Bab 32

73 3 0
                                    

    "Rin, abang ambil pembantu rumah boleh? Abang rasa tak selesa la bila tinggal Rin kali ni." kata Amir.

    "Tak payah la abang. Nanti habiskan duit abang saja. Lebih baik kita keluarkan duit untuk kepentingan." kata Airin. Kenapa suami aku ni tetiba jadi macam ni?

    "Boleh la Rin. Abang serius rasa tak sedap hati nak tinggalkan Rin. Kalau kita ambil pembantu rumah abang rasa selamat sikit." kata Amir. Kebelakangan ni dia rasa tak sedap hati mungkin sebab dia takut ada orang kacau dia.

    "Hmm... Ikut abang la. Rin hanya mengikut lagipun kalah abang pergi kerja. Rin rasa keseorangan la pula. Kalau ada pembantu rumah tak la rasa sunyi sangat."

    Selepas balik dari kerja, terdapat sepasang kasut di dalam rumah. Aik? Takkan abang dah balik dari rumah mama? Abang kata hari ni balik pukul 6 petag tapi sekarang baru pukul 3:50 petang. Airin membuka pintu rumah dengan perlahan. Dia masuk memberi salam dalam hati takut kot kot orang tu pencuri.

    "Ni mesti puan Airin kan?" kata seseorang dari belakang.

    "Astaghfirullahalazim! Ya Allah. Ya saya Airin. Awak siapa?" kata Airin. Hmm dia ternampak seorang perempuan tua berdiri di depan matanya itu.

    "Maafkan saya puan Airin. Saya Fatimah. Panggil saja Mak Timah. Saya pembantu rumah ini. Tadi tuan Amir bawa saya ke sini sebelum dia keluar pergi rumah ibu tuan." jelas Mak Timah.

    "Ehh... Tak payah panggil puan. Panggil saja Rin. Sekarang Mak Timah buat saja macam rumah Mak Timah. Rin tak rasa la sunyi sangat nanti bila abang pergi kerja."

    Mak Timah hanya tersenyum melihat Airin. Tenangnya isteri tuan Amir ni. Dah la cantik, baik dan sopan pula tu. Untung tuan Amir dapat isteri macam dia.

    "Abang dah tunjukkan bilik Mak Timah ke? And dah pusing satu rumah?" tanya Airin prihatin. Takut takut nanti Mak Timah sesat dalam rumah ni.

    "Bilik tuan Amir dah tunjukkan. Cuma belum pusing satu rumah." kata Mak Timah. Dia takut nak pusing satu rumah nanti masuk salah bilik habis dia dikejar keluar.

    Airin hanya mengangguk. Kemudian dia menunjukkan satu rumah kepada Mak Timah. Mak Timah yang mengikut.

    "Rin, nanti abang tak ada Rin jaga diri tau. Jangan bagi orang masuk rumah. Bahaya. And jaga Mak Timah juga. Mak Timah dah tua kalau boleh tolong la dia sikit sikit." nasihat Amir sambil packing barang.

    "Ya abang. Rin sentiasa tolong Mak Timah. Rin tak bagi la orang sebarang masuk rumah. Abang tu pun jaga diri. Jangan gatal dengan perempuan lain." kata Airin sambil menolong Amir packing barang.

    Dia dan Amir kebelakangan ni rasa tidak sedap hati. Mereka berasa takut. Esok Amir nak pergi kerja. Dah la Adam tak kasi Airin pergi kerja sebab katanya bulan ni tak sibuk dan tak ada photoshoot. Hampeh punya budak!

Keesokan hari.

    "Mak Timah jaga Rin tau. Jangan bagi orang yang tak dikenali masuk. Kalau ya pun tanya Rin dulu. Jaga diri tau. Mak Timah dah tua jangan paksa kalau tak boleh buat benda. Panggil Rin." nasihat Amir sebelum berlalu pergi.

    "Ya tuan Amir. Saya akan sentiasa jaga Rin dan diri saya."

    "Mak Timah. Jom ikut Rin pergi ke rumah ibu. Rin kesian nak tinggal Mak Timah dalam rumah ni seorang. Lagipun kalau Mak Timah ikut, boleh kenal kenal dengan keluarga Rin." kata Airin.

    Selepas Amir pergi kerja, Airin ingat nak pergi melawat ibu, Sarah, Aziz dan Amani di rumah tapi lepas ada Mak Timah dia kesian nak tinggalkan Mak Timah keseorangan.

    "Tak apa ka Rin? Nanti kalau keluarga Rin tak selesa macam mana?" tanya Mak Timah kerisauan. Sekali dia pergi ke rumah keluarga Rin dan jadi kekok.

    "Tak ada punya. Semua sporting la."

    "Tak apa la Rin. Pergi saja. Mak Timah pun ada kerja lagi ni."

    "Betul ni?"

    "Ya."

    Airin terus memasuki kereta dan pergi ke rumah ibu. Selepas sampai di rumah ibu terdapat banyak kasut. Ada orang meminang kakak ka? Nak tengok la! Setiba dia masuk rumah dia nampak kelibat beberapa orang di dalam rumah. Ibu, Amani, Aziz dan Sarah. Yang dia tak percaya ialah umi ada di dalam rumah itu. Mungkin nak jenguk Sarah. Airin terus pergi ek arah umi dan memeluk umi.

    "Ya Allah lamanya tak jumpa and rasa masakan umi. Rin rindu sangat dengan umi." kata Airin sambil mengeratkan pelukan dia dengan umi.

    "Umi pun dah lama tak jumpa Rin. Rin sihat? Macam mana life lepas berkahwin?" tanya umi. Dia pun rindukan anak buahnya itu. Ayang terlebih dengan Airin sampai menganggapkan anak sendiri.

    "Alhamdulillah ok umi. Eh! Adam pun ada sekali ka?"

    "Ya. Adam ambil cuti sebab nak teman umi tidur di rumah ni untuk beberapa hari. Nak jaga Sarah punya pasal. Terpaksa la bermalam di sini." kata umi. Dia nak jaga Sarah bersama sama dengan ibu.

    "Oh! Patut la Adam beria ria kata tak payah datang kerja. Rupa rupanya ada hal nak buat. Dah la tak bagitau." kata Airin.

    "Tu pun terpaksa buat Rin. Suami kau fly kan hari ni? Kau tidur sini ka apa?" tanya Adam. Dia kesian tengok umi pergi ke rumah ibu dengan begitu saja jadi dia membuat keputusan untuk pergi dengan umi.

    "Ya Amir fly pagi tadi. Aku tak tidur sini. Mak Timah pembantu rumah yang Amir ambil tu. Kesian pula bila tinggalkan dia seorang seorang. Sarah kau sihat? Bila boleh agak nak bersalin ni?" kata Airin. Nak tukar topik.

    "Sarah sihat saja. Kata doktor dua minggu lagi." kata Sarah.

Hanya Mu Yang Ku Cintai Where stories live. Discover now