Hari berlalu dengan pantas. Hari perkahwinan Airin makin dekat. Ibu dan mama dah menjemput ramai orang datang ke majlis. Airin ke ruang tamu dan melihat ibu sedang bersembang dengan Amani.
"Hai, baru bangun ka? Dah nak dekat kahwin pun perangai still tak ubah. Macam mana nak hidang makanan dekat suami nanti?" kata Amani selepas nampak Airin berdiri tegak di tepi sofa itu.
"Rin jangan buat perangai macam ni pula nanti. Kesian suami nanti bangun bangun tak nampak makanan pun atas meja." nasihat ibu.
"Rin dah lama bangun la. Lepas subuh tak boleh nak tidur. Rin layan la filem dalam internet." jelas Airin.
"Ya la tu. Ibu percaya ka cakap anak ibu ni seorang. Tau tak esok Rin dah nak jadi isteri orang. Jangan duk buat perangai layan internet tu. Nanti suami ke mana tanggungjawab ke mana." kata Amani.
"Ya ya. Rin tau." kata Airin sambil mengosok belakangnya yang tak berapa gatal itu.
Esok hari gembiranya. Hidup hanya sekali, kahwin hanya sekali, mati pun hanya sekali. Aduhai! Stresnya hidup ni! Kan senang kalau jadi budak terus.
Woi bakal pengantin! Dah bangun ka belum?!
Aku dah lama dah bangun! Kau tu la bila nak kahwin?
Tunggu rasa nasi minyak kau dulu la! Baru aku kahwin pula!
Ya la tu!
Airin hanya tersenyum mengacau Adam itu. Masuk mesej lain. Zati! Lama tak dengar khabar budak ni.
Assalamualaikum. Kau sihat?
Waalaikumsalam. Aku sihat ja. Wei aku nak ajak kau datang majlis kahwin aku esok! Kau ajak la sesiapa lagi. Sori bagitau lambat.
Kau nak kahwin dah ka? Kenapa bagitau lambat sangat! Kau kahwin dengan siapa?
Kau datang la dulu esok then kau tengok la bakal suami aku puas puas! Kau ajak la sekali Dhia, Ami, Yana dan Farah. Aku tak ada nombor telefon diorang.
Ok! Kau bagi ja benda macam ni dekat aku!
Airin melihat baju pengantinnya yang tergantung kemas di luar almarinya. Airin, esok kau nak jadi isteri orang. Tanggungjawab kau bertukar dari anak ke isteri. Semua dosa pahala kau dah ada dekat dia esok. Syurga kau pun ada bawah tapak kaki dia esok.
"Rin... Rin... Bangun Rin. Pergi bersiap." gerak ibu Airin perlahan. Airin mengosok matanya
"Ibu sekarang pukul berapa?"
"Dah pukul 7 pagi. Nanti pukul 9 nak kena bertolak ke masjid. Dah pergi bersiap."
"Ya ibu."
Selepas mandi, Airin memakai baju pengantin nya yang masih kemas tergantung di luar almari itu. Cantik baju ni. Warna biru muda. Dia memakai tudung dan purdah. Dari atas hingga bawah semua warna biru muda.
"Rin... Dah siap?" tanya Amani dari luar.
"Ya. Masuk la."
"Subhanallah. Cantiknya adik akak ni. Nampak ayu, sopan saja." puji Amani.
"Amani! Panggil Rin turun! Semua orang dah tunggu ni!" kata Aziz dari bawah.
"Ya abang!"
"Jom Rin. Semua dah tunggu tu."
"Ya Allah! Cantiknya anak ibu ni!" puji ibu. Airin hanya tersenyum mendengar pujian orang.
Sekali lafaz saja. Dia dan Amir bergelar suami isteri. Tak tau nak rasa gembira, sedih, teruja. Semua perasaan dah bercampur.
"Cantik Airin pakai baju pengantin ni." bisik Amir kepada Airin.
