pARt_17

6.7K 295 4
                                    

If i have to choose
I'll choose you
But i know...i can't..

   
           ---------------------------------

                 "Ma........".

                  Melsa segera berlari mendapatkan mamanya yang terbaring kaku di atas tanah.Perlahan-lahan Melsa melutut di situ.Kepala mamanya dipangku." Ma..ma..bangun ma...mama ban....".Terhenti kata-kata Melsa apabila melihat darah mengalir daripada kepala mamanya.Terketar-ketar tangan Melsa melihat tangannya sendiri yang dipenuhi oleh darah Datin Maria.

            Melsa menggelengkan kepalanya bersama airmata yang mula mengalir deras."Ma..tak..tak...mama!!".
Raung Melsa pilu tanpa menghiraukan pandangan orang ramai yang berkumpul di situ.

             -------------------------------

"Cik tak boleh masuk.Sila tunggu di sini". Seorang jururawat perempuan menahan Melsa daripada memasuki wad kecemasan.

              Langkah Melsa terhenti.Datin Maria yang dibawa masuk ke dalam wad kecemasan dilihat dengan linangan airmata.Perlahan-lahan tubuhnya disandarkan ke dinding.Rambutnya diraup kebelakang dengan kasar.

               " Melsa!".

                Melsa menoleh apabila mendengar namanya dipanggil.Dato Arshad dan Aryan bergegas menghampiri Melsa.

               "Macam mana keadaan mama?". Tanya Dato Arshad yang jelas kerisauan.

              "Mel...ta..tak tahu..doktor..tengah rawat mama". Balas Melsa dengan suara yang terketar-ketar.

                " Macam mana boleh accident akak?".Soal Aryan pula.

               Melsa meraup wajahnya.Bibirnya diketap kuat.Kalaulah aku ikut mama..kalaulah aku tak pentingkan diri sendiri dan pergi bersama mama,semua ni takkan terjadi...takkan terjadi..semua ni salah aku...salah aku..

                "Salah Mel...Mel yang biarkan mama sorang-sorang.Salah Mel...salah mel". Melsa bersuara lirih.

                 Aryan mengeluh berat.Tubuh Melsa ditarik ke dalam pelukkan." Tak.Bukan salah akak".

                 "Salah Mel...salah Mel". Ulang Melsa berulang-ulang kali.Airmatanya tidak henti-henti mengalir.Terasa sukar untuknya bernafas saat ini.

            ------------------------------------
" Puan Maria koma.Pendarahan yang dialaminya terlalu banyak.Apa-apa pun boleh berlaku pada saat kritikal macam ni.Maaf".

           
              Melsa melangkah longlai menuju ke biliknya.Pintu biliknya dibuka lalu tubuhnya dibaringkan ke atas katil.Handphone ditangannya dijatuhkan ke atas lantai.Kemudian,selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya.Segala-galanya terasa begitu payah untuknya.

              -------------------------------

"Melsa!.Melsa buka pintu ni.Sampai bila You nak salahkan diri You sendiri".Ammar mengetuk pintu bilik Melsa bertalu-talu dengan bimbang.Sudah beberapa hari Melsa tidak keluar daripada biliknya.Makan tak,minum tak..

            " Mel!.Kitaorang faham perasaan kau tapi janganlah macam ni.Mama kau mesti tak nak tengok kau macam ni!".Sampuk Rania pula.

             "Melsa!".

Call Me SayangWhere stories live. Discover now