pARt_2

8.9K 379 3
                                    

Melsa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah menayang sengih apabila melihat mama dan papanya serta serta adik lelakinya sudah menunggu di ruang tamu.Pantas sahaja Melsa menghampiri mamanya.Melsa yang baru sahaja mahu memeluk mamanya mengaduh kesakitan apabila mamanya memulas telinga Melsa kuat."Sakitlah ma!".Jerit Melsa lantang.

"Biar tercabut telinga kamu!.Kenapa degil sangat?.Mel perempuan tau bukannya lelaki nak pergi balik London sesukahati". Marah Datin Maria geram.

" Mel dah bagitahu Aryan lah".Kata Melsa lalu menunjuk ke arah Aryan.

Aryan pantas menggelengkan kepalanya.Menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh kakaknya."Aryan tak tahu apa-apa!".

"Yalah tu". Perli Dato Arshad.

" Adik dengan kakak sama aje.Bersubahat!".

Adik beradik mama!".Balas Melsa dan Aryan serentak.

"Menjawap!".Ucap Datin Maria geram.

Dato Arshad ketawa kecil melihat gelagat ahli keluarganya.Kecoh.Bukan selalu dapat berkumpul macam ni.Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

-----------------------------------

Tengku Zafreen memandang skrin Iphone miliknya yang terpapang nama mummy.Dengan malas panggilan itu dijawap.Iphone ditekapkan pada telinga." Hello.Mummy nak apa?.Zaf busy ni".Ujar Tengku Zafreen acuh tak acuh.

"Mummy dengar Zaf buat perangai masa perjumpaan jodoh tengahari tadi.Malu muka mummy ni,Zaf.Bila nak ubah perangai tak senonoh Zaf ni?!". Marah Engku Zalia dihujung talian.Tebal mukanya apabila mendengar orang mengata.

" Whatever.Mummy dah habis cakap belum?.Kalau tak Zaf nak letak ni".Balas Tengku Zafreen tanpa rasa bersalah.Bosan!.Asyik membebel tak henti-henti.

"Tengku Zafreen!".

" Yes.Anything?".Soalnya sinis.Sengaja mahu mencabar kesabaran ibunya.

"Esok mummy akan aturkan perjumpaan Zaf dengan gadis lain".Jelas Engku Zalia serius.

" Okay".Jawap Tengku Zafreen sepatah sebelum memutuskan talian.Handphone dicampakkan ke atas meja.Senyuman sinis terukir dibibirnya.Calon isteri?.Tunggulah.Aku akan singkirkan semua calon isteri tu!.Tak seorang pun yang akan dapat paksa aku.

---------------------------------------

Kerusi yang berada di meja makan,Melsa tarik lalu punggungnya dilabuhkan disitu.Sebelah tangan menongkat dagu memandang mamanya yang sibuk memasak.Mulut yang sesekali menguap akibat mengantuk,Melsa tutup pantas."Arghhh!".Jerit Datin Maria terkejut sebaik sahaja menoleh kebelakang.Terkejut dengan kehadiran anak perempuan yang dah macam rupa hantu.Rambut berserabai.Masker putih diwajahnya.

"Kenapa mama?". Tanya Melsa hairan.

" Kenapa kamu tanya?.Mel tak boleh ke sikat rambut tu sebelum turun?.Mengalahkan hantu tahu tak rambut Mel tu.Mengerbang sana sini".Bebel Datin Maria sambil mengurut-gurut dadanya.

"Malaslah ma...mama tolong sikatkan untuk Mel boleh?".Soal Melsa sambil membuat muka comel.Sengaja mahu bermanja.

Namun,muka comel Melsa tidak bertahan lama.Melsa pantas menganggkat kedua belah tangannya apabila mamanya membuat gaya mahu melempar senduk yang dipegangnya." Dah besar pun masih lagi nak bermanja.Bermanjalah dengan suami kamu".Datin Maria kembali meneruskan kerjanya yang tergedanla sebentar tadi.

Melsa membuat muka bosan.Dah mulalah tu nak kenakan aku dengan anak-anak kawan dia.Bosan!.

"Mama dah aturkan perjumpaan jodoh untuk Mel minggu depan.Jangan cuba-cuba nak lari.Kalau Mel malukan mama,mama akan suruh papa block kad kredit Mel".

Call Me SayangWhere stories live. Discover now