Airin berasa malu. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Dia membelek cincin yang disarung oleh Amir. Setelah sesi akad nikah, mereka terus bergerak ke majlis kenduri. Terdapat ramai orang yang menghadiri majlis itu. Orang yang Airin tak kenal pun ada. Zati, Dhia, Ami, Yana, Farah dan orang yang wajib datang ke majlisnya Adam. Adam kelihatan sangat bergaya dalam baju Melayunya. Tak kelihatan pula kehadiran Azhar dan Baiyah. Mungkin sibuk dengan honeymoon kot. Airin hanya bersembang dengan kawan lamanya itu. Nak sembang dengan Adam nanti tak elok mata memandang. Amir hanya melayan tetamu yang datang ke kenduri mereka. Setelah habis majlis kenduri, Airin masuk ke biliknya. Dihiasi cantik. Bunga sana sini. Ingat tadi taman.
"Airin cantik pakai baju pengantin ni." Airin teringat kata kata Amir. Rasa malu datang balik. Airin menutup mukanya dengan tangan. Rasanya mukanya merah sekarang ini.
"Isteri saya buat apa dalam bilik ni seorang?" kata Amir dari belakang.
"Eh! Dari mana awak datang ni?" tanya Airin. Terkejut. Dia menginjak ke belakang sedikit untuk menjauhkan jarak antara dia dengan Amir.
"Saya datang lama dah. Saja tengok gelagat isteri saya ini." kata Amir. Dia tersenyum apabila mengingat kembali apa yang Airin buat tadi.
Merah muka Airin apabila Amir kata dia dah lama berada di belakangnya.
"Saya nak tukar baju kejap. Awak tak nak ikut?" kata Amir sambil tersenyum gatal. Saja seronok kacau isterinya itu.
"Tak payah berangan la. Pergi la tukar cepat." kata Airin. Malu dah membuak ni! Ada hati nak suruh dia tukar baju dengan Amir.
Airin membuka tudung dan purdahnya. Dia menyangkut kembali tudung itu ke tempat asal. Airin memegang purdah itu dan tersenyum. Keinginan aku dah tercapai. Nak pakai purdah untuk sehari. Amir keluar dari bilik air itu.
"Seronok ke pakai purdah tu?" kata Amir. Airin memusing muka ke arahnya. Dah kenapa mamat ni?
Dia melihat dari atas rambut sampai bawah kaki lelaki itu. Rambut basah maksudnya baru lepas mandi. Baju... Mana baju dia? Airin membulatkan matanya dan cepat cepat menutup muka.
"Awak pakai baju dulu!" kata Airin. Mamat ni nak keluar pun pakai la baju. Ni tak selamba ja keluar tak pakai baju.
"Apa salahnya? Saya bukan tunjuk dekat orang lain. Dekat isteri saya juga." kata Amir. Seronok tengok isterinya kalut menutup muka.
"Pakai ja la baju tu! Saya tak biasa la tengok lelaki tanpa baju!" marah Airin. Masih menutup mukanya dengan kedua dua tapak tangannya itu.
"Ya ya. Saya pakai la ni. Kalut sungguh awak ni." kata Amir. Tersengih sengih melihat Airin tak tentu arah dah.
"Dah ka belum?"
"Dah. Buka la mata tu."
"Lain kali pakai baju dalam bilik air bukan luar." warning dari Airin. Sekali lagi mamat ni tak pakai baju keluar bilik air aku tendang tidur luar. Airin terus masuk ke bilik air untuk menyejukkan badannya.
Selepas mandi, Airin nampak Amir yang terbaring di atas katil itu sambil membaca buku. Airin buat tak tau saja dengan lelaki itu. Dia terus ke arah pintu bilik.
"Airin nak pergi mana tu?" tanya Amir.
"Airin nak ke dapur nak cari makan." jawab Airin.
"Oh ok. Nanti masuk balik bilik ni jangan pergi masuk bilik ibu pula." tegur Amir. Nanti dia masuk bilik ibu habis kena tanya dengan ibu seribu soalan.
"Macam la Airin ni lupa yang Airin ni dah ada suami." kata Airin. Amir hanya tersenyum mendengar perkataan 'suami'.
YOU ARE READING
Hanya Mu Yang Ku Cintai
RomanceKisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk...