1.AKU

213 10 4
                                    

Bab 1

Doktor kata aku menghidap dehydration.Dua hari aku tak ambil apa apa makanan,minuman.Jadi aku demam panas sebab kurang air sampai aku dihantar ke sini.Tak tahu sampai bila.Kalau Ikutkan hati biarlah sampai bila bila.

Orang kata aku melampau.Orang mana lagi kalau bukan orang orang yang aku sayang.Mama dan papa. Tapi diaorang tak pernah faham dan tak pernah betul betul nak tanya kenapa aku buat semua itu.Aku protes.Aku marah.Diaorang tak pernah nampak itu perasaan aku untuk diaorang. Aku tahu mama dan papa risau bila aku sengaja berkurung dalam bilik tanpa ambil makanan atau minuman sampai aku pengsan bersendirian dalam bilik.Tapi...diaorang tetap tak cuba nak buat apa yang aku nak.

Aku dah penat sebenarnya.Mungkin penat untuk hidup.

"Sharifah Aliya Nadhira Maisara binti Dato Shafwan."tiba tiba aku dengar namaku disebut.Aku menoleh dan sedar lelaki itu adalah doktor yang merawat aku.Dr Razeef namanya."Apa khabar?"

Aku diam.Aku taknak jawab.Takkan doktor tu tak tahu keadaan aku?

"Hm..Makanan tak habis.Kenapa?Tak sedap eh?"

"Takde selera."aku jawab lambat.Doktor,tolong jangan paksa apa yang aku taknak buat termasuk makan makanan yang tak sedap ni.

"Aliya,jangan macam ni.Aliya nak cepat baik dan cepat keluar dari sini kan?Jadi,Aliya kena cukup tenaga.Baru boleh balik rumah dengan gembira dan dapat bersekolah balik.Lagipun Aliya datang sini pun sebab-

"Nanti saya makan.Bila saya lapar."aku potong kata katanya.Sampai terdiam doktor itu walaupun masih tersenyum.Hipokrit!Cakap sahajalah kau geram dan menyampah bila aku tolak arahan kau.Lagi satu jangan ingatkan punca aku datang ke sini.Aku taknak dengar.

"Doktor faham.Tapi Aliya mesti taknak Dato Shafwan dan Datin Mei risau bukan?"

Aku diam.Taknak mama dan papa risau?Siapa kata?Biarlah mereka risau akan keadaan aku.Aku anak mereka yang mereka tak pernah faham dan hargai kehendak aku.Aku nak jasad mereka.Aku nak perhatian mereka.Bukan duit duit duit!!

Tiba tiba doktor itu dipanggil oleh seorang jururawat yang muncul.Dia meminta diri dan berjanji untuk datang memeriksaku sepuluh minit nanti.Berharap agar aku habiskan makanan makanan di atas meja itu.Aku melemparkan pandangan ke luar sliding yang terbuka.Angin menderu masuk namun aku tidak pernah rasa nikmat.

Bab 2

Mama dan papa nak ke luar negara lagi.Kenapa?Baru minggu lepas balik dari Jepun.Tak cukup lagi kah?Kali ni nak terbang ke India pula?

"Mama dan papa pergi luar negara pun sebab urusan kerja.Takkan Leya tak faham faham lagi?"

Kerja!Kerja!Kerja!Tak habis habis kerja!

Aku menghentak meja tanda protes.Lalu terus aku bangun dari kerusi makan keemasan yang mewah itu."I'm done!"meleleh leleh air mata yang tidak bersalah ini.

"Leya,you're too much!Dari kecik mama dan papa macam ni kan?Kenapa tak cuba faham?Kalau Leya dah tak sekolah dekat Malaysia ni,dah lama mama papa bawa Leya!"

Dahlah ma.Itu cuma alasan.Leya taknak pun semua tu.Leya nak mama dan papa Leya.Leya nak hidup macam orang lain.Mama dan papa nak Leya faham tapi hati Leya ni mama papa tak pernah faham.

Aku berkurung dalam bilik.Memeluk bantal peluk di kepala katil.Menangis sampai pening.Mama dan papa ketuk ketuk pintu terutama papa sebab nak suruh makan tapi aku takkan buka.Biarlah aku tak makan minum pun.Mama papa bukan kisah sangat pun perasaan Leya.16 tahun Leya bertahan dan cuba terima tapi sampai bila?Leya dah penat jadi orang yang tak macam orang lain.Penat!!

Dua hari berkurung walaupun sebenarnya aku lapar.Aku takkan kalah dengan mama dan papa.Tak akan.Biarpun badanku lemah.Aku demam panas dan sering muntah muntah tapi aku tak peduli.Biar mereka tahu betapa tersiksanya aku.Dengar papa ketuk ketuk pintu sambil merayu rayu pun sebenarnya aku gembira.Biar.

Malam tu aku rasa berpinar pinar.Nak pergi tandas pun aku tidak larat.Adakah aku dah tewas?Aku tak ingat apa yang terjadi selepas itu bila tiba tiba suasana jadi gelap sangat.Aku rasa seolah olah aku tengah mimpi sesuatu yang aku karang sendiri.

#Assalamualaikum.Sebenarnya saya baru je nak cuba cuba buat novel yang bagi orang baca.saya menantikan komen komen anda untuk saya membaiki mutu karya saya yang tak seberapa ni.terima kasih ☺ semua...

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now