pARt_12

6.2K 291 2
                                    

         Aku betul-betul rasa macam orang bodoh sekarang....

            Melsa memandang Kelly yang berada di atas riba Tengku Zafreen manakala Tengku Zafreen membelai-belai wajah manja wajah Kelly yang begitu hampir dengannya.

                Nafas panjang ditarik sedalam-dalamnya.Cuba menstabilkan perasaan.Tak apa Melsa...kau kuat..kau kuat.Langkah Melsa atur menghampiri mereka berdua.Mug ditangannya diletak kasar ke atas meja.

        "Melsa...what you doing here?".Kelly bersuara dengan senyuman mengejek dibibirnya.

            Tengku Zafreen menoleh.

          "It's me who should ask you that question.What you doing here?". Soal Melsa kembali.

            " Well....".Kelly berdiri perlahan-lahan.Tangannya diletakkan di atas bahu Tengku Zafreen."I temankan Zafreen.Kan Zaf?".Pandangannya dialihkan pada Tengku Zafreen.

             Melsa mengetap bibir.

            "Really?.I tak tahu pulak office ni tempat maksiat".Sindir Melsa tajam.

            Berubah wajah Tengku Zafreen dan Kelly mendengar kata-kata itu.

          "You jangan nak kurang ajar!.You tu bukan sesiapa.You cuma kuli I.Sedar diri sikit!!".Marah Tengku Zafreen yang sudah bangun daripada kerusi.

          " Why?.Ada yang salah ke dengan kata-kata i tadi?.Ianya memalukan Zafreen.Seorang lelaki pembenci perempuan bermesra dengan perempuan dalam office dia sendiri.Wow...You...impress me".Balas Melsa berani.

           "Keluar".Arah Tengku Zafreen.

            " Betul tu.I patut keluar.I bukan sesiapa pun kan?.Go ahead.Sambunglah apa yang you all nak buat tadi.".Ujar Melsa lalu melangkah ke arah pintu.

              "Not you but you..kelly". Tengku Zafreen bersuara menghentikan langkah Melsa.

               " What?!.Kenapa i pulak yang kena keluar?.Sepatutnya perempuan tu yang....".

                "Just go!".Celah Tengku Zafreen tegas.

             Kelly merengus geram.Dengan terpaksa dia keluar dari situ.Melsa yang berada berhampiran dengan pintu dirempuh kuat sehingga terjatuh di atas lantai.

             Melsa meraup rambutnya ke belakang dengan kasar lalu bangun perlahan-lahan dan berjalan mendekati pintu.Namun,belum sempat Melsa keluar,pintu itu terlebih dahulu ditutup.

           Melsa menoleh.

               " Ke tepi".Kata Melsa serius.

             "Why?.Kenapa you marah sangat?.You jealous sebab i layan Kelly lebih baik daripada i layan you?". Ejek Tengku Zafreen.Sebelah tangannya diletakkan pada pintu.Menghalang Melsa daripada keluar.

             Melsa memandang Tengku Zafreen tajam." Ke tepi!".Suara Melsa naik senoktaf.

             "Answer me!".

                Melsa diam.Kakinya berundur ke belakang apabila Tengku Zafreen mula bertindak menghampirinya."Are you jealous?".

           Melsa tidak menjawap.Sebaliknya,terus berundur ke belakang.Namun,nasibnya malang kerana pergerakannya disekat oleh meja yang belakang.

            Dan tanpa disangka Tengku Zafreen menolak Melsa pada meja lalu tangannya diletakkan di sisi Melsa." Am i right?".

            Melsa mengetap bibir.

            "Ya.I jealous!.I tertanya-tanya kenapa you tak layan i macam calon-calon isteri you yang lain?.Kenapa you selalu abaikan i dan selalu cari salah i?.Why?!!".Luah Melsa berani.

            " So..you nak i buat apa?.Layan you sama macam i layan Kelly tadi?".Tengku Zafreen mendekatkan wajahnya pada Melsa.

              Melsa ketawa kecil.Wajah Tengku Zafreen yang begitu hampir dengannya dipandang tanpa getar."Sorrylah untuk apa yang i nak cakap ni.I mungkin playgirl,keluar dengan ramai lelaki tapi...harga diri i lebih mahal daripada perempuan yang duduk atas riba you tadi.Jadi..jangan sentuh i macam you sentuh perempuan lain!".Tengku Zafreen yang berada dihadapannya ditolak kuat kebelakang.

             Melsa membetulkan rambutnya sedikit.Tengku Zafreen dihadapannya dijeling tajam sebelum keluar daripada situ dengan hati yang bengang.

             Tengku Zafreen mencebik.

   
           -------------------------------------
"Kenapa aunty suruh Mel datang sini?.Hari ni tak ada apa-apa perjumpaan kan?". Tanya Melsa hairan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa.Berhadapan dengan Engku Zalia.Wajah Engku Zalia dipandang bagi meminta penjelasan.

            Engku Zalia tidak menjawap.Sebaliknya,
Menghulurkan satu ipad pada Melsa.Dengan ragu-ragu,huluran itu Melsa sambut.

            " Tengoklah".

              Melsa menurut.Butang main ditekan pada skrin ipad.Satu video mula dimainkan.Membuntang mata Melsa melihat video Tengku Zafreen membuat perkara tidak senonoh dengan seorang lelaki lain."Au..aunty...reen..dia gay?".

            "Tak.Aunty percaya Zafreen bukan gay.Melsa pun percaya kan?".

               Melsa terdiam.Namun,kepalanya dianggukkan perlahan-lahan.

                " Kalau Melsa percaya.Tolong aunty.Tolong cari orang yang bertanggungjawap fitnah Zafreen.Aunty tak nak orang lain tahu tentang video ni.Mel tolong aunty cari dalang yang lakukan semua ni,ya?".

            Melsa tersenyum nipis."Ya.Melsa akan tolong aunty.Mel takkan benarkan sesiapa 'jatuhkan Tengku Zafreen".

              ------------------------------------

"Mel nak ikut akak pergi lunch tak?.Dah pukul satu ni.Kita pergi lunch dengan restoran yang baru buka tu". Tegur kak Rita yang turut berkerja di bahagian yang sama dengannya.

             " Er...Mel dah kenyanglah kak.Sorry ya?.Next time Mel join.Promise!".Kata Melsa serba-salah.Kertas kerja yang berlambak di atas meja dipandang.Tengku Zafreen sengaja mahu menderanya.Langsung tiada peluang untuk berehat.

         "Betul ni?". Tanya kak Rita meminta kepastian.

           Melsa mengangguk.

            " Akak pergi dulu,ya?".

               Melsa bersandar pada kerusi sebaik sahaja kelibat kak Rita menghilang.Handphone yang berada di atas meja dicapai.Video Tengku Zafreen yang dikirim oleh Engku Zalia dimainkan buat kesekian kalinya.Cuba untuk mencari sebarang pertunjuk.

                Tiba-tiba.......

                Tersentak Melsa apabila handphone miliknya dirampas daripada belakang.Melsa pantas bangun daripada kerusi.Berderau darahnya apabila melihat Tengku Zafreen disitu.

             "Zafreen....".

            " You tengok apa sampai....".Kata-kata Tengku Zafreen terhenti.Wajahnya berubah tegang.Pandangannya dialihkan pada Melsa.

                 "Reen...i boleh....".

                 "Who are you?". Tengku Zafreen bersuara dengan suara yang bergetar.

                " Reen......".

              "Who are you?!!".

     

             

  

Call Me SayangWhere stories live. Discover now