pARt_27

9.2K 370 21
                                    

Hate you...love you...

----------------------------------------
Melsa menghentikan kereta di tepi jalan.Airmata yang mengalir dikesat kasar sebelum mengeluarkan telefon bimbit daripada poket.Nombor Syura didail.Kemudian,telefon ditekapkan pada telinga.Tidak sampai seminit,panggilan sudah disambung.

          "Where are you?". Tanya Melsa dengan suara yang serak.

            " Sorry Melsa".Ujar suara dihujung talian dengan gementar.

                 Melsa tertawa sinis."Sorry?.For what?.Langgar perjanjian kita atau bagitahu Zafreen tentang rancangan kita?".

             "Mel...saya minta maaf.Zafreen ugut saya.Dia tahu ada sesuatu yang tak kena bila saya muncul depan bilik dia.Dia desak saya suruh bagitahu hal yang sebenar.Saya minta maaf sebab langgar perjanjian kita.Saya tak tahu nak buat apa masa tu.Saya takut". Jelas Syura bersunggup-sunggup.Berharap Melsa akan memaafkan dirinya.

                Senyap.

           " Mel.....".

            Melsa tidak menjawap.Sebaliknya,panggilan segera diputuskan.Telefon dicampak ke tempat duduk bersebelahan dengannya lalu Melsa menyandarkan tubuhnya ke kerusi.Kelopak mata dipejam rapat.Cuba menenangkan perasaannya.

      
          -----------------------------------

"Zafreen tak keluar lagi ke?". Soal Engku Zalia sebaik sahaja melihat kelibat Zack yang menunggu di ruang tamu.Biasanya Tengku Zafreen sudah ke tempat kerja pada waktu sebegini.    

                  Zack menggeleng.

               " Belum Engku".

                Engku Zalia mengeluh berat.Pasti disebabkan kejadian semalam.Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan daripada Syura yang menyatakan bahawa rancangan mereka bertiga gagal."Daripada semalam ke Zafreen tak keluar daripada bilik?".

              "Lepas Tengku Zafreen balik daripada hotel semalam,Tengku Zafreen belum keluar daripada bilik".

                " Kalau macam tu aunty pergi tengokkan Zafreen dulu.Zack pergilah sarapan dekat dapur dulu,aunty dah hidangkan tadi".Ujar Engku Zalia sebelum naik ke tingkat atas.

             Zack sekadar mengganguk.

         ----------------------------------
Pintu bilik Tengku Zafreen diketuk beberapa kali sebelum pintu tersebut dibuka.Engku Zalia melangkah masuk ke dalam."Zaf........".Engku Zalia menghampiri anak lelakinya yang masih terlena di atas katil.

                "Zafreen bangun.Dah pukul berapa ni.Zack dah tunggu dekat bawah tu".

                 Diam.

                "Zaf,ban...". Tersentak Engku Zalia apabila tangannya tersentuh tangan Tengku Zafreen.Tangannya segera diletakkan di dahi Tengku Zafreen.Panas!." Zafreen!.Zafreen okey tak ni?!".Engku Zalia menepuk pipi Tengku Zafreen beberapa kali dengan cemas.

                "Zack!!!". Laung Engku Zalia lantang.

             --------------------------------

Tengku Zafreen membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila terasa suatu objek yang basah 'hinggap' di dahinya.Terpana dirinya apabila melihat kelibat Melsa yang sedang meletakkan tuala basah di dahinya.

            " Baguslah you dah sedar.Mummy you keluar sekejap jadi dia suruh i tengokkan you".Terang Melsa dengan nada serius sambil turun daripada katil.

Call Me SayangWhere stories live. Discover now