It already end...
But still..i can't stop...------------------------------
"Welcome back Zafreen!.Cepatnya kau keluar daripada hospital.Kau dah sembuh ke?.Ada sakit dekat mana-mana tak?".Tanya Ariel bertalu-talu sebaik sahaja mendapatkan Tengku Zafreen.Tengku Zafreen tidak melayan.
"Kau okey tak ni?.Muka kau nampak pucat aje".Kata Ariel prihatin.
" Tu meja kerja dia kan".Tengku Zafreen menolak Ariel ke tepi lalu mendekati satu meja kerja yang berada di luar biliknya.
"Zafreen!". Panggil Ariel sambil mengejar langkah sahabatnya.
Laungan Ariel tidak dipedulikan.Tangan Tengku Zafreen sibuk membelek satu-persatu kertas yang berada di atas meja tersebut.Seakan-akan mencari sesuatu.
" Kau buat apa ni,Zaf?".
"Mesti ada sesuatu.Dia tak boleh hilang macam tu aje". Tengku Zafreen bersuara perlahan.Kertas ditangannya dicampak ke lantai dengan kasar lalu tangannya membuka laci di meja itu dengan kasar.
"Kau ada masalah ke?". Ariel menghalang perbuatan Tengku Zafreen.
" Dia pernah kerja dekat sini.Dia secretary aku.Mesti ada sesuatu tentang dia dekat sini".Barang-barang yang berada disitu dipandang satu-persatu.
"Kau merepek apa ni?!.Tu secretary kau!". Tunjuk Ariel kepada seorang perempuan yang berdiri tidak jauh dari situ bersama dengan staf-staf yang lain yang sedari tadi memerhati tingkah laku Tengku Zafreen.
Tengku Zafreen meraup rambutnya kebelakang.Keyboard komputer yang berada di atas meja dicampak ke lantai dengan kasar.Perempuan yang ditunjuk oleh Ariel sebentar tadi dipandang sekilas." Dia secretary aku?".Tengku Zafreen mengetap giginya."Habis kau nak cakap yang Melsa tu khayalan aku?.Macam apa yang orang lain cakap?.Kau pun sama lah macam orang lain!!".
Ariel diam.
"Dia bukan khayalan aku.Tak logik langsung lah!". Bentak Tengku Zafreen bengang.Langkahnya diatur ke arah staf-staf yang sibuk mengerumuninya.
" Melsa..dia pernah kerja dekat sini kan?.Kaurang pernah nampak dia kan?.Jawaplah!!".Seorang staf lelaki yang berada disitu ditolak kebelakang.
"Jawaplah!!.Kau nak aku pecat....".
" Bukkk!".Terhenti kata-kata Tengku Zafreen apabila Ariel menumbuk wajahnya kuat secara tiba-tiba."Hei sedarlah!!.Perempuan yang kau cakap tu tak ada pun!".
Tengku Zafreen memandang Ariel tajam.Darah yang mengalir dari celah bibirnya dikesat kasar.Jaket putih yang tersarung ditubuhnya dibetulkan."Dia wujud atau tak,biar aku yang tentukan".Ucap Tengku Zafreen lalu segera pergi dari situ.
------------------------------
Tuala dicelup ke dalam mangkuk yang berisi air lalu diperah sedikit sebelum Melsa mengelap tangan Datin Maria dengan berhati-hati."You all nak apa datang sini?".Melsa bersuara tanpa memandang Zara dan Rania yang berdiri dibelakangnya.
Rania tersengih.
Zara berdehem kecil.
"Er...You tahu kan esok ada fashion show dan i dengan Zara diberi peluang untuk peragakan baju kami sendiri".Rania memulakan bicara dengam berhati-hati.
" Tahu.Tahniah".Balas Melsa ringkas.
"Thanks tapi kitaorang perlukan bantuan kau".Ujar Zara pula.
" Bantuan apa?".
