pARt_7

6K 319 1
                                    

"Hah,balik pun kamu.Mama ingatkan dah tak tahu jalan balik ke rumah". Melsa menayang muka bosan sebaik sahaja terdengar suara Datin Maria membebel padanya.Tubuhnya direbahkan ke sofa.Penat!.Penat mengejar Tengku Zafreen sepanjang hari.

         " Melsa Adreanna!.Kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?".Ujar Datin Maria geram yang sudah berdiri dihadapan Melsa.

          "Dengar.. ". Jawap Melsa acuh tak acuh." Mama nak apa?".

          "Tolong mama hantarkan kek ni dekat rumah kawan mama". Datin Maria menganggkat sebuah bekas bersaiz sederhana dihadapan anak perempuannya.

           " Ma..Mel baru balik tau.Penatlah.Esok ajelah".

          "Mama peduli apa kamu baru balik ke,baru nak pergi ke..hantar kek ni dekat rumah kawan mama.Sekarang!".Tegas Datin Maria.

            " Alah...bukan sedap pun".Kutuk Melsa perlahan.

             "Apa kamu cakap,Melsa?". Mencerlung mata Datin Maria memandang Melsa.

           Melsa tersengih.

           " Tak ada apa-apa.Mama salah dengar ni.Esok ya Mel hantar kek tu.Penatlah ma.Mel naik dulu ya?".Melsa pantas mencapai handbag miliknya lalu segera bangun daripada sofa dan melangkah meninggalkan Datin Maria.

          "Mikeal Aryan!.Tolong mama hantar kek ni ke rumah Aunty Zalia!". Laung Datin Maria lantang tiba-tiba.

           Langkah Melsa terhenti.Tubuhnya dipusingkan menghadap mamanya.

         " Apa ma?.Rumah aunty Zalia ke?".Melsa menghampiri Datin Maria.Bibirnya mengukir senyuman lebar.Bekas ditangan mamanya pantas dirampas."Apa mama ni..susahkan Aryan aje.Aryan kan sibuk belajar sekarang.Biar Mel aje yang pergi hantar".

            "Eh tak payah!.Kamu kan penat.Biar Aryan aje".Perli Datin Maria lalu merampas bekas itu kembali.

           "Mana ada penat.Mel okey lagi ni.Biar Mel aje ya?". Melsa merampas bekas itu untuk kali kedua.

          " Oh....laju aje kan kalau dapat jumpa Zafreen?.Yalah...yalah kamu hantar.Nak jumpa,jumpa jugak Mel tapi jaga perangai tu.Jangan buat perangai tak senonoh.Jangan cuba nak cabul anak teruna orang!".Pesan Datin Maria serius.

          Melsa tersengih.

         Tak janji!.Zafreen menggoda sangat.

            

       ------------------------------------------
Melsa bersandar pada dinding rumah Engku Zalia bersama senyuman yang tidak lengkang dibibirnya.Tangannya menekan-nekan lonceng rumah berulang-ulang kali.Gaun paras lutut berwarna biru dibetulkan sedikit.Tak sabar nak jumpa Zafreen.

        Tidak lama kemudian,pintu rumah dibuka daripada dalam."Eh Melsa!.Kenapa datang malam-malam ni?.Ada tertinggal apa-apa ke?".Soal Engku Zalia ramah seperti kebiasaannya.

          Haah.Hati Mel tertinggal dekat sini."Tak adalah aunty.Ni mama suruh Mel hantar kek dekat aunty".Melsa menghulurkan bekas berisi kek ditangannya.

              Huluran itu Engku Zalia sambut."Mama kamu tu ada-ada aje.Cakap terima kasih dekat mama kamu ya".

           Melsa mengangguk.

          "Masuklah dulu Mel.Kita dinner sekali.Aunty pun baru lepas masak ni". Pelawa Engku Zalia.

          " Eh tak apa aunty.Buat susah-susah aje.Mel tak kisah pun.Betul Mel tak kisah".Kata Melsa sambil melangkah masuk ke dalam rumah Engku Zalia.Mulut cakap tak nak tapi masuk jugak.

           "Tak susah pun Mel.Mel tunggu sekejap ya.Aunty nak hidangkan makanan dulu".

            " Er..aunty.Toilet mana?".Tanya Melsa tiba-tiba.

            "Oh toilet?.Dekat atas.Hujung sekali sebelah kanan.Toilet dekat tingkat bawah rosak.Kenalah Mel jalan jauh sikit". Jelas Engku Zalia.

