Bab 53

10K 252 69
                                    

" Sayang. Sayang. Jangan tinggalkan biy. Please i need you. " kata Naufal lalu terjaga dari pengsan nya.

" Hahahaha. Biy biy. " gelak Nadzifah.

" Sayang. Sayang dalam perut sayang ada benda tahu tak? Sayang boleh ketawa? " kata Naufal dengan geram.

" Memang lah ada benda. So? " kata Nadzifah. Naufal dah geram dah tu.

" Sayang dalam perut sayang ni ada ketumbuhan tahu tak? Bahaya! Boleh bawa maut. " kata Naufal sambil menangis teresak-esak.

" Tu lah biy. Doktor tak sempat cakap habis lagi biy dah pengsan. Kan sekarang dah salah faham. " kata Nadzifah.

" Doktor nak cakap yang Sayang pregnant. Baby ni dah ada dalam perut ni dah 4 bulan biy. " kata Nadzifah.

" Ya Allah. Alhamdulillah. Syukur. Dah sayang tepi. " kata Naufal dan berlalu pergi.

" Eh biy nak gi mana? " tanya Nadzifah.

" Nak gi ambil wuduk. Nak buat sunat syukur. " kata Naufal dan berlalu ke bilik air.

Nadzifah tersenyum gembira. Dapat suami beriman. Dapat anak anak soleh dan solehah.

******************************

Malam yang indah. Cantik je halaman rumah mereka. Nadzifah termenung di koridor bilik nya dengan Naufal. Dia dapat dengar bilik sebelah bingit dengan jeritan anak anak mereka.

Nadzifah tersenyum. Lalu tersenyum manis. Lalu tersenyum lebar dan lalu ketawa kecil. Haha.

Dia teringat time Naufal pengsan dekat hospital hari tuh.

Flashback...

"

Doktor isteri saya kenapa? " tanya Naufal kepada doktor itu kerana selepas mengechek isterinya tadi doktor tu kerja geleng kepala jah. Cakap apa pun tak. What the heck?

" Erm. Susah sebenarnya saya nak sebut. " kata Doktor itu. Naufal sempat mengeling name tag doktor itu. Nama nya Fazlinda. So doktor Fazlinda lah nih.

" Sebut je lah doktor Fazlinda susah sangat? Tulis. " kata Naufal. Dia seperti marah kepada doktor Fazlinda itu? Sebab apa? Ntah lah?

" Isteri encik sebenarnya sakit. Dia dibuat orang. Dia dicucuk orang. " kata doktor itu.

" Hah? " kata Naufal kurang faham.

" Masa dia ada 5 bulan je lagi. Lepas 5 bulan saya tak tahu apa yang jadi. " kata Doktor Fazlinda.

" Dia sakit apa doktor? Ya Allah selamatkan lah isteri ku Ya Allah. " kata Naufal dengan air mata yang mengalir.

' Ishh laki aku nih tak malu ke nangis depan doktor nih tapi aku sakit apa eh? Macam series je. ' bisik hati Nadzifah.

" Isteri encik sakit... " tidak sempat Doktor Fazlinda bercakap terus dipotong nya Naufal tuh. " Sakit apa doktor? " tanya Naufal.

" Sabar lah saya nak cakap lah ni. Yang encik pergi potong time saya bercakap kenapa? " kata doktor Fazlinda yang kegeraman.
" Dalam perut Puan Nadzifah ada ketumbuhan. " kata Doktor Fazlinda.

" Hah. " itu saja yang keluar dari mulut Naufal sebelum semua nya menjadi gelap. Ya Naufal pengsan.

.............

" Erk. Nurse. Tolong angkat Tengku Naufal ke bilik VVIP. Dia pengsan. " kata Doktor Fazlinda dengan cemas. Ye lah baru niat nak bergurau tetiba bakal bapa nih gi pengsan. Ko rasa? Sapa je yang tak menggelabah?.

Aku Cinta Kau, Mr. Headprefect! Where stories live. Discover now