"Wei Airin! Aku dengar ada budak baru masuk U kita!" kata Adam apabila Airin masuk dalam kereta.
"So? Kau nak aku pergi sambut budak baru tu?" kata Airin.
Rasa sakit telinga mendengar kata kata Adam itu. Macam la sebelum ni tak ada budak baru masuk U diorang.
"Kau tak rasa nak usha ka? Kot kot tersangkut?" tanya Adam.
"Kau ni! Kau tau kan aku dah tak nak benda dah lepas berulang!" marah Airin.
"Kau tu la... Bukan nak buka hati untuk lelaki dah." kata Adam perlahan.
Takut dibuatnya kena tendang dengan Airin, tak pasal pasal masuk kereta bersih saja muka tapi bila keluar lebam terlekat dekat muka.
"Bukan tak nak bukakan hati untuk lelaki... Tapi aku tak sedia lagi." kata Airin perlahan juga.
Dia mahu lupakan kisah yang lepas tapi tetiba hari ini ada orang saja mengingatkan dia dengan kisah silam. Airin memusingkan kepalanya ke arah luar. Dia pejamkan matanya dan beristighfar banyak banyak. Bila dia membuka matanya kembali dia ternampak ada seorang jejaka berdiri tepat di depan universitinya.
"Wei Adam, tu... Tu abang... Tu Azhar wei!" jerit Airin dalam kereta. Terlepas panggil abang.
"Kau ni menjerit dalam kereta ni dah kenapa?! Siapa Azhar?!" kata Adam.
Terkejut melihat Airin terjerit jerit sambil menunjuk ke arah luar keretanya itu. Selamat tak ada orang nampak kalau tak mana muka dia nak tutup.
"Tu Azhar! Tu tu kat depan tu, Azhar! Bekas abang angkat aku! Apa dia buat dekat sini?!" kata Airin.
Tetiba air mata mengalir di pipi Airin macam tak percaya Airin dapat berjumpa dengan Azhar kembali selepas 5 tahun berpisah.
"Hah?! Bekas abang angkat kau?! Mana kat depan U kita tu ka?!" jerit Adam pula. Macam dia yang nak jumpa bakal tunang pula.
"Ya! Kat depan U kita tu..." tetiba Airin terdiam apabila melihat Azhar sedang bersembang dengan orang yang paling dia tak suka. Baiyah! Orang yang paling Azhar sayang!
Cepat cepat Airin mengalihkan mukanya ke arah Adam. Tak nak Azhar dan Baiyah melihatnya di dalam kereta itu. Airin menyuruh Adam pergi dari tempat itu. Adam hanya mengikut dan dia terus mencari parking.
"Kau ni kenapa Airin? Lepas nampak Azhar sembang dengan perempuan lain, kau jadi diam saja?" tanya Adam yang baru keluar dari keretanya.
Airin tidak memberi apa apa respon. Adam dalam kebingungan terus menarik badan Airin supaya mengadabnya. Airin enggan untuk berpusing tetapi disebabkan Adam menarik badan Airin dengan keras, dia cuma mengikut.
Apabila Adam berjaya memusingkan badan Airin ke arahnya dia ternampak ada air mengalir di pipi Airin. Rasa bersalah tetiba.
"Kau ok tak ni? Kenapa kau menangis?" tanya Adam. Sememangnya dia tidak mahu melihat air mata kawannya itu.
Dia tidak mahu sesiapa pun melukakan kawannya itu kerana Airin saja yang selalu melayannya. Nak harapkan orang lain memang tidak suka dengannya kerana mereka mengatakan Adam ini sombong dan mahukan perhatian. Dan memang dari first Airin masuk sekolah hingga sekarang, Airin tidak pernah cerita kisah silamnya kepada Adam. Dia tahu yang Airin pindah ke situ bukan kerana tidak dapat belajar ataupun rumah jauh, tetapi disebabkan patah hati. Dia pernah rasa pengalaman begitu sehinggakan tidak mahu ke sekolah langsung.
Adam cuba menceriakan Airin sepanjang jalan ke kelas tetapi tidak berjaya. Selepas habis kelas, Adam membuat keputusan untuk membawa Airin ke pantai. Kerana dengan cara begitu Airin akan memberitahu segalanya.
"Kau nak bawa aku ke mana ni?" tanya Airin.
"Kau ikut saja aku." kata Adam tanpa memandang ke arah Airin.
"Kenapa kau bawa aku ke pantai?" tanya Airin lagi.
"Jom keluar! Ikut aku." kata Adam.
Airin cuma mengikut. Apabila sampai ke tepi pantai, Adam menyuruh Airin menutup matanya dan jerit sekuat hati. Airin hanya mengikut. Apabila Airin membuka mata, Airin nampak Adam hanya memandangnya dan senyum saja.
"Kau cerita la kat aku... Kalau kau tak nak cerita tak pa, aku tak paksa." kata Adam perlahan.
Airin memandang air laut. Tanpa disedari, air mata Airin mengalir lagi sekali. Tetapi kali ini air mata Airin mengalir tak terhenti.
"Adam! Aku... Aku tak nak jumpa dia!" kata Airin.
"Luahkan Airin. Aku sentiasa mendengar." kata Adam sambil melihat Airin yang sedang menangis teresak-esak.
"Adam! Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang gembira dengan orang lain!" sebak suara Airin mengatakan ayat itu.
Adam cuma mendengar Airin meluahkan perasaannya. Adam ingin tahu perangai kawan rapatnya itu dengan lebih jelas.
"Adam! Aku... Aku masih sayangkan Azhar! Aku tak pernah lupakan kata kata Azhar! Aku sentiasa ingat Azhar!" sebak suara Airin lagi tetapi kali ini kuat sedikit.
Setelah lama mereka berdua duduk di tepi pantai itu, Adam memanggil Airin untuk mengikutnya ke kereta. Airin cuma mengikut. Apabila sampai di satu tempat, Adam menyuruh Airin keluar dari kereta. Airin cuma mengikut tanpa kata apa apa.
"Kita buat apa dekat sini?" tanya Airin perlahan.
"Ni tempat aku masa kecil kecil bila aku rasa sedih, gembira, gelisah. Aku akan datang sini. Aku nak kau tengok tempat ini dan hayati tempat ini." kata Adam.
Terdapat sebuah taman kecil yang penuh dengan bunga bungaan dan ada pondok kecil di tengah tengah taman itu. Adam menarik Airin untuk ke pondok kecil itu. Airin yang terpegun hanya melihat kecantikan taman itu. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah!
"Aku jumpa taman ni masa aku lari rumah. Aku rasa sedih sebab masa itu ummi dengan ayah selalu gaduh." kata Adam perlahan.
Airin hanya melihat Adam. Dia tahu Adam berasa sedih kerana disebabkan Adam lari rumah, ibu pengsan masuk hospital. Darah tinggi menaik mendadak. Ayahnya pula sakit jantung. Semasa tu Adam baru berumur 5 tahun. Airin menepuk belakang Adam itu dengan perlahan. Tak nak Adam sedih kerana mengingatkan kisah lama.
"Taman ni cantik tapi dah lewat dah ni. Kita kena balik, kalau tak keluarga kita cari nanti. Lagi susah. Lain kali kau bawa aku datang lagi." tegur Airin. Tidak mahu ibu dan ummi risaukan mereka berdua.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...