            " Eh tak apa.Mel pergi dulu ya,aunty".

             "Yalah.Aunty pun nak ke dapur ni".

             Melsa segera mendaki tangga untuk ke tingkat atas sebaik sahaja bayangan Engku Zalia menghilang.Meliar mata hazel Melsa mencari sesuatu.Yang pastinya bukanlah toilet seperti yang dikatakannya tetapi Tengku Ezz Zafreen!.

           Bersinar mata Melsa apabila menjumpai bilik Tengku Zafree.Dia pasti sangat yang itu bilik Zafreen kerana dia telah mengintai Tengku Zafreen beberapa hari lepas.

              "Hah..jumpa pun 'toilet'". Ucap Melsa perlahan sambil memulas tombol pintu bilik Tengku Zafreen.Tak berkunci!.Melsa tersenyum lebar.Tanpa ragu-ragu,Melsa menapak masuk ke dalam.

           " Zafreen sayang.I datang...arghhhh!!!".Terjerit Melsa apabila melihat Tengku Zafreen hanya bertuala sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik tersebut.Tangannya naik menutup mata sendiri.Tubuhnya pantas dipusingkan kebelakang.

           Tengku Zafreen menjulingkan matanya ke atas.Meluat dengan perangai perangai perempuan dihadapannya.Pakaiannya yang berada diatas katil dicapai lalu Tengku Zafreen masuk ke bilik air.

         Tidak sampai lima minit,Tengku Zafreen keluar kembali bersama seluar jeans pendek berwarna merah dan t-shirt lengan pendek berwarna hitam.Rambutnya yang kebasahan dilap dengan menggunakan tuala sambil menghampiri Melsa yang masih terkaku disitu.

           "You ni memang suka masuk bilik lelaki ke apa?". Tengku Zafreen bersuara.

             " You dah pakai baju ke?".Melsa memusingkan tubuhnya perlahan-lahan ke hadapan semula.Tangannya yang menutupi mata diturunkan.Dengan lambat,kelopak matanya dibuka.

       Nafas lega ditarik apabila melihat Tengku Zafreen sudah siap berpakaian.Kan tak pasal-pasal dia tolak Tengku Zafreen ke katil nanti.Katil dah lah dekat.Katil dibelakang Tengku Zafreen dikerling sekilas.Astafirullahalazim!.

        "Yang you seksi sangat kenapa?.You nak goda i ke?". Melsa mengalihkan pandangannya pada Tengku Zafreen kembali.

            "You ni dah lah tak hormat privasi orang lain.Now what?.You nak tuduh I yang nak goda you?.Hell no!.Tengok you pun i tak selera lah.So..tak payahlah nak perasan yang i nak goda you.You langsung tak buat i tergoda".Balas Tengku Zafreen kasar.Tuala ditangannya dicampak kepada Melsa tanpa serba-salah.

             Melsa menarik tuala yang berada di atas kepalanya.Tengku Zafreen dipandang geram."It's okay.I tahu you tak tergoda dengan i.Lain lah kalau i ni lelaki kan?.Tak payah menggoda pun you dah tergoda.Well..gayboy memang macam tu.Selalu....". Kata-kata Melsa terhenti apabila melihat wajah Tengku Zafreen yang berubah tegang.Okey..salah aku.

            Melsa mengetap bibir.

             Bodoh punya mulut!.

              " What did you said?.Gayboy huh?".Melsa berundur ke belakang apabila Tengku Zafreen tiba-tiba menapak ke arahnya.

              "Tak...tak.That not what i mean". Balas Melsa tergagap-gagap.

            " Then what?!!".Tengku Zafreen menolak Melsa kasar ke dinding."You memang degil kan?.Berapa kali i nak cakap yang i bukan gay!!.You tak faham bahasa ke?!.I bukan gay...i bukan gay!!!!".

            "Reen,I....". Terkedu Melsa apabila Tengku Zafreen menumbuk dinding dengan kuat secara tiba-tiba.Begitu hampir dengan wajah Melsa.

             " Aku bukan gay,Kau faham tak?!!!.Kenapa semua orang sibuk mengata yang aku ni gay just because i don't need a girl!!.It make me....".

            Terhenti kata-kata Tengku Zafreen apabila Melsa tiba-tiba memeluk tubuhnya erat.

             "Then,need me!".

       

Call Me SayangWhere stories live. Discover now