pARt_41

8.9K 420 115
                                    

If you can't be the reason why I smile...why must you be the reason why I cry.....

            ________________________

            Tengku Zafreen menjarakkan wajahnya sedikit daripada Melsa.Bibirnya dikesat kasar dengan ibu jari sambil tidak lepas daripada memandang Melsa.

                Melsa terkaku.

                Tengku Zafreen tersenyum sinis.Baju kemeja yang sudah tidak teratur dibetulkan sedikit sebelum bangun daripada Melsa.

                Beberapa orang lelaki berkopiah melangkah masuk ke dalam apartmen Melsa.Melsa segera berdiri.Bajunya dibetulkan segera.

               "Kami daripada JAIS.Encik dan cik terpaksa kami tahan kerana melakukan maksiat".Ujar lelaki yang berada dihadapan sekali.

                "Saya tak buat salah pun!.Kalau encik nak tahan orang,tahan lelaki ni".Melsa menunjuk ke arah Tengku Zafreen."Dia yang ceroboh masuk dalam rumah saya.Dia yang salah!".

            "Tak buat salah?.Berpakaian seksi terdedah sana sini.Bersentuhan dengan lelaki.Apa nak jadi dengan kamu berdua ni?".Balasnya tegas.

            "Saya tak nak!.Encik jangan nak menuduh kalau tak ada bukti....".Melsa yang mahu berkata-kata terhenti apabila Tengku Zafreen memeluknya secara tiba-tiba.

           Membuntang mata Melsa dengan tindakan Tengku Zafreen.Tubuh Tengku Zafreen cuba ditolak tetapi semakin erat pula pelukkannya."Hei!".

           "Kami memang dah lama buat perkara macam ni.Jadi saya akan bertanggungjawap.Saya kan kahwin dengan dia.Kalau perlu malam ni jugak".Tengku Zafreen yang hanya mendiamkan diri daripada tadi bersuara membuat nafas Melsa terhenti buat seketika.

            "Tenang ya sayang.Kita akan kahwin.Macam you nak selama ni".Ujar Tengku Zafreen lagi sambil menggosok lembut kepala Melsa.

                Melsa mengetap bibir.Wajahnya didongakkan memandang Tengku Zafreen.Jelas kelihatan senyuman diwajah itu.Tak guna!.Ni semua rancangan dia.

         ________________________
"Aku terima nikahnya Melsa Adreanna binti Arshad dengan mas kahwin seribu ringgit tunai".Lafaz Tengku Zafreen lancar tanpa tersekat-sekat.

            "Sah?".Soal tok kadi kepada beberapa orang yang berada di situ.

               "Sah!!".

              Tangan Tengku Zafreen Melsa cium dengan kasar.Langsung tiada perasaan gembira.Tengku Zafreen memang sengaja mahu menghancurkan hidupnya.

_____________________________
"Pangg!!".Pipi Tengku Zafreen ditampar kuat sebaik sahaja mereka berdua keluar daripada pejabat agama.Mencerlung mata Melsa memandang lelaki dihadapannya saat ini.Wajah Tengku Zafreen dipandang dengan benci.Seharusnya dari dulu lagi dia menampar Tengku Zafreen.

           "Apa masalah kau ni?!".Tengking Tengku Zafreen bengang apabila pipinya ditamparnya.

            "Apa masalah I?.Apa masalah you sebenarnya?!.Ni semua rancangan you kan?".

              Tengku Zafreen tersenyum sinis."Kalau semua ni memang rancangan aku,kau nak buat apa?.Apa yang kau boleh buat,hah?".Tengku Zafreen menapak ke hadapan.Mendekati Melsa.

               "You benci I.Kenapa you tak biar aje I jauh daripada you.You bagitahu I yang you jijik tengok muka I tapi apa yang you buat sekarang?".Ucap Melsa yang bingung dengan sikap Tengku Zafreen.

Call Me SayangWhere stories live. Discover now