanti? Tangan aku nanti dah tak boleh nak buat apa. Nak pegang tangan Amir pun dah tak boleh. Tangan kanan kot ni! Ya Allah! Airin menangis teresak-esak.

    "Habistu macam mana Rin nak pegang tangan Amir?! Nak pegang anak sedara Rin?! Rin nak masak macam mana?! Ibu buat la sesuatu bagi Amir tak syak apa apa!" desak Airin. Dia tak nak Amir tau yang dia dah cacat. Dia takut Amir akan putus asa apabila tau dia tak boleh buat kerja kerja yang berat seperti dulu.

    "Rin... Rin perlu sabar. Ni dugaan Allah. Insya-allah Amir akan terima." kata ibu. Airin terus memeluk badan ibunya itu. Aziz, Amani dan Adam hanya mencuri dengar dari luar. Mereka turut berasa simpati dan sedih kepada Airin. Umi duduk di rumah menjaga Sarah.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now