"Kami berdua nak you yang jadi model!". Kata Rania dan Zara serentak.
" Apa?".Melsa memusingkan kerusinya kebelakang.Menghadap Rania dan Zara."You all know that i can't,right?.I'm sorry.Mama i tak benarkan i jadi model lagi".
"Sebenarnya,beberapa hari sebelum mama you accident,kitaorang dah minta izin and mama you izinkan dengan syarat pakaiannya yang you pakai nanti tak seksi sangat". Jelas Rania jujur.
" Please Mel...lagipun,kau asyik berkurung dekat hospital aje.Tolonglah kitaorang kali ni,ya?".Zara membuat muka kasihan.
Melsa mencebik.
"Okay but ni last.Lepas ni tak ada dah". Putus Melsa akhirnya.
"Promise!". Kata mereka berdua serentak.
----------------------------------
Pentas yang tadinya gelap mula dihiasi dengan sinaran lampu yang bergemerlapan.Tepukkan daripada tetamu-tetamu yang hadir mula kedengaran.Melsa memerhati satu-persatu model yang memperagakan baju pereka fesyen masing-masing daripada tepi pentas.
Gaun labuh berwarna putih dengan dihiasi manik-manik berwarna hitam yang tersarung ditubuhnya dibetulkan sedikit.Rambutnya yang disanggul tinggi disentuh perlahan bagi memastikan rambutnya berada di kedudukkan yang telah dihiasi oleh Zara sebentar tadi.
" Melsa!".
Melsa menoleh.
"Fighting!". Rania dan Zara memberi semangat padanya.
Melsa mengangguk.
"Dan..akhir sekali gaun yang direka khas oleh dua orang pereka yang sedang meningkat naik sekarang.Berikan tepukkan gemuruh!".
Melsa menarik nafas panjang apabila gilirannya sudah tiba.Senyuman nipis diukir dibibirnya sebelum Melsa melangkah keluar ke pentas.
Sorakkan kuat mula kedengaran.Melsa berjalan dengan penuh bergaya di atas pentas.Semua gaya yang diajar oleh Rania dan Zara dipersembahkan.Senyuman tidak lengkang daripada bibirnya.
Namun,perlahan-lahan senyuman di bibir Melsa menghilang apabila pandangannya bertaut dengan seseorang yang duduk di bawah pentas bersama dengan tetamu-tetamu yang lain.Berderau darah Melsa.Langkahnya terhenti dengan tiba-tiba.Tengku Zafreen!.
Melsa cuak!.Macam mana Tengku Zafreen boleh berada disini?.Melsa pantas mengalihkan pandangannya ke arah Rania dan Zara yang berada di bawah pentas.Kelihatan Rania dan Zara turut terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
Suasana yang tadinya riuh bertukar senyap.Melsa memandang ke hadapan kembali.Bibir diketap kuat apabila Tengku Zafreen tiba-tiba bangun daripada kerusi yang didudukinya lalu naik ke atas pentas.
Pandangan mereka berdua bertaut lama.Melsa mengengam gaun yang tersarung ditubuhnya kuat.Perlahan-lahan langkahnya diundur ke belakang apabila Tengku Zafreen menapak ke arahnya.
Tak.Semua ni tak boleh berlaku.Dia tak boleh nampak aku.Aku tak sepatutnya ada dekat sini.Aku tak sepatutnya muncul di depan dia.Semua ni satu kesilapan.
YOU ARE READING
Call Me Sayang
RomanceBook 2 (Boy Like You Romance) WARNING! BELUM DIEDIT. CERITA NI DITULIS MASA ZAMAN SEKOLAH. JADI PENULISAN PUN AGAK KELAM KABUT..TYPO SANGAT-SANGATLAH BANYAK..FORMAT TAK BETUL..PEMIKIRAN PUN...SO IF YOU DON'T LIKE IT JUST WALK AWAY. BY THE WAY, HOPE...