pARt_16

7.1K 294 1
                                    

Tengku Zafreen menyandarkan tubuhnya ke dinding.Kedua tangannya disilangkan ke dada.Wajah bosan ditayangkan apabila melihat Melsa yang tergolek-golek jatuh ke lantai.Kemudian,bangun semula dan terjatuh kembali.

"Aduhh!". Melsa terjerit kecil apabila terasa tubuhnya jatuh menghempap lantai.Matanya yang sekejap terbuka,sekejap tertutup digosok perlahan.Pening!.

" You okay tak?".

Melsa menoleh apabila mendengar satu suara.Terus membuntang matanya apabila melihat Tengku Zafreen sedang berjalan ke arahnya.Pandangannya terus diliarkan ke sekeliling.Bibir diketap kuat apabila menyedari yang dia bukan berada dibiliknya.Dengan pantas,Melsa segera berdiri dalam keadaan terhuyung-hayang.

"You okay tak?". Ulang Tengku Zafreen sekali lagi.

Melsa diam.Langkahnya diatur mahu pergi dari situ tetapi dihalang oleh Tengku Zafreen.Melsa ke kanan,Tengku Zafreen ke kanan.Melsa ke kiri,Tengku Zafreen turut ke kiri.

Melsa merengus geram.

" Apa?".Soal Melsa sepatah.

"I nak you bayar". Balas Tengku Zafreen serius.Wajah Melsa yang dah macam entah apa-apa dipandang.

" Bayar?.Bayar apa?.I mana buat...".Melsa yang mahu membalas kata-kata Tengku Zafreen terhenti.Sebelah mulutntya ditutup dengan tangan.Tengku Zafreen dilihat daripada atas sehingga ke bawah.Takkanlah...takkanlah aku rogol dia kut?!!!.Tak..tak..habis tu kenapa dia suruh aku bayar?.Takkanlah..

"You dengar tak,Melsa?".Ujar Tengku Zafreen menyentak lamunan Melsa.

" Tak!.I tak dengar apa-apa.I tak buat apa-apa pun semalam.i tak ro..ro..arghh!.I nak balik!".

Tengku Zafreen tersenyum sinis.Belakang lehernya digosok sambil menapak menghampiri Melsa perlahan-lahan.

Melsa cuak!.Langkah terus diundur ke kebelakang.

"You cakap i pencabul".

Erk?.

" Bodoh".

"You tampar muka i".

Melsa semakin berudur ke belakang.

"You muntah atas baju i".

" Makkkk!".Jerit Melsa apabila kakinya tersepak sesuatu dan tubuhnya mula hilang keseimbangan.Namun,sempat disambut oleh Tengku Zafreen.

Melsa diam.Wajah Tengku Zafreen begitu hampir dengannya."And..you ingat tak?.Lepas i tolong you semalam,you tak cakap terima kasih pun.You cakap i jahat,you ingat tak?.And yes!.I memang jahat".Serentak dengan itu,Tengku Zafreen melepaskan pegangan tangannya pada Melsa menyebabkan Melsa terjatuh di atas lantai.

"Zafreen tak guna!!!".

Tengku Zafreen tersenyum mengejek.Melsa yang kesakitan langsung tidak dihiraukan." You nak balik?.Boleh tapi kemaskan bilik i ni dulu and please ..tengok cermin ".Kata Tengku Zafreen sebelum keluar dari situ.

Melsa mencebik.

Perlahan-lahan Melsa berdiri dan berjalan masuk ke dalam bilik air.Tengok cermin kenapa pulak?.Aku memang can..." OH MY GOSH!".Terkejut Melsa apabila melihat pantulan dirinya dicermin.Rambut macam sarang burung.Solekkan sudah tidak berada di tempat asalnya dan air liur basi bertepek di wajah.Gosh!.Tolong bunuh aku sekarang.

---------------------------------------

"Mel pergi mana semalam?.Pagi-pagi baru balik.Jauh sangat ke rumah kita ni?".Datin Maria bersuara sambil menghidangkan sarapan pada anak perempuannya itu.

Melsa tersengih.Tangannya mengelap-gelap rambutnya yang kebasahan." Sorry ma..tertidur rumah Rania".Bohong Melsa terpaksa.Takkan nak bagitahu aku mabuk kut.Sah-sah kena halau nanti.

Call Me SayangWhere stories live. Discover now