pARt_10

6.4K 326 8
                                    

           Tengku Zafreen terkedu.

          "You..you..nak..bu..buat apa ni,Melsa?".

             Melsa tidak menjawap.Malahan wajahnya semakin mendekat dengan Tengku Zafreen.Tangan Melsa yang naik menyentuh wajah Tengku Zafreen tetapi pantas ditepis kasar oleh Tengku Zafreen.

           Melsa menunduk.Cuba menyembunyikan senyuman yang terukir dibibirnya.Kelakar!.Belum apa-apa dah cuak.

                 " I hate you!".Bentak Tengku Zafreen lalu menolak Melsa menjauh daripadanya.

               "I love you too". Balas Melsa bersahaja.

                 Tengku Zafreen memandang Melsa tajam."Jangan nak melampau Melsa.Kalau betul apa yang you cakap,semua orang perlukan perempuan.Takkan ada yang jadi gay lah dalam dunia ni!". Bidasnya serius.

                Melsa mencebik.Tangannya disilangkan ke dada." Yang you libatkan orang yang 'tersesat' tu buat apa?.You pun 'sesat' jugak ke,Reen?.You gay ke?.Maybe sebab tu you tak layan I kan?".Balas Melsa sengaja mahu menyakitkan hati Tengku Zafreen.Tak adil lah kalau asyik aku yang sakit hati kan?.Sekali sekala apa salahnya kalau bagi Tengku Zafreen rasa sikit apa yang aku rasa.

          Tengku Zafreen merengus geram.

    
        ------------------------------------

Syura ketawa kecil apabila melihat muka masam Melsa yang sedang berjalan disebelahnya apabila Nayla dengan manjanya merangkul erat lengan Tengku Zafreen.

             Melsa mengetap bibir.

          Cakap tak suka perempuan.Ini tak suka perempuan ke tak suka aku?!.Kalau dengan perempuan lain boleh pulak cakap baik-baik,manja-manja.Nak pegang pun tak tak apa.Kalau dengan aku,acah sikit pun dah melenting macam orang hilang anak.

        "Sabarlah Melsa.Belum tentu lagi Nayla yang Tengku Zafreen akan pilih untuk jadikan isteri dia". Kata Syura lembut.

            Melsa merengus geram.

          " Sabar?.I tak tahulah sampai bila I boleh bersabar.Hari ni sepatutnya I date dengan dia tapi tengoklah apa yang dia dah buat.Semua calon-calon isteri dia,dia invited sekali"."Luah Melsa tidak berpuas hati.Pandangan Melsa alihkan ke arah lain.Sakit hati!.

              "Sorry kalau kehadiran saya buat awak rasa tak selesa.Saya betul-betul tak tahu yang Tengku Zafreen ada date dengan awak hari ni".

                Keluhan berat,Melsa lepaskan.Serba-salah dengan Syura." No..bukan salah you pun.Tengku Zafreen memang tak sukakan I.Dari awal lagi.I rasa....jatuh cinta dengan dia adalah satu kesalahan".

            "Tak..cinta bukan satu ke....".

           " Melsa!!".

              Langkah Melsa terhenti apabila mendengar namanya dilaung.Tanpa membuang masa,tubuhnya dipusingkan kebelakang.Membuntang mata Melsa melihat gerangan orang yang memanggil namanya.

           "Siapa tu Melsa?". Syura turut menoleh ke arah yang sama.

              " My ex.Rafiq".Jelas Melsa sambil tidak lepas memandang Rafiq yang sedang berjalan ke arahnya.

              "Hye Melsa.I miss you so..so much". Rafiq mendepakan kedua tangannya mahu memeluk Melsa.

               Namun,Melsa pantas berundur kebelakang."You jangan nak sentuh-sentuh I.I hate it!". Melsa memberi amaran keras.

              " Sorry sayang.Lama I tak jumpa you.Bertambah cantik you sekarang.No wonderlah you tak bagi i peluk you.You sengaja jual mahal dengan i kan".Ucap Rafiq ceria lalu menciut hidung Melsa dengan manja.

            Melsa tersenyum sinis."Sorry to say but i memang mahal and kalau tak salah i,kita dah putus dua bulan yang lalu.So..i bukan lagi girlfriend you".Balas Melsa berani.

            "Er...Mel..Saya pergi panggil Zafreen sekejap.Saya tak sedap hati lah". Bisik Syura tiba-tiba ditelinga Melsa sebelum beredar dari situ untuk mencari Tengku Zafreen.

            " Siapa cakap you bukan girlfriend i?.I belum putuskan lagi hubungan kita.You jangan nak memandai.Now,ikut i!".Rafiq menarik tangan Melsa secara tiba-tiba supaya mengikutinya.

               "Lepaslah bodoh!". Jerit Melsa sambil meronta-ronta mahu melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

               Rafiq tidak melayan.

           " Diam!.Dah lama i cari you.You ingat you boleh mainkan hati i macam tu aje,hah?!!".Tengking Rafiq lantang.Tangan Melsa ditarik dengan lebih kuat.

            Melsa mengetap bibir.Dengan geram,kaki Rafiq dipijak sekuat hati menyebabkan pegangan Rafiq padanya terlepas.Tanpa membuang masa,Melsa segera melarikan diri daripada situ.

            "Melsa!!". Laung Rafiq dengan bengang.Tak guna punya perempuan!.Langkah Melsa segera dikejar.

           Melsa terus berlari tanpa menhiraukan pandangan orang ramai yang melihat ke arahnya.Sesekali Melsa menoleh kebelakang.Rafiq masih setia mengejarnya.Tak guna!.Masa ni pulak aku boleh bertembung dengan dia.Handphone yang berada ditangannya segera didail nombor Rania.Namun,belum sempat handphone itu ditekapkan pada telinga,tubuhnya berlanggar dengan seseorang daripada arah bertentangan.

         " Maaf..I tak sen.....Zafreen!".Melsa yang mahu meminta maaf terus terhenti apabila melihat orang yang dilanggarnya.Nasaf lega ditarik.Nampaknya dia selamat sekarang.

            "Melsa!!".

            Tengku Zafreen dan Melsa menoleh.Tangan Tengku Zafreen pantas Melsa capai apabila melihat Rafiq semakin menghampirinya.

               "Kau jangan masuk campur.Perempuan tu girlfriend aku".Ujar Rafiq dengan wajah yang tegang.Lebih-lebih lagi apabila Melsa memegang tangan lelaki dihadapannya erat.

              " Girlfriend kau?".Tanya Tengku Zafreen meminta kepastian.

              "Tak Reen.Lelaki ni dia penipu.I bukan girl......".

                " Oh okay!.Aku pun tak kenal dengan perempuan ni.Kau nak buat apa dekat dia pun,itu bukannya masalah aku".Tengku Zafreen memotong kata-kata Melsa dan tanpa diduga tangannya ditarik daripada pegangan Melsa lalu Tengku Zafreen berundur beberapa tapak kebelakang.Memberi laluan kepada Rafiq.

                 Melsa tergaman!.

            Langsung tidak terkata dengan tindakan Tengku Zafreen.Tangannya yang dilepaskan oleh Tengku Zafreen dipandang lama.Matanya mula berkaca.

            Orang yang aku harapkan untuk melindungi...

                  ......cuma satu khayalan yang takkan menjadi kenyataan.



Call Me SayangWhere stories live. Discover now