pARt_19

6.7K 325 9
                                    

It hurt when thingking about you
But..
It more hurt for not thingking about you..

              ----------------------------------

            "Siapa Melsa?.I kenal ke?".

            Tengku Zafreen terdiam.Pandangannya diliarkan ke sekeliling." Macam mana Zaf boleh ada dekat sini?.Semalam Zaf ada dengan Melsa".Wajah Engku Zalia dipandang meminta penjelasan.Tubuhnya disandarkan pada belakang katil.

           Engku Zalia menggosok kepala anak lelakinya lembut."Zaf cakap apa ni?.Zaf dah berapa hari dah tak sedarkan diri.Zaf accident,Zaf ingat tak dan perempuan yang Zaf sebut tu tak pernah ada pun.Mungkin dia cuma khayalan Zaf.Khayalan yang Zaf cipta selama Zaf tak sedarkan diri".

              Tengku Zafreen ketawa kecil.Tangan Engku Zalia di atas kepalanya ditepis."Khayalan?.No!.Zaf baru bersama dengan dia semalan.Do you think i'm stupid?!".Suara Tengku Zafreen mula meninggi.

                "Zaf,dia tak wujud!". Tegas Engku Maria.

                 " Mummy jangan nak menipu!.Jangan nak perbodohkan Zaf!.Semua ni tak kelakar lah.She's not my imagination!!.She....".

              "Then,Where is she?". Sampuk Kelly tiba-tiba.

               Tengku Zafreen terkedu.

             " Zaf......".Panggil Engku Zalia lembut.

             Tengku Zafreen mengetap giginya kuat."She's not exist?".Tanya perlahan.

             "Zafreen....".

              " Leave me alone!.Get out!.Out!!!".Tengking Tengku Zafreen lantang.

              "Jom kita keluar dulu". Arah Engku Zalia kepada semua yang berada di situ.Ryana dan yang lain terpaksa akur.Perlahan-lahan mereka semua menapak keluar dari situ.Meninggalkan Tengku Zafreen seorang diri.

            ----------------------------------
"Melsa...Melsa..you do a great job!".Kata Nayla sinis sambil menepuk tangannya.Langkah diatur menghampiri Melsa yang sedang bersandar pada kereta.

            Melsa menoleh.

             " Kau patut tengok reaksi Zafreen tadi.Lebih baik daripada yang aku jangkakan tapi kau jangan risau..lama-kelamaan nanti kau akan lenyap terus dari ingatan dia".

            Melsa mengengam kedua tangannya erat."Aku dah buat apa yang kau suruh.Kau jauhkan diri kau daripada keluarga aku.Kau apa-apakan keluarga aku sekali lagi,aku takkan teragak-agak dapatkan Zafreen balik!".Ucap Melsa serius.

            "Well..itu bergantung kepada prestasi kau.kalau Zafreen ternampak kau..aku akan...".

             " Don't worry.Aku takkan muncul depan Zafreen lagi.Kau yang sepatutnya tepati janji kau".

              "Okay.I got to go now.Aku nak lawat kekasih aku dekat hospital.Kau rasa aku patut bawa apa untuk dia?.Dia suka makan apa?". Perli Nayla tanpa serba-salah.

               Melsa diam.

             " It's okay.Biar aku sorang aje yang fikir.Bye Melsa!".Nayla melambai tangannya kepada Melsa dengan senyuman kemenangan dibibirnya sebelum beredar dari situ.

                 Melsa bersandar pada kereta sebaik sahaja Nayla berlalu.Esakkan kecil mula kedengaran daripada Melsa.Dadanya dipukul berulang-ulang kali.Terasa payah untuknya menghadapi semua ini.

          -----------------------------------
Nafas panjang ditarik.Kerusi yang berada di hadapan Engku Zalia dan Zack ditarik.Engku Zalia dan Zack menoleh pantas."Melsa..Melsa okey tak sayang?".Tanya Engku Zalia yang jelas kerisauan.

            Melsa sekadar mengangguk.

                "Mel..perlu ke kita teruskan semua ni?.Aunty takut Zaf akan mengamuk bila dia tahu nanti".

                  " Dia takkan tahu.Macam mana dengan yang lain?".

              "Yang lain okey.Lebih-lebih Ryana dan Kelly.Bila Aunty suruh seolah-olah Melsa tak pernah wujud,cepat aje diorang setuju.Cuma Syura ajelah yang tak setuju pada mulanya.Mel pergilah jumpa Syura.Terangkan pada dia"

              Melsa mengangguk.Pandanngannya dialihkan pula pada Zack yang sedari tadi mendiamkan diri."You pukul Zaf kuat sangat ke?.Habislah you kalau dia tahu nanti".Gurau Melsa sambil ketawa kecil.Memang Zack yang memukul Tengku Zafreen sehingga pengsan semalam.Semuanya mengikut rancangannya.

                "Harap-haraplah Tengku Zafreen tak tahu.Saya cuma ikut arahan". Balas Zack sedikit takut.Habislah dia kalau Tengku Zafreen tahu.

             " Mel...boleh aunty tanya kenapa Mel buat macam ni?".Soal Engku Zalia ingin tahu.Hairan apabila tiba-tiba sahaja Melsa berubah.

             "Untuk kebaikkan kita semua".Jawap Melsa yakin.Terutamanya you,Zafreen...I yakin you akan baik-baik aje.I ada atau tak,itu takkan jejaskan hidup you.You tak pernah terima i pun.Jadi tak apa kan kalau i buat you macam ni?.

             ---------------------------------
" Kau dah buat apa yang aku suruh?".

                Zack mengangguk.Dengan rasa gementar,Tengku Zafreen dihampiri.Beberapa dokumen diletakkan dihadapan Tengku Zafreen.

              Dokumen itu,Tengku Zafreen ambil lalu diteliti satu-persatu.Namun,tidak lama kemudian itu dokumen-dokumen itu dicampak ke lantai dengan kasar.Zack dihadapannya dipandang tajam.

               "Apa semua ni?!.Aku suruh kau siasat pasal Melsa tapi apa yang kau bawa ni semuanya sampah!!.Aku tak nak tahu pasal Ryana,Nayla atau orang lain!". Jerkahnya.

               " Tapi hanya mereka berempat yang dipilih sebagai calon isteri Tengku".Balas Zack takut-takut.

               "Kau nak menipu aku ke apa?.Kau pun nak cakap yang dia tu khayalan aku aje?".

               " Kalau Tengku nak,bila Tengku keluar daripada hospital nanti,saya bawa Tengku ke bengkel kereta supaya Tengku dapat tengok sendiri keadaan kereta yang Tengku guna semasa accident".

                Tengku Zafreen memegang kepalanya."Aku betul-betul accident ke?".Tanyanya dengan suara yang mula mengendur.

               Zack mengangguk.

                "Betul ke yang dia cuma khayalan aku?".    

                Zack mengangguk lagi.

                Dan...Tengku Zafreen terus terdiam.



 
              

Call Me SayangWhere stories live. Discover now