Bab 4

113 8 0
                                    

    Kelas Airin telah membuat keputusan untuk mengadakan lawatan kelas ke Escape di Pulau Pinang untuk sehari. Airin ingat mahu membawa telefon Azhar ke lawatan itu tetapi Airin tidak berani meminta dari Azhar.

    "Umm... Abang.. Kami nak pinjam telefon boleh? Nak bawa pergi lawatan please?"

    "Kalau abang kata tak boleh?"

    "Tak apa la... Kami tak kisah"

    Sedih hati Airin mendengar kata kata Azhar itu. Semasa jamuan raya Aidilfitri, Azhar sudah cuba memberi telefonnya kepada Airin tetapi Airin tolak kerana malu.

    Hari untuk ke Escape sudah tiba tetapi Airin tidak berjaya memujuk Azhar untuk memberi telefonnya. Airin berasa sangat sedih.

    "Airin! Nah!" Zati menghulurkan telefon kepada Airin.

    "Telefon siapa ni?" Airin bertanya kepada Zati. Takut takut telefon mana yang Zati rompak.

    "Telefon Azhar la. Dia cakap dia nak buat supruse kat kau. Happy tak? Suprise tak? Aku dengan dia sepakat nak buat macam ini"

    "Wei jahatnya hampa ni" ternganga mulut Airin melihat perangai abang dan kawannya itu. Buat suprise tak bagitau tapi kalau bagitau pun tak suprise la namanya. Apalah aku ni.

    "Dia kata dia saja buat tak nak kasi kat kau sebab dia nak suprisekan kau sekali sekala bukan selalu"

    "Haha happy gila aku macam nak tumbuk orang saja!"

    "Sabar Airin nanti pecah telefon Azhar tak pasal pasal kau kena ganti dah la mahal!"

    Airin membelek belek telefon Azhar. Samsung hmm kaya juga abang aku ni. Boleh minta lagi ni haha. Airin senyum jahat.

    "Airin! Tak nak naik bas ka nanti tertinggal tak pasal pasal rugi duit mak ayah kau bagi!"

    "Ok ok aku datang ni!"

    Semasa di dalam bas Airin seronok bersembang dengan kawan kawannya di kerusi depan Airin ada Zack dan Rahman dan di kerusi belakang Airin ada Ami dan Mimi. Dhia tidak hadir kerana terpaksa pulang ke kampung kerana masalah keluarga.

    "Wei Airin kau ni happy sangat sampai jadi cikgu dalam bas ni. Geografi kau ajar, sejarah kau ajar dan tetiba pula jadi tak betul bila tengok kereta jerit macam tak biasa tengok"

    Semasa itu bas melalui jalan jauh, kena masuk lorong lama, lalu di tepi bukit, masuk jalan kampung. Airin sudah lama tidak lalu jalan jalan macam itu jadi dia seronok kerana kembali ke pangkal jalannya. Airin seronok melihat kawan kawannya gelak bila dia bersikap gila. Ceritakan tentang geografi dengan mereka, cerita tentang sejarah bagai dan jerit bila melihat kenderaan yang lalu dia situ kerana jalan bukit kecil jadi Airin takut.

   Setibanya di Escape kami berpecah mengikut kumpulan. Semasa itu form 2 ikut sekali kerana mahu menjaga junior mereka katakan. Airin berkumpulan dengan Zati, Ami, Auni dan selainnya form 2. Dalam kumpulan itu terdapat abang angkat Zati, Wan.

   "Wei kau naik ahh dulu kau kan junior!" kata Fauzan.

   "Apa pula aku naik dulu kau la yang naik dulu!" kata Airin.

   "Haish dengar ja la cakap aku!" kata Fauzan.

   "Kau la naik dulu aku junior kena tengok senior bukan senior kena tengok junior!" kata Airin.

   "Haish korang ni tak gaduh tak boleh ka?" kata Wan dan Zati serentak.

   Fauzan. Walaupun baru kenal sehari tetapi dah rasa sakit hati ni membuak gila! Membuat orang naik darah sungguh! Ni pula musuh Airin yang kedua. Musuh pertama Haikal. Tak sampai sehari dah ada musuh baru.

   "Yay! Bebas juga dari group tu. Alhamdulillah selamat tak dapat jumpa dah Fauzan tu lepas ni seronok gila!" kata Airin.

   "Kau jangan cakap macam tu nanti tetiba minat baru tau." kata Zati.

   "Dah la jangan cakap malas nak dengar! Lagipun aku setia dengan Azhar kalau aku tak setia mesti sekarang aku dah pergi dekat Fauzan tu. Dah la sekarang ni aku nak enjoy life selagi boleh!" kata Airin.

   "Kita nak pergi mana?" kata Zati.

   "Monkey business nak?" kata Airin kerana dia hebat sikit dalam Escape ini. Bab bab adventure memang Airin nombor satu tetapi kalau terjumpa rama rama mahu lari satu Escape.

   "Nak!" kata Zati.

   "Penat naik monkey business tu. Nak pi mana sekarang?" kata Zati.

   "Jom ajak Zack rindu nak spend time dengan dia" kata Airin

   "Ok" kata Zati.

   Setelah beberapa jam berada di Escape. Kami perlu pulang ke sekolah. Dalam perjalan ke sekolah, cikgu berhenti di salah sebuah masjid berdekatan di kawasan yang kami berhenti. Di situ terdapat sebuah gerai kecil yang menjual buah buahan, dan makan makanan ringan seperti kerepok. Airin tidak mahu membeli apa apa kerana dia tidak mempunyai duit yang mencukupi. Zack naik ke bas dengan membawa dua plastik buah betik dan satu diberi kepada Airin.

   "Nah!" kata Zack.

   "Kau bagi dekat aku ka Zack?" kata Airin.

   "Ambil saja!" kata Zack.

   "Thank you Zack kau memang baik!" kata Airin.

   "Acey Zack bagi sweetnya!" kata Zati.

   "Wey Anas, bagi telefon ni dekat Azhar" kata Airin.

   "Ni telefon Azhar ka? Awat dengan kau dia bagi dengan kami tak bagi?" kata Anas.

   "Hah? Maksud hampa?" kata Airin.

   "Dia mana bagi dekat kami dekat orang yang dia sayang saja dia bagi!" kata Mirul.
   

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now