pARt_36

6.1K 308 18
                                    

I try to stay away but you keep make me close to you...

      🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

             "I love you".

              Tengku Zafreen mengengam kedua tangannya erar sebelum meluru ke arah Melsa.Sebelah tangan Melsa dicapai lalu Melsa ditarik keluar dari rumah."Cinta?.".Tengku Zafreen memandang Melsa dengan sinis."Kau boleh simpan cinta bodoh kau tu!.Jangan jejakkan kaki dekat rumah ni lagi.Kalau tak aku akan report polis yang kau menceroboh rumah ni,faham?!".

            Terhenjut bahu Melsa mendengar tengkingan itu.Kata-kata Tengku Zafreen hanya dibiarkan tanpa dibalas.

           "Tak guna!".Hendik Tengku Zafreen sebelum menghempas pintu rumah dengan kasar tanpa menghiraukan Melsa yang masih berada disitu.

         🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Melsa bersandar pada kerusi sambil memerhatikan gelagat manusia yang berada di dalam cafe sama dengannya sementara menunggu kedatangan Encik Zikry.Sejak Tengku Zafreen menyuruh Encik Zikry memecatnya,Melsa sendiri meletakkan jawatannya.Tak guna cabar Tengku Zafreen.Silap-silap nanti majikannya hanya tinggal sehelai sepinggang.

             Melsa mengeluh berat.Rumah Engku Zalia pun dia dah tak pergi sekarang semenjak Tengku Zafreen menggugutnya mahu melaporkannya pada pihak polis.

           "Hi..sayang".

             Melsa tersentak apabila kerusi dihadapannya ditarik secara tiba-tiba.Membuntang matanya melihat bekas kekasihnya dahulu muncul dihadapannya.

               "Da..danny?".

               Danny tersenyum lebar."You still ingat nama I?.Nampaknya I tak bertepuk sebelah tangan".

           "You buat apa dekat sini?".Soal Melsa kasar.Setahunya Danny tinggal diluar negara tapi apa yang Danny buat dihadapannya sekarang.

               "I want you back!".Jelas Danny yakin.

                 Melsa tercengang buat seketika.

                "Excuse me?.You want me back?.Apa you merepek ni,danny?.You sendiri dah tahu kan yang antara you dengan I dah tak ada apa-apa.So please...stay away from me".Balas Melsa sedikit resah dengan kenyataan Danny.Masalah apa pulak kali ni.

               Danny tersenyum sinis."I don't care.You're mine and I want you".Ucap Danny bersahaja sebelum bangun daripada kerusi dan meninggalkan Melsa sendirian di situ.

                 Melsa mengetap bibir.Lepas satu,satu masalah lagi muncul.Danny bukan calang-calang orang.Apa dia cakap,dia akan buat.Dan masalahnya sekarang ni dia cakap dia nak aku.

          🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Melsa hanya baru sahaja mahu membuka pintu kereta tersentak apabila tangannya ditarik secara tiba-tiba.Terjerit kecil Melsa akibat perbuatan itu.Namun,mulutnya pantas ditekup dengan satu tangan daripada belakang.Tubuh Melsa ditolak ke kereta dengan kasar tapa belas kasihan."Shhh..it's okay.Ini danny sayang".Kata Danny lembut sambil sebelah tangannya menggosok-gosok rambut Melsa lembut.

              Melsa mendongak dengan mata yang berkaca.Sebab kau Danny lah aku takut.

           "Jangan takut.I sayang you,you tahu kan?".Tutur Danny sambil membelai pipi Melsa dengan penuh kasih sayang.

            Melsa semakin resah apabila Danny bertindak semakin agresif.Dengan pantas,kaki Danny dipijak kuat menyebabkan pengangan Danny padanya terlepas.Kemudian,pipi Danny ditampar kuat."Listen!.Kau cuma masa lalu aku dan kau takkan jadi masa depan aku pun!.Jadi kau jangan kacau aku.Kau tak boleh salahkan aku kalau aku tak cintakan kau.Kau tahu aku playgirl tapi kau masih nak jadi boyfriend aku.So...jangan berlagak macam aku sengaja tinggalkan kau".Ujar Melsa bengang.Berombak dadanya menahan amarah.

             Danny memegang pipinya yang terasa pijar."Ohh masa lalu?.Habis siapa masa depan you?.Izz Zafreen,hah?!".

            Melsa terdiam.Danny dihadapanya dipandang lama.Wajah selamba ditayangkan.Tengku Zafreen bukan urusan kau lagi,Melsa.Sedarlah!.Kau bukan siapa-siapa pada dia.Jadi jangan kisah pasal dia."Izz Zafreen?.Kalau kau tahu pasal dia,tentu kau pun tahu kan yang aku pernah cuba bunuh dia sekali.Kau rasa kalau dia masa depan aku,aku akan buat dia macam tu ke?.Kau nak buat apa pun aku tak kisah yang penting jangan kacau aku!".Kata Melsa lalu membuka pintu keretanya.

          "Jadi kau tak kisah kan kalau aku 'usik' dia sikit?".

           Melsa mengetap bibir.

          "Tak.Aku tak kisah".Balas Melsa lalu masuk ke dalam kereta.Pintu kereta dihempas kasar lalu dikunci.Danny yang masih berada disitu dipandang.Biarlah dia nak buat apa pun pada Tengku Zafreen.Aku tak kisah.Lagipun,Tengku Zafreen bencikannya.Jadi kenapa dia perlu peduli.pada orang yang bencikannya.Aku tak kisah Danny nak buat apa pun.Aku tak kisah.

         🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Okay.Mungkin aku kisah.Melsa menghentakkan kepalanya pada stereng kereta dengan geram.Jam ditangannya dikerling sekilas melsa membuang pandang ke arah kelab malam yang berada dihadapannya.Bukan masa depan konon.Jadi kenapa kau ada dekat sini Melsa.Sibuk jaga Tengku Zafreen dari tadi.

          Melsa tersenyum hambar.Nampaknya sampai sekarang,yang terhegeh-hegeh Cuma dia.Aku benci bila aku sayangkan dia.Kenapa aku tak boleh buat yang aku tak kisah pasal dia?.

               Bunyi orang bergaduh membuatkan Melsa menoleh.Membuntang mata Melsa apabila melihat Tengku Zafreen bersama Danny diluar kelab.

              Tanpa membuang masa,Melsa segera bergegas keluar daripada kereta lalu bergegas mendapatkan Tengku Zafreen yang dipegang oleh anak buah Danny.

             "Danny stop it!".Marah Melsa lalu menolak Danny kebelakang.

              "Why?.You cakap you tak kisah?".Perli Danny lalu menghampiri Tengku Zafreen yang berada di bawah pengaruh alkohol itu.Kemudian,satu tumbukkan dilayangkan ke wajah Tengku Zafreen.

          "Danny!!".Melsa cuba menghampiri Tengku Zafreen tetapi dihalang oleh anak buah Danny.

          "You cakap you tak kisah!!".Danny mengingatkan.Kemudian,    mengisyaratkan anak buahnya supaya membelasah Tengku Zafreen.

              "Zafreen!!".

               Mengalir airmata Melsa apabila melihat Tengku Zafreen yang sudah tidak berdaya itu.Airmatanya dikesat kasar.

                "Jawap I Melsa!.You kisah atau tak pasal lelaki bodoh ni?!".Desak Danny."Kalau tak I akan....".

                "Yes!.I kisah.Puas?!.I kisah pasal dia.I kisah bila dia sakit.I kisah bila dia selalu terluka sebab i".Balas Melsa dengan suara yang serak."I kisah..bila dia cakap dia bencikan I dan I kisah bila dia selalu berakhir macam ni sebab i".Melsa memandang Tengku Zafreen dengan perasaan bercampur-baur.

          "So...lepaskan dia.I akan buat apa yang you nak,Danny".

            Danny tersenyum lebar.

              "Anything?".

             Melsa mengangguk pantas.

           "Then...love me not him"

           Melsa terkedu.Danny dan Tengku Zafreen dipandang silih-berganti.

              "I..I. will".




           

             

  

        

                 

    

 
         

  

Call Me SayangWhere stories live. Discover now