pARt_4

6.8K 341 14
                                    

        "But you....can call me sayang".Usik Melsa tanpa rasa malu-malu.

           Tengku Zafreen tidak melayan.Sebaliknya,terus melangkah meninggalkan Melsa tanpa rasa serba-salah.

           " Maafkan anak aunty ya,Melsa.Dia memang macam tu.Aunty harap Melsa boleh bersabar dengan karenah dia".Kata Engku Zalia yang kecewa dengan sikap anak tunggalnya.Depan tetamu pun boleh buat hal.Bila lah anaknya nak berubah?.Bila lah anaknya akan sedar yang setiap lelaki perlukan perempuan.

         "Jangan risau aunty.Mel takkan mengalah macam tu aje". Janji Melsa serius.Aku akan dapatkan Tengku Zafreen walau macam mana sekalipun sebab aku yakin dia adalah jodoh yang Allah kirimkan untuk aku.

           Tanpa disedari sesiapa,Datin Maria menguntum senyuman melihat anak perempuannya.Nampaknya tak payah susah-susah dia mahu memaksa Melsa berkahwin kerana Melsa sendiri seperti berminat dengan Tengku Zafreen.

     
        ------------------------------------

Rania sudah bersedia dengan kipas ditangannya yang berada disebelah kiri Melsa manakala Zara mengambil tempat di bahagian kanan.Pandangan pengunjung-pengunjung kafe yang melihat ke arah kami bertiga langsung tidak dihiraukan.Lantaklah!.Bukan guna kipas diorang pun.Melihat kelibat Tengku Zafreen mahu memasuki kafe,Melsa pantas mengisyaratkan Rania dan Zara memasang kipas.

         Melsa pantas membuat gaya seperti iklan syampu.Rambut paras dadanya yang terurai berterbangan ditiup angin.Sebenarnya,bukan angin tapi puting beliung!.Habis berserabai rambut Melsa jadinya.

         Tengku Zafreen tidak menghiraukan Melsa.Sebaliknya,terus menarik kerusi dan duduk disitu sambil menatap handphonenya.

         Melsa mengetap bibir.

        Cis!.Buat penat aku pose cantik-cantik.Siap dengan kipas bagai tapi dia...jeling pun tak.

        Melsa segera mendapatkan Tengku Zafreen yang sudah duduk di kerusi.Sabar Mel...sabar..."You nak order apa?.Teh ais limau ya?.Air yang sejuk-sejuk ya".Tanya Melsa.Kemudian,menjawap pertanyaannya sendiri.

         Tengku Zafreen merengus geram.

        "Baik you tak payah tanya lain kali kalau you sendiri yang jawap!".

           Melsa tersengih.

          " I bukan apa.I takut you pesan minuman yang panas aje.Kesian I kalau you simbah muka I macam perempuan dekat restoran hari tu".Kata Melsa serius.Jatuh saham aku kalau wajah aku tercalar.

            "You ada dekat sana?.Kalau you ada dekat sana maksudnya you tahu yang I tak suka perempuan.I don't need a girl!".Jelas Tengku Zafreen.

            " You memang tak perlukan perempuan tapi you perlukan I".Balas Melsa tidak mahu mengalah.

             "Kenapa you perasan sangat?!".Marah Tengku Zafreen yang bengang dengan sikap tak faham bahasa Melsa.

             " Well..I memang dah dilahirkan perasan nak buat macam mana".Ucap Melsa tidak bersalah.

        Tengku Zafreen diam.Matanya kembali menatap handphone.

       "I nak panggil you as reen boleh?.Ramai sangatlah yang panggil you dengan panggilan Zaf.I kan special". Soal Melsa memecah kesunyian.Nak harapkan lelaki dihadapannya bersuara memang berjanggutlah dia dekat sini.

           Senyap.

         " Siapa perempuan dekat restoran hari tu?".

            Diam.

Call Me SayangWhere stories live. Discover now