Dari pagi hingga malam, dia dan Amir tidak berbual langsung. Airin hanya duduk di atas katil itu sambil membelek buku di tangannya itu. Amir yang baru mandi duduk di sebelah Airin.
"Rin, abang tanya Rin jawab dengan jujur boleh?"
"Boleh. Abang nak tanya apa?"
"Rin gembira tak dengan abang sekarang?"
Airin cuma menundukkan mukanya ke bawah. Amir mengangkat muka Airin menggunakan tangannya. Dia mahu melihat wajah Airin.
"Rin, Allah berikan hati kepada kita untuk mencintai bukan membenci. Rin, abang ni suami Rin."
Airin menangis apabila mendengar kata kata Amir. Dia tahu dia tidak boleh melupakan Azhar tapi yang suami sah dan halalnya ialah Amir bukan Azhar. Dia terus memeluk badan suaminya itu.
"Rin minta maaf abang. Rin tak boleh nak lupakan Azhar. Rin seorang isteri derhaka!"
"Rin jangan cakap macam tu. Walaupun baru dua hari kita berkahwin tapi Rin dah bahagiakan abang. Abang bersyukur Allah kurniakan isteri macam Rin. Abang tak paksa Rin untuk lupakan Azhar dan cinta abang. Tapi abang cuma minta sahaja."
"Abang pun biasa disakiti macam Rin. Abang rasa benci, meluat tapi bila berdepan dengan dia abang rasa sayang dan cinta. Tapi abang paksa diri abang untuk bukakan hati kepada orang lain dan akhirnya abang nampak Rin. First time abang nampak Rin abang terus jatuh cinta pada Rin."
"Rin... Rin akan cuba lupakan Azhar dan cinta abang. Rin cuma minta masa dan kasih sayang abang saja." kata Airin. Dia masih erat memeluk badan Amir.
"Dah jangan menangis. Rin tak salah apa pun. Jom tidur. Esok kita balik ke rumah abang."
"Baik."
Keesokan harinya.
"Kami minta diri dulu. Ibu jaga diri. Akak jaga ibu. Aziz kau jaga isteri kau tu." kata Amir sambil bersalaman dengan ibu, Amani dan Aziz.
"Ibu, Rin minta maaf kalau Rin ada buat salah dengan ibu. Akak jaga ibu dan jaga diri. Abang jaga Sarah dan jaga diri kau Sarah." kata Airin. Dia turut bersalaman dengan ibu, Amani, Aziz dan Sarah.
"Rin tak salah apa pun. Tu jaga suami tu baik baik. Jaga diri Rin juga. Sekarang ni Rin bawah tanggungjawab Amir dan syurga bawah tapak kaki dia." nasihat ibu. Airin hanya tersenyum mendengar kata kata ibunya. Nanti banjir pula kalau dia menangis sekarang.
Setibanya mereka di depan sebuah rumah banglo.
"Rin.. Bangun kita dah sampai dah."
"Hmm... Kita dah sampai ke?"
"Kita dah sampai dah. Jom keluar."
Airin keluar dari kereta itu. Dia melihat sekeliling. Mereka tiba di rumah itu pada waktu malam. Yang Airin nampak hanya rumah banglo besar 3 tingkat saja. Dia berjalan ke arah pintu rumah itu. Amir mengambil bagasi di bonet belakang. Airin hanya masuk ke dalam rumah dan memerhati rumah yang besar itu. Cantik. Ala ala rumah orang putih.
"Rin nak tidur ka?"
"Tak. Rin nak tolong abang angkat bagasi dulu."
Amir hanya mengganguk kepalanya. Itu menandakan dia membenarkan Airin mengangkat bagasi itu. Amir menunjukkan bilik mereka. Tingkat 2, di hujung sekali.
"Ni bilik kita. Sebelah kanan bilik mandi. Sebelah kiri gym."
"Tingkat atas?"
"Tak ada apa. Cuma bilik tetamu."
Airin terus mengeluarkan bajunya dari bagasinya itu. Dia terus menuju ke arah bilik mandi.
"Rin mandi dulu."
"Abang nak masuk sekali boleh?" tanya Amir sambil tersenyum sinis.
"Tak boleh!"
Amir hanya tergelak kecil saja. Comel bila tengok Airin marah.
Amir keluar pergi berjumpa dengan kawan kawan sekerjanya. Airin bosan berada di dalam rumah. Dia pergi melihat sekeliling rumah dalaman dan luaran. Disebabkan pagi jadi dia dapat melihat sekeliling rumah dengan jelas.
Di luar rumah terdapat kolam kecil dan ada ikan kecil. Terdapat pondok kecil di tepi kolam itu. Di dalam rumah tingkat 1 terdapat ruang tamu, ruang dapur, satu bilik kecil mungkin bilik tetamu juga. Tingkat 2 pula terdapat bilik mandi, gym, balkoni dan bilik tidur dia dengan Amir.
Sekarang Airin mahu melihat tingkat 3. Amir kata bilik tetamu tapi takkan bilik tetamu tinggi sangat? Dia masuk ke satu bilik. Agak besar. Dia membuka lampu di sebelah pintu itu. Apabila dia membuka lampu apa yang Airin lihat bagaikan mimpi! Ada sebuah swimming pool besar di ruang itu dan terdapat balkoni di tepi swimming pool itu.
Airin keluar dari bilik itu. Terdapat satu lagi bilik. Dia cuba membuka pintu bilik itu tapi terkunci. Airin turun ke tingkat 2 untuk mengambil kunci yang Amir tinggal di atas meja sebelah katil. Dia naik kembali ke tingkat 3 dan cuba menggunakan satu per satu kunci itu. Apabila dia mencuba kunci yang ke-5, pintu itu terbuka! Airin masuk dan dia merasakan bilik itu agak sempit. Dia jalan ke dalam sedikit dan merasakan ada sebuah meja di sebelahnya. Meja? Airin membongkokkan dirinya untuk melihat meja itu. Terdapat beberapa frame gambar dan beberapa kertas. Dia melihat frame gambar itu dulu. Gambar Amir sekeluarga, gambar Amir semasa kecil dan gambar dia dengan seorang perempuan umur dalam lingkungan dua puluhan tahun. Dia melihat pula kertas di meja itu.
Kepada:Hanis.
Daripada:Amir.Hanis, saya minta maaf tapi saya tidak boleh hidup tanpa awak. Saya sayangkan awak. Saya sanggup tunaikan permintaan awak. Apa yang awak nampak itu semua salah faham. Maafkan saya. Saya cintakan awak sangat sangat.
Terdapat air mengalir di pipi Airin. Takkan abang nak curang dengan aku? Abang kahwin dengan aku takkan sebab nak lupakan perempuan bernama Hanis ini?
"Rin! Abang dah balik!" jerit Amir dari tingkat 1.
"Ya abang! Rin turun sekarang!" Airin mengelap air matanya yang mengalir di pipinya itu.
Dia mengunci pintu bilik itu. Dan terus berlalu ke tingkat 1 untuk menjemput suaminya itu. Aku kena lupakan tentang surat itu. Benda dah berlaku Amir cintakan kau bukan dia dah!
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...