" Sayang masak Kimchi eh malam ni. Kalau sayang tak tahu buat, sayang google jer." Kata Naufal.
" Ok yelah. Untuk biy tercenta ." Kata Nadzifah.
" Hari dah perang dah ni. Apa kata aku buat sekarang. Nanti kalau ak jadi boleh buat yang lain pula." Kata Nadzifah pada dirinya.
Dia menggoogle bahan untuk memasak Kimchi.
Bahan bubur / kanji
3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan airBahan kisar
1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong (pear kulitnya warna emas) - boleh juga pakai 2 biji pear kuning biasa
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis, dibuang kepala dan perut
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikanPenyediaan kobis jeruk
Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.
Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci, perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika.
Penyediaan kanji
Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat dan jadi seperti bubur. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.
Penyediaan bahan kisar
Masukkan semua bahan kisar kedalam mesin pengisar. Masukkan bubur/kanji yang dimasak tadi setakat boleh pusing je mesin pengisar tu. Jangan masukkan semua ye. Masukkan panas-panas pun takpa.
Kisar sehingga semua bahan halus.
Cara penyediaan kimchi
Dalam mangkuk, satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Jika tawar tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah sedikit masin. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi lebihan bubur/kanji tadi
Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan sos kimchi tadi. gaul rata. Sos kimchi kini sedia disapu pada kobis
Ambil kobis jeruk yang diperah, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.
Selepas nampak ada naik sedikit buih. kimchi sedia diamakan. Jika kimchi dah rasa masam sedikit, bolehla masuk dalam peti sejuk bagi memperlahankan atau menghentikan proses penapaian supaya kimchi tak terlalu masam jadinya.
" Biy Kimchi ni kena peram dulu lah." Kata Nadzifah .
" Yaka?" Soal Naufal .
" Yalah. Tak pa sayang buat hari ni. Esok atau lusa biy makan ok?" Kata Nadzifah.
" Thats my wife." Kata Naufal.
Nadzifah pun menyediakan Kimchi tersebut.
Bersambung....
Ok kepada semua readers. Untuk chapter kali ni author bukan lah menulis novel sangat. Tapi lebih kepada mengajar cara menyediakan Kimchi.
YOU ARE READING
Aku Cinta Kau, Mr. Headprefect!
Fiksi RemajaBetul lah orang kata, jangan benci sangat dekat seseorang. Sebab apa? Sebab makin lama kau akan makin sayang dekat orang yang kau benci itu. " Why you are so annoying mr. Headprefect!? " - Tengku Nadzifah Eliza. " Sebab kau cantik sangat kot